in

IFTAR BERSAMA VS PROJECT SCOOTZ

Bukak Posa Sebelom PKP 3.0

Pada 1 Mei 2021 sempena hari pekerja yang lepas geng VS PROJECT SCOOTZ dari utara tanah air telah mengadakan iftar/bukak puasa sesama ahli mereka.

Mereka semua mula berkumpul dibawah jambatan kedua dan bergerak ke Balik Pulau (P.Pinang) menuju ke tempat berbuka yaitu di ROUTE P232 Balik Pulau PRB Riding Club Cafe (MAKANAN MEMANG SEDAP AROI MAK MAK).

Bagi peminat ayam kampung boleh datang ke sini mencuba terai test, inshaAllah jamin terkenang kenang didalam mimpi. Seramai 30 ahli dapat hadirkan diri dan tujuan Iftar ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi ukhwah sesama ahli. Sebelum majlis berbuka puasa bermula mereka sempat ride kecil-kecilan dikawasan berdekatan untuk bergambar sebagai kenang-kenangan.
Salah seorang wakil dari mereka iaitu brader Amin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua ahli yang dapat hadir memeriahkan majlis kali ini, insyaAllah lain hari kita kumpulkan lagi ramai ahli maklum la ada yang berniaga mencari rezeki, ada yang ada urusan keluarga tambah lagi dunia sekarang dilanda pandemik Covid-19.

Harapan mereka juga Covid-19 ni cepat berakhir kerana mereka rindu nak ride jauh-jauh. Dah terlalu rindu sangat dah nak ride cop paspot. Okay, sampai sini sahaja cerita pasal geng Skoot utara nih, mterimalah ucapan Kita Jaga Kita.
Ride tu ride jugak, SOP jangan lupa jaga agar kita sama2 melawan virus yang tengah melanda sekarang ni.
Semoga Allah Selamatkan kita semua.. Amin..
Benci Perang. Kembalikan Hak Palestin.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

PERNIKAHAN TERLARANG KAWASAKI RR 150 DAN YAMAHA TZM 150

SECARA RASMI SYM JET X KINI DIPASARAN MALAYSIA!