Selaras dengan perkembangan jenama Triumph di pasaran Malaysia, Triumph Motorcycles Malaysia telah merasmikan tiga pusat jualannya untuk kemudahan peminat peminat motorsikal jenama TRIUMPH yang sudah terkenal sejak sekian lama. Dua daripada pusat jualan tersebut terletak di sekitar Lembah Klang manakala satu lagi terletak di Juru Auto City di Pulau Pinang.
Batu Caves mencatat sejarah sebagai lokasi pertama pusat jualan motorsikal jenama Triumph di Malaysia di mana Gene Advance Sdn Bhd telah terpilih sebagai pengedar rasmi motorsikal Triumph pertama yang dibuka di Malaysia yang terletak di Batu Caves Selangor. Gene Advance Sdn. Bhd. Automotive dengan sokongan Didi Group yang menguruskan operasi pusat jualan di Batu Caves sangat mengalu-alukan kemunculan semula pelanggan sedia ada serta pelanggan baharu motorsikal Triumph.
Kemudahan di pusat pameran Triumph akan memberikan pengalaman terbaik dalam industri permotoran kepada pelanggan, dengan menawarkan kemudahan bertaraf dunia, kakitangan yang terlatih di samping servis selepas jualan, dan khidmat pelanggan yang terbaik. Gene Advance adalah sebuah syarikat yang berpengalaman luas dan sudah di kenali ramai dalam industri perniagaan motorsikal terutamanya motosikal berkuasa sederhana dan besar.
Triumph Motorcycles Malaysia sangat yakin dengan penyertaan Gene Advance bersama rangkaian mereka akan terus berkembang dan berusaha memberikan harapan dan servis yang terbaik kepada pelanggan Triumph di Malaysia.
Dengan semangat dan keazaman tinggi yang ditunjukkan oleh Gene Advance dalam perniagaan motorsikal, Triumph Malaysia sangat yakin mereka mampu memberikan pengalaman yang terbaik dan cemerlang kepada pelanggan selari dengan hasrat Triumph Motorcycles untuk memberi kegembiraan dan kepuasan kepada peminat motosikal Triumph di Malaysia.
Triumph Batu Caves terletak di No 1-3, Jalan Sri Batu Caves 9, Taman Sri Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor.
*Didi Group adalah pengimport dan pengedar tunggal bagi jenama motosikal Triumph Motorcycles di Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Myanmar.
Comments
Loading…