in

TEST RIDE : Yamaha Y16ZR ABS 2024, Memang Perrr Deh!

Yamaha Y16ZR Abs 2024 telah diberi penambahbaikan dengan pemasangan Sistem Brek Antikunci (ABS) pada bahagian hadapan rodanya. Penambahan sistem brek Abs ini menjadi pelengkap kepada kecanggihan dan kehebatan prestasi Yamaha Y16ZR sedia ada dan kini menjadi lebih menarik untuk ditunggang dan dimiliki oleh peminat motorsikal kapcai.

Yamaha Y16ZR yang dilengkapi enjin berkapasiti 155cc dengan penggerak injap boleh ubah teknologi VVA (Variable Valve Actuation) serta gear 6 kelajuan dan ditambah dengan ciri sistem ‘klac Assist & Slipper” yang sedia ada menjadikan Yamaha Y16ZR sebuah motorsikal kapcai yang seronok dan “sedap” ditunggang di dalam apa juga keadaan permukaan jalanraya.

Muatan tangki yang mampu mengisi sehingga 5.5 liter petrol untuk sekali isian, membolehkan Yamaha Y16ZR bergerak lebih jauh tanpa perlu berhenti banyak kali untuk mengisi petrol. Untuk setiap isian tangki yang penuh, Yamaha Y16ZR mampu bergerak sehingga hampir 190 kilometer atau bersamaan dengan penggunaan petrol sekitar 35 kilometer setiap liter.(bergantung kepada cara tunggangan).

Potongan tempat duduk yang direka ala ala sebuah motorsikal perlumbaan memudahkan bagi penunggang untuk menunggang di laluan yang berkonar atau untuk melakukan “tunduk udang” ketika memecut laju di atas hiway. Di tambah dengan enjin berkuasa sehingga 18 kuasa kuda menjadikan Yamaha Y16ZR sebuah motorsikal moped berprestasi tinggi dan canggih dan sangat selesa ditunggang oleh semua golongan penunggang motorsikal samada dari golongan muda atau golongan penunggang otai.

Yamaha Y16ZR ABS boleh memecut sehingga 140 kilometer sejam di atas hiway tanpa merasa bergoyang walaupun ketika melakukan aksi tunduk udang atau berselisih dengan kenderaan besar. Kehebatan Yamaha Y16ZR ketika berada di laluan dalam bandar juga tidak perlu di pertikaikan, dengan kedudukan hendel yang tidak begitu lebar dan kuasa kuda yang “besar” memudahkan penunggang untuk mencelah celah di antara kenderaan yang bergerak perlahan dalam kesesakan. Menunggang di laluan berkonar samada mendatar atau berbukit tidak menjadi masalah kepada Yamaha Y16ZR. Gabungan kuasa 18hp, sistem ‘klac Assist & Slipper” dan sistem brek ABS menjadikan penunggang merasa lebih selesa dan yakin untuk melakukan aksi “konar baring” ketika berada dilaluan berkonar konar.

Kehadiran Yamaha Y16ZR Abs 2024 baharu dengan penambahbaikan rupa luaran baharu yang lebih agresif, sporty dan anggun pasti akan menjadi tarikan peminat motorsikal kapcai yang mementingkan kuasa dan gaya.
Bahagian fairing hadapan dan visor hadapan baharu dan ditambah dengan cakera brek yang lebih besar di bahagian hadapan untuk kuasa cengkaman lebih baik dan cekap. Yamaha Y16ZR 2024 bukan sahaja jentera yang paling canggih, bergaya dan berprestasi untuk melengkapkan keperluan penunggang tetapi juga teknologi penunggangan yang paling canggih dalam kategori moped premium untuk kegunaan harian, berulang-alik ke tempat kerja atau berkonvoi di hujung minggu bersama rakan-rakan.

Yamaha Memang Selalu Di Depan!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

SKOOT HUSKY 150 TERKINI DARI SYM, SIAP BREK ABS, HARGA BERMULA RM 9,998 Ajerrr Nohhh!

RACE PUSINGAN 2 IDEMITSU FIM ARRC 2024 ZHUHAI DIBATALKAN!