in

TEST RIDE MODENAS NINJA 250ABS 2022 PULAK OYEAHHH !

Sunggoh Menginzalkan!

Walaupun hanya beberapa hari bersama Modenas Ninja 250Abs, Abah tetap berpuas hati kerana dapat merasai pengalaman menunggang sebuah motorsikal “sport bike” sejauh lebih 1000 kilometer. Perjalanan bersama Modenas Ninja 250ABS ini telah melalui dan menempuh pelbagai keadaan melibatkan laluan biasa, lebuhraya, bukit bukau dan berkonar, jalan tidak rata dan rata berkonar konar, serta jalan yang ditepinya ada gadis kilang menunggu bas, bahkan sempat jua dia melemparkan secebis senyuman walau terselindong dibalek Mask. Tapi dapat dibaca dari lirikan matanya bahawa dia sedang jatoh cinta pada Sang Ninja 250ABS ini oyeahhh!

Modenas Ninja 250 ABS yang memilik berat 167Kg ini sangat sesuai bagi golongan muda yang baru mula hendak berjinak dengan sportbike atau golongan otai yang berjiwa kelajuan. Dengan enjin 249c dua silinder DOHC yang menghasilkan 37 kuasa kuda, Modenas Ninja 250ABS adalah pilihan terbaik buat masa ini berdasarkan kepada harga, reka bentuk dan teknologi terkini yang dipadankan kepada motorsikal ini. Modenas Ninja 250 Abs ini dihasilkan oleh jurutera-jurutera hensem yang berpengalaman luas dalam bidang rekaan, pembuatan, pengeluaran dan perlumbaan motorsikal berkuasa tinggi(SBK) iaitu Kawasaki Heavy Industri dari Jepun. Jentera Kawasaki sudah dikenali diseluruh Dunia, dan menjadi antara jentera yang hebat dan kerap menaiki podium di perlumbaan SBK yang terkenal di Isle of Man TT. Semoga satu hari nanti Langkawi akan dapat mengikot jejak langkah Isle Of Man… Amin…

Dengan pengunaan suspensi hadapan teleskopik 41mm dan monoshock boleh dilaras dibelakang, Abah merasa begitu yakin ketika mengambil konar-konar diatas Haiway atau laluan berbukit. Konar-konar diatas Haiway tidak begitu tajam (kecuali Haiway Karak) membuatkan Abah rasa lebih berani dan selamba sahaja memulas trottle sehingga meter mencecah ke angka 160! Modenas Ninja 250 Abs ini masih steady dan tidak bergoyang atau bergegar ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi begitu juga ketika memecut pada kelajuan maksima dilaluan yang lurus. Abah sempat melihat top speed dipapan meter Modenas Ninja 250 Abs ini pada angka 175kmj! (Rasanya masih boleh pergi lagi 🤭😁). Tangki petrolnya yang mampu mengisi sehingga 14 liter petrol pada satu isian penuh boleh membawa Modenas Ninja 250 Abs ini sejauh lebih 270 kilometer pada kelajuan antara 140 – 150 kmj. Ini adalah satu lagi benchmark penting bagi bakal2 pembeli, bahawa ianya amat-amat berbaloi dengan poket kita.

Sistem ABS yang dipasang pada brek hadapan dan belakang menjadikan Abah lebih konfiden untuk memecut laju kerana seperti yang diketahui umum brek yang memilik sistem ABS lebih cekap dan berfungsi dengan lebih baik ketika melakukan brek mengejut berbanding dengan brek konvensional.

Modenas Ninja 250ABS yang dibekal dengan enam gear kelajuan dan klac jenis assist & slippe menjadikan penukaran gearnya bertambah lancar dan memudahkan terutamanya ketika menunggang mendaki laluan berbukit, memotong kenderaan dilaluan biasa atau ketika “test power” diatas Haiwey.
Kawalan (handling) keatas Modenas Ninja 250ABS juga terasa mudah dan ringan ketika mengalih badan kekiri dan kekanan untuk mengambil selekoh tajam dan berbukit atau selekoh diatas Haiway.

Tempat duduk Modenas Ninja 250 ABS ini yang agak rendah(795mm) sangat sesuai bagi penunggang yang memiliki ketinggian 165cm keatas dan tempat duduknya juga rasa selesa (bontot tak rasa kematu sangat 😁🤣) walaupun untuk perjalanan jarak jauh tanpa henti.

Pengunaan petrol jika dibawa pada kelajuan 140 – 150 adalah sekitar 22km/ltr. Adalah perkara biasa bagi mana mana motorsikal termasuk juga kapcai akan kuat “makan minyak” jika dibawa pada kelajuan tinggi.

Okay, itu saja review secara ringkas Test Ride Modenas Ninja 250ABS. Lepas nih kita test motor lain pulok!
Rock N Ride Nohhh!

Teks dan Gambar : Abah Asri M Nor.

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

KARNIVAL YAMAHA GEN BLU 2022: 15 RIBU RAIDA GEGAR TELOK BATIK!

MIDA DAN PERODUA JALIN KERJASAMA DALAM TRANSFORMASI PENDIGITALAN EKOSISTEM OTOMOTIF TEMPATAN