in

TEST RIDE YAMAHA R15M : Haiwey? Jalan Biasa? Perdeh Rilekkk Jerrr…

Yamaha R15M merupakan sebuah motorsikal sportbike yang mula berada di pasaran tempatan pada pertengahan tahun 2022. Sportbike berkuasa rendah ini dikuasakan oleh enjin suntikan bahan api Single Overhead Cam (SOHC) 155CC dengan teknologi VVA untuk prestasi kuasa yang lebih mantap.

Reka bentuk yang ranggi, sporty dan “seksi” menjadikan Yamaha R15M sebuah motorsikal yang di idami dan di minati ramai terutamanya oleh golongan muda yang berjiwa kelajuan dan inginkan sebuah motorsikal mampu milik serta berkuasa. Reka bentuknya yang padat dan aerodinamik hampir menyamai rekabentuk Yamaha YZR-M1 yang terkenal dan beraksi di kejohanan perlumbaan MotoGp.

Menunggang R15M sangat menyeronokkan tak kira dalam apa juga keadaan jalan raya sama ada di laluan Hiway, laluan biasa, laluan berbukit atau laluan berkonar-konar baring. Ketika melalui jalan berbukit dan berkonar seperti mendaki puncak Genting Highland, R15M mampu memberi kepuasan kepada penunggang yang suka kepada tunggangan yang mencabar di laluan berliku-liku dan berbukit. Di laluan ini penunggang boleh mempamerkan skil “asah lutut” dan menguji kecekapan menukar gear ketika mengambil selekoh yang tajam dan berbukit.

Dengan penggunaan klac jenis assist dan slipper penukaran gear menjadi semakin mudah dan lancar. Dengan reka bentuk motorsikal yang sporty dan ala-ala sebuah motorsikal perlumbaan, kedudukan penunggang menjadi agak membongkok (ketinggian tempat duduk 815mm), kedudukan tunggangan seperti ini sesuai untuk mengambil selekoh yang tajam dan berbukit. Dengan bekalan kuasa 19hp dan berat bodi 140 kilogram perjalanan santai santai mendaki sehingga ke puncak Genting Hingland menjadi mudah sambil menikmati keindahan alam semula jadi dan bunyi bunyian dari kicauan burung-burung 😀😂.

Menunggang R15M dalam keaadaan laluan yang kurang sesak seperti di laluan MRR2 (ketika waktu pejabat 10 pagi – 4 petang) penunggang pasti merasa keseronokan menunggang santai sambil mencelah-celah kenderaan yang bertali arus. Begitu juga ketika melalui jalan Persekutuan seperti laluan Port Dickson – Melaka, R15M mampu memberi kepuasan maksima kepada penunggang yang suka memotong dan menyelit dicelah kenderaan yang kadangkala bertali arus dan dipandu agak perlahan.

Penunggang R15M tidak perlu risau ketika melakukan brek mengejut kerana R15M dibekalkan dengan sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran jenama Bybre (By Brembo) dengan cakera tunggal pada bahagian hadapan dan bahagian belakang roda. Untuk memberi lebih keyakinan ketika mengambil selekoh dan membrek, R15M telah dipasang dengan sistem suspensi fork terbalik (USD) jenama KYB di hadapan dan monoshock di belakang.

Ketika menunggang R15M di dalam bandar yang sesak teruk, penunggang akan menghadapi sedikit masalah kerana kedudukan menunggang yang membongkok (postur badan) akan menyebabkan penunggang merasa cepat lenguh (pada pemilik baru) pada bahagian tangan kerana terlalu kerap membrek secara mengejut namun untuk menciluk ciluk tidak menjadi masalah kerana bodi R15M yang “nipis” dan cermin sisinya yang tidak terlalu capang memberi kelebihan untuk penunggang mencelah celah di antara kenderaan. Jika berhenti di lampu merah anda pasti akan menjadi perhatian kepada penunggang lain kerana reka bentuk R15M yang menarik atau ada yang cuba acah-acah mengajak “test power” 😀😂.

Menunggang R15M yang dilengkapi dengan kerangka jenis Deltabox di lebuhraya sangat menyeronokan kerana ia memiliki reka bentuk yang sesuai untuk ditunggang pada kelajuan yang tinggi (untuk sebuah motorsikal kecil). Walaupun ditunggang pada kelajuan maksima 143 Kmj, R15M masih bergerak dengan stabil tanpa bergoyang ketika memotong kenderaan berat. Begitu juga ketika mengambil sekolah pada “full gas” dan pada kelajuan tinggi, R15M tidak bergoyang atau berbuai-buai. Dengan tangki bahan api berkapasiti 11 liter R15M mampu pergi sejauh lebih kurang 320 kilometer dengan penggunaan petrol sekitar 32 kilometer seliter (laluan Hiway Ayer Keroh KL).

Antara ciri menarik yang terdapat pada R15M ialah :

*Radius membelok yang agak besar memudahkan penunggang untuk membuat pusingan U di kawasan yang sempit
*R15M mempunyai dua pilihan mod tunggangan iaitu “Street dan Track”
*Penggunaan suspensi “upside down” dari KYB mampu memberikan kestabilan yang lebih baik
*Lampu siang LED
*Speedometer berdigital penuh
Meter penunjuk catatan waktu (lap timer).
*Alas tempat duduk ala karbon.
*Warna Monster Energy Edition and Yamaha’s Signature M.
*Harga Rm15k

Rock N Ride Teros Bersama Yamaha !

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

MARUSHO LILAC 250 : PADUAN TIMOR DAN BARAT!

Perasmian Pusat Jualan Pertama TRIUMPH Malaysia di Batu Caves Selangor.