SYM akhirnya melancarkan skuter yang selama ini dinantikan kehadirannya iaitu Husky 150. Model terbaharu ini dikeluarkan dalam dua variasi iaitu Standard dan Special Edition. Bagi variasi Standard, terdapat dua warna pilihan iaitu Ebony Black dan Pure White dengan harga permulaan cuma RM9,998.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Manakala bagi versi Special Edition, ianya dikeluarkan dalam dua warna menarik iaitu Matte Green dan Wolf Grey dengan harga asas RM10,298.00, juga tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Diinspirasikan oleh ciri pengembaraan, SYM Husky 150 adalah skuter yang penuh dengan personaliti. Reka bentuk mempamerkan elemen kuasa, kelajuan dan gayanya. Ia menggabungkan fungsi serba boleh dengan reka bentuk yang canggih. Husky adalah lebih daripada skuter harian dengan ciri-ciri yang terkini. Ia adalah karya crossover yang menjadikan perjalanan itu menyeronokkan.
Anda mencari beberapa pengembaraan dalam kehidupan harian anda? SYM Husky 150 ialah pelengkap perjalanan yang anda impikan selama ini. SYM Husky 150 disempurnakan dengan enjin 150cc, silinder tunggal, 4-lejang dan 4-injap yang berkuasa 10.8Kw pada 8,000rpm dan tork 14.5Nm pada 6,000rpm. Walaupun memiliki sesaran enjin 150cc, Husky 150 didatangkan dengan sistem Traction Control (TCS) yang menghalang berlakunya kegelinciran.
Ciri keselamatan pada skuter ini diperkukuhkan lagi dengan sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran memberikan keyakinan kepada penunggang ketika melakukan brek kecemasan. Antara kelengkapan lain yang dipadankan pada SYM Husky 150 ini adalah penyerap kejutan tunggal pada suspensi belakang, yang mempertingkatkan kebolehgerakan, kestabilan yang lebih baik dan perjalanan yang lebih lancar.
Selain itu, skuter ini turut menggunakan instrumen digital 5” serba baharu dengan pemalap automatik yang menjamin keterlihatan yang hebat dalam semua jenis persekitaran. Selain itu, terdapat dua mod (siang dan malam), yang boleh ditukar secara automatik. Maklumat yang dipaparkan adalah lebih jelas kepada penunggang.
Husky 150 menggunakan sistem tanpa kunci yang lebih berorientasikan pengguna dan lebih mudah untuk dikendalikan. Ia mempunyai mod pencucuhan kecemasan yang membolehkan anda menghidupkan enjin walaupun bateri kunci lemah.
Ia turut memiliki kapasiti tangki bahan api yang besar iaitu 15 liter untuk mengurangkan kekerapan berhenti untuk pengisian semula. Ini membuatkan penunggang boleh fokus untuk menikmati perjalanan. SYM Husky 150 menggunakan sistem pencahayaan LED penuh seperti lampu hadapan, lampu penunjuk arah dan lampu belakang. Pencahayaan LED penuh bukan sahaja menjadikan Husky lebih bergaya tetapi juga meningkatkan keselamatan
penunggangan.
SYM Husky 150 kini boleh didapati di mana-mana pengedar sah SYM di seluruh Malaysia sekarang. Dengan setiap pembelian mana-mana model Husky 150, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.
Comments
Loading…