in

SEPANG KEMBALI MENJERIT DENGAN MOTOGP !

Selepas sunyi daripada deruman jentera-jentera garang MotoGP penangan virus korona pedacher veecherr empiii, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengaum dan menjerit menempik kembali baru-baru ini dengan sesi ujian rasmi oleh pasukan-pasukan elit dunia. Selepas sesi ‘shakedown’ tertutup selama tiga hari bermula 31 Januari, program rasmi ‘winter testing’ berlangsung selama dua hari dengan panahan terik matahari pada hari pertama 5 Februari, dan awal pagi yang mendung dengan hujan di tengahari pada keesokan harinya.

Setelah berjanggut dan beruban tiga lai menunggu, kehadiran semula para penunggang tersohor dunia di Litar Sepang ini sememangnya sesuatu yang amat dinanti-nantikan dan menggembirakan peminat tegar seperti Gua dan rakan-rakan. Lebih menggembirakan lagi adalah sesi pertama tahun 2022 ini menyaksikan penguasaan para pelumba kurang ternama dengan nama-nama besar seperti Marq Marquez dan juara dunia Fabio Quartararo kurang menyerlah. Itu yang menjadikan ‘testing’ ini ‘best’ dan menyeronokkan. “Takdelah ashik2 mee rebos, onde-onde, karipap. Yang dia tu menari dengan orang tu, yang dia ni menari dengan orang nih.. Aku jugak yang tak dapat apa2…”, ujar Pak Maon.

Secara keseluruhan, menurut SIC, tidak kurang daripada 11,000 orang peminat turun ke litar untuk mengisi tempat-tempat duduk di kawasan Main Grand Stand dalam tempoh dua hari itu. Tentunya, satu jumlah yang memberangsangkan untuk kehadiran sesi ujian di litar berkenaan. Masakan tidak, ianya hanya peluang untuk melihat para penunggang dan jentera motosikal mereka dari jauh. Nyata, ramai didorong oleh rasa rindu terhadap para pelumba idola mereka dan kemeriahan deruman jentera MotoGP.

Sesi hari pertama diungguli oleh Aleix Espargaro dan rakan sepasukannya dari Aprilia Racing, Maverick Vinales; sebelum hari kedua menyaksikan penunggang muda Itali, Enea Bastianini dari pasukan Gresini Racing MotoGP mencatat masa terpantas 1 minit 58.131 saat untuk masa terpantas pernah dicatat oleh jentera MotoGP sekeliling litar mencabar 5,548 meter itu; mengatasi catatan masa terpantas 1 minit 58:239 saat yang dicipta oleh Danilo Petrucci pada tahun 2019. Espargaro terus mantap dengan kedudukan di tempat kedua; dan Jorge Martin dari Pramac Racing di tangga ketiga terpantas untuk catatan lap terpantas pada sesi ujian berkenaan.

Solid Gold Helmets Jenama Paling Lejen Di Malaysia !

Jika benar trio ini mampu mengekalkan momentum dan prestasi mereka, ia tentunya menghidangkan saingan kejuaraan dunia yang amat menarik khususnya dengan juara dunia lapan kali dan jaguh Repsol Honda Marq Marquez semakin pulih daripada kecederaan. Sekadar mencatat masa kelapan terbaik di Litar Sepang, Marquez nyata masih berusaha untuk menyesuaikan diri dengan persaingan sementara menanti kecergasan beliau kembali pulih sepenuhnya.

Quartararo juga masih tercari-cari sentuhan dan ‘setting’ yang sempurna untuk mempertahankan kejuaraannya. Sekadar menduduki tempat ketujuh bukan kedudukan yang menggembirakan penunggang pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP terus merungut dengan prestasi jentera Yamaha M1 tunggangannya, yang pada beliau belum cukup laju untuk mengejar para pesaing beliau khususnya para penunggang jentera Ducati, yang dilihat sebagai pilihan utama untuk kejuaraan musim ini.

Walaupun tidak menempatkan diri mereka dalam kelompok teratas, ramai di kalangan peminat meletakkan gandingan pasukan Ducati Lenovo Team, Jack Miller dan Francesco Bagnaia sebagai pilihan panas untuk menyaingi Marquez dan Quartararo. Nyata, mereka masih seperti menyimpan senjata rahsia mereka dan boleh dikatakan mereka agak santai sepanjang dua hari berkenaan.

Team Suzuki Ecstar, yang menampilkan juara dunia 2020, Joan Mir dan Alex Rins tidak meletakkan sasaran tinggi dan sekadar menyatakan bahawa mereka ingin menyambung rentak musim lepas untuk terus memberi tekanan kepada Ducati dan Yamaha. Dalam sesi dua hari itu, Rins nampak lebih menonjol. Namun, seperti yang kita tahu Rins selalu ‘push’, tetapi dia tidak konsinsten. Itu menjadi cabaran terbesar belliau. Jika beliau berbeza musim ini dan beliau lebih konsisten, Suzuki bakal jadi pesaing yang patut digeruni apabila saingan kejuaraan dunia bermula di Qatar nanti.

Pasukan Abang Long Datuk Razlan Razali, yang bakal menggunakan gandingan kombo otai Andrea Dovizioso dan rookie Darynn Binder untuk pasukan WithU RNF MotoGP Team, seperti dijangkakan, masih dalam proses pembelajaran sebagai sebuah pasukan baru. Maseh dalam sesi suai kenal, taaruf dan didoakan akan mendapat taufik dan hidayah dari Ilahi. Sama ada mampu mengulangi era bersama Quartararo dan Franco Morbidelli adalah sesuatu yang sukar dijangkakan. Sama ada formula kejayaan Jack Miller dapat diulangi oleh Binder dengan terus melompat ke MotoGP daripada saingan Moto 3 juga adalah sesuatu yang sukar dibayangkan. Samada dapat menyaingi Metallica mahupon Megadeth pon lagilah amat diluar bidang perbahasan Oyeahhh!

Rock N Ride Teros!

Text: Azhar Ghazalli
Foto: Hazrin

Aksesori GIVI paling trending di pasaran. Dapatkan segera !

 

Abang Long sedang memerhatikan… Awas !

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

DARE: DARUL AMAN RARETRO 2022

PADANG SIDING KLINIK CUBCROSS 2022