in

SECARA RASMI SYM JET X KINI DIPASARAN MALAYSIA!

Bukak Harga Dari RM8,888.00 Ajerrr…

Selepas sesi pratonton skuter terbaharu MForce bersama rakan-rakan media pada April 2021 yang lalu, kini SYM Jet X secara rasminya telah pun dilancarkan dan bakal berada dipasaran bermula 19 Mei 2021 di semua pengedar sah MForce di seluruh Malaysia.

Skuter SYM Jet X 150 ini mempunyai dua variasi; Standard yang dijual pada harga asas RM8,888.00 dan Special Edition (SE) dengan harga RM9,188.00 tidak termasuk pendaftaran dan cukai jalan. Untuk variasi Standard, terdapat tiga warna pilihan iaitu kelabu, merah dan kuning manakala warna Biru Chameleon untuk variasi SE.
SYM Jet X 150 dikuasakan oleh enjin suntikan bahan api satu silinder 149.6cc yang mampu menjana kuasa 12.3HP pada 8,000rpm dan 12Nm tork pada 6,000 rpm. Reka bentuk Jet X 150 adalah lebih eksklusif dan kemas serta didatangi dengan sistem kunci pintar bersama penggera untuk tujuan keselamatan. Semua lampu di skuter ini menggunakan LED dan dilengkapi dengan meter LCD digital penuh dengan skrin auto dimmer.

Skuter 140kg ini memiliki tangki bahan api 7.5 liter dan ruang bawah tempat duduk berkapasiti 18 liter, ibarat memuatkan satu helmet fullface. SYM Jet X 150 menggunakan brek jenis CBS dan
menggunakan suspensi jenis teleskopik untuk fork hadapan dan dwi-penyerap hentakan boleh laras di bahagian belakang untuk sokongan dan stabiliti unggul. Jet X 150 turut menyediakan soket pengecas USB yang membolehkan anda dapat mengecas gajet anda sambil menunggang. Dengan setiap pembelian SYM Jet X 150, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Nota Tambahan: Dari pemerhatian krew kami yang rabon malam, Versi Standard dan Versi SE mempunyai ciri2 dan features yang sama, cuma warna saja yang membezakan kedua dua varian tersebot. Warna SE (Biru Chameleon) nampaknya mahal sikit dalam 4 ratos lebeh gitu lah, sebab ianya sejenis warna yang agak eksklusif untok disemborkan kat bodikit motor.

SPESIFIKESHENISME:

Jenis Enjin: Silinder Tunggal, Empat Lejang, Dua Injap, SOHC
Gerek & Lejang (mm): 57.4 x 57.8
Sesaran (cc): 149.6
Kuasa Maksimum: 12.3Hp pada 8,000rpm
Tork Maksimum: 12.0Nm pada 6,000rpm
Nisbah Mampatan: 11:1
Transmisi: C.V.T (Continuously Variable Transmission)
Pematuhan: Euro 4
Sistem Pelinciran: Pelincir Daya
Sistem Penyejukan: Cecair
Jenis Klac: Kering, Emparan Automatik
Sistem Bahan Api: Suntikan Bahan Api Elektronik
Sistem Penghidup: Elektrik
Sistem Pencucuh: Transistor
Suspensi Hadapan: Fork Teleskopik
Suspensi Belakang: Penyerap Dwi-Kejutan
Brek Hadapan: Cakera Tunggal, 260mm
Brek Belakang: Cakera Tunggal, 220mm
Tayar Hadapan: 100/90-14
Tayar Belakang: 110/80-14
Panjang Keseluruhan (mm): 2,000
Lebar Keseluruhan (mm): 760
Tinggi Keseluruhan (mm): 1,115
Tinggi Pelana (mm): 780
Jarak Roda (mm): 1,350
Kelegaan Tanah (mm): 107
Berat (kg): 140
Kapasiti Bahan Api (L): 7.5
Bateri: 12V7Ah (Penyelenggaraan Percuma)

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

IFTAR BERSAMA VS PROJECT SCOOTZ

BETOL KA ORANG THAILAND GUNA GANJA UNTOK LAWAN COVID 19?