Dalam negara Malaysia ni, makhlok bernama Tuah Bin Ibrahim memang orang tak tau dan tak kenal. Tapi kalau sebot nama Atan Locklaq? Haaaa..Tudiaaa.. dari Ampang membawak ke Campbell, lajak teros ke Subang kona ke Rawang, hingga patah balek ke Chow Kit dan parking di Dorai, semua orang dia kenai manakala yang kenai dia ada la kot dalam 18 orang gitu… Heh!
Okay, Atan Loklaq kalau dalam arena motor kastem (Chopper) di Malaysia memang top lah. Tapi BBBNU memang kompom tak tau lah pasal Atan nih. Bagi BBBNU, Atan Loklaq ni sapa? Pakai motor apa? Spec Bangsawan atau Hulubalang? Haha..sori la brader..Atan Loklaq hanya pakai EX5 spec keluar kedai. Debu dan minyak rantai yang berdanok yang ada kat motor dia tu pon spec keluar kedai gak tu. Ok jom kita cerita sikit pasal brader Atan Loklaq nih.
Pada satu hari ( berbelas tahon nan silam ) setelah mendapat mimpi basah (tidor tak basoh kaki la tu), Atan yang bermastautin di Ampang buat keputosan untok mengembara ke Siam. Jalan punya jalan (bagpacker), dipendekkan cerita dia berjumpa brader Jumeen di Pattaya. Disitu, bermulalah satu kehidopan baru Atan di bumi Thailand. Jumeen sebenarnya seorang presiden kelab bikers di Pattaya bernama Burapa MC. Kebetolan Atan pulak seorang yang boleh bikin motor kastem dan dalam masa yang sama sangat berbakat dalam dunia lukisan serta dekorasi, maka kehadiran Atan di komuniti Burapa MC amatlah dialu alukan. Maka, urusan dekorasi dan seni visual di acara Pattaya Bike Week banyak menggunakan karya2 dari Atan Loklaq. Seingat Gua, kali pertama Gua jejak kaki ke Pattaya Bike Week pada tahon 2008, karya2 seni Atan dah pon digunakan di acara tersebot.
Kehidopan Atan Loklaq sebenarnya sempoi. Dia hidop secara solo, maka segala apa yang dia bikin adalah bebas tanpa sekatan. Atan telah menikmati maksud ‘hidop bujang’ dengan sebenar benarnya. Ini adalah keinginan bagi setiap manusia tapi hanya segelintir saja yang dapat merasainya. Jika kita terserempak dengan Mat Saleh di negara kita yang galas beg besar dok tunggu bas atau komuter, itulah jugak yang dilalui oleh Atan Loklaq.
Dalam setahon, Atan akan ada di Malaysia sekitar 3 atau 4 bulan saja. Selebehnya dia akan kembara. Time event Pattaya Bike Week dia akan jual merchandise dia, dari situ dia kumpol modal dan dengan modal tu dia akan mengembara ke luar negara. Negara2 yang dia pi adalah negara2 yang dia ada kawan disana. Kawan2nya banyak yang terlibat dengan dunia custom bike. So dia mengembara sambil melawat kawan2 serta enjoy event2 bikeweek serta konsert2 besar disana.
Tahon 2020 telah menjadi tahon terakhir penganjoran Pattaya Bike Week sebelom Covid menyerang dunia. Bila Covid mengganas, pintu border Malaysia-Thailand pon ditutop. Bila border tutop maka Atan pon automatik tersangkotlah di Siam Nohhh! Jadi, apa khabar Atan Loklaq di Pattaya? Semenjak 2020 tersangkot, dan kini 2021, bermakna dah DUA kali dah Atan berposa dan berhari raya di perantauan. Kita di Malaysia tak boleh balek kampong pon dah muka pasembor basi, inikan pulak berada di luar negara. Okay jom kita tanya sikit dengan Atan.
MK: Salam Aidilfitry Atan. Apa habaq?
A: Wslm..Alhamdulillah sehat.
MK: Sekarang ni dok kat mana? Lokasi?
A: Ni susah sikit nak jawap la.. sebab mana tau kot kot hang ni perisik dari unik pencegah minum minuman UPPKpK akta minum minuman akar pakar wali! Bukan bulih percaya hang ni.. tau tau cuaihh mai.. tangkap aku.. SAH DAHHH ni! Pasai apa hang nak tau aku dok tang mana? WHY ? Aku berada di atas bumi milik Allah S.W.T dan aku adalah hambanya yang bersyukur masih hidup di bumi nyata! Jarak kedudukan aku dgn dunia hang adalah sejauh 1999KM dari KLCC tempat di mana banyaknya Jin di situ! Itu lah jawapan aku untok soalan no.1 nih. Harap anda berpuas hati dgn jawapan aku ini.
( Jawapan pendek = Pattaya ).
MK: Cerita sikit camna buleh tersangkot di Siam? Tak sempat lari balik tiba2 border tutop ka camna ka?
A: Ceritanya bermula begini… Setelah Aku pulang ke Malaysia pada 21 Feb 2020, masa tu Aku menaiki keretapi put putttt.. kucih kucihh kucihhh.. put putt… Aku pun sampai la di Padang Besaq Perlis, sebuah Negeri Indra Kayangan ( betoi ka? ). Di pendekkan cerita, selepas aku selesai chop pasport dan aku pun berlari ke tandas nk melepaskan hajat di hati ingin menyunting bunga di taman rashidah utama tetapi akhirnya dia jatuh beketoi ketoi.. lega aku pun tersenyum riang lah. Berbalik pada soalan tadi bagai mana boleh tersadai di sini? Macam ni ceritanya.. bila aku dah sampai Padang Besar tujuan utama aku adalah LAKSA KUALA PERLIS sedap baq hanggg.. LAKSA terbaik in the World, dan aku pun pulang ke KL. Sampai KL aku duduk di KL selama 5 hari.. dan perasaan bosan aku datang macam nak gila.. tak tahu nak pi mana.. KL ni besaq tapi pusing pusing macam tu juga.
Akhirnya aku pun ambil keputusan untuk merayap ke Hadyai. Kononnya nak pi Hadyai saja la. Nak makan pulut mangga santan tu. Tetiba bila aku duduk di sebuah hotel 8 bintang, aku telah mengenali seorang wanita @ Awek gebu pink lady pink baq hang. Aku panggey nama dia Pink. Dia adalah seorang bikers yang ride motosikal berkuasa rendah 175cc. Setelah sembang minum minum sembang, dia pun kata esok dia nak pi Bangkok sebab dia kena bertugas di satu keramaian ulang tahun ke 7 kelab motorsikal berkuasa tinggi dan rendah. Pink di tugaskan sebagai penari seksa di sana.. pehanya gebu.. buah betiknya big big dan pakaiannya tidak cukup kain. Dia seperti seorang wanita yang dalam kemiskinan tiada pakaian yang dapat menutup auratnya.. sian tengok dia ketika itu.
Daripada plan awal aku hanya ingin ke Hadyai ronda ronda, lain pulak jadinya. Aku melangkah lebih jauh! Aku ikot ke Bangkok bersama Pink! Kami menaiki Train keretapi yang sama.. katil aku no 22 dan katil Pink no 26 sebelah sebelah ja. Dalam Train kami tak banyak bersembang sebab risau ganggu org lain yang sedang sedap tidoq di buai mimpi yang indah. Aku dan Pink hanya layan lagu2 di henpon masing2. Tiba2 Pink ajak aku temankan dia mandi di dalam train. Dia kata tolong jaga pintu tandas tu takut terbuka masa dia mandi. Tiba2..Pangggggg.. memang betoi pintu tandas tu terbukak. Aku jadi kalut sebab dah ternampak semua barang2 dan aksesori original Pink tanpa selindong! Ohhhhh noooooo Pink jerittt.. ohh sory sory.. i mea du i mea du.. Aku berkata dalam bahasa Siam, yang bermaksud ‘Saya tidak tengok saya tidak tengok! walaupon mata aku terbeliak’! Mungkin itulah yang dinamakan Tuah…
Bila dah sampai Bangkok, Aku dapat berita Covid dah sampai sini. Semua pintu sempadan tutup terus. Aku ingatkan tutup dalam seminggu 2 ja, tau tau dah makan bertahun dah nih.. Aku pun tak buleh balik. Sedih…Inilah punca sebenaqnya camna aku boleh tersangkut di sini.
MK: Jadinya.. Dah berapa lama tersadai tersangkot Do Ter Tham kat Siam?
A: Secara resminya aku dah sangkut di Thailand adalah satu tahun tiga bulan tiga hari. Termasuk cuti umum. Covid 19 telah memberi sinar baru dalam kehidupan aku. Tanpa Covid siapa la Janda di sisi ku ceh wahhhh.. Hang ada? Siapa la Dokter di samping ku?
Kerana Covid hidup aku banyak berubah kearah kebaikan.. Kerana Covid aku semakin sehat! Semuanya ada hikmah disebalik kejadian. Mungkin Ramai yang mengeluh kerana Covid, namun tidak pada aku. Setiap kejadian itu sudah tertulis. AMAN PALASTIN AMAN!
Di Aku ingin mengucapkan selamat Berhibur di hujung minggu pada ahli keluarga dan rakan2 di Malaysia. INGAT YANG TERSAYANG.
JALAN RAYA BUKAN TEMPAT LENA!
Dan kenanglah daku dalam doa mu…
MK: Bila dah tersangkot kat sana, apa yang dibuat untok kekal survive? Keja di Supermarket? atau menebar roti canai di gerai Makcik Leha?
A : Aku masa mula-mula mai Hadyai haritu, niat aku nak enjoy dan hua hua..Aku bawa duit banyak.. Kiranya kalau di hitung nak makan nasi gulai kawah lepas la dalam 12 ribu kali makan bersama awek. Kira banyak la juga duit yang aku bawa cash dalam poket. Kira lepas la aku duduk di Siam ni selama 11 bulan 36 hari. Tapi akhirnya..Akhirnya semakin hari semakin surut duit di dalam poket aku.. Kini aku terpaksa bekerja sebagai tukang sapu sampah dan kutip botol jual botol dan kadang2 aku kerja cuci tandas awam ada amasa aku sapu cat umah. dan kadang2 tersapu cat janda skali!
Aku terpaksa buat kerja apa2 saja janji halal. Musim Covid ni aku tidak mahu memilih kerja, ada apa saja kerja aku sapu.. janji tak lepas soru.
MK: Bila dah tersangkot di Siam terlalu lama, apa pandangan dan penerimaan orang2 disana terhadap Lu. Depa suka atau menyampah?
A: Ini soalan yang paling susah aku nak ceritakan.. kalau nk cerita ni 15 hari 15 malam pun tak habis ni. Aku pendekkan cerita ni ya.. Semasa aku di sini hidup aku rasa lain dari yang lain. Pandangan orang2 lelaki di sini bagi mereka aku ni membawa Tuah utk bisnes mereka. Dan pandangan orang2 pompuan awek2 ciki2 di sini bagi mereka, Aku ni adalah lelaki tulin yang membuatkan mereka basah bagaikan hujan turun di tengahari! Sebab tu bila aku berjogging di tepi pantai Pattaya, Aku sering digoda oleh ramai wanita2 yang hebat seperi Dokter Sha dan termasuklah janda janda yang kesunyian di aidilfitry. Ini cerita benar tau… Aku amat bahagia tinggal di sini kerana ini semua kuasa dari yang maha esa. Aku redha dan bersyukur aku masih hidup di bumi nyata. Semuanya sudah tertulis..
Semoga kita semua di lindungi..Ameen…
MK: Cerita sikit suasana berpuasa di Pattaya. Makanan Halal disana camna, mudah dapat tak?
A: Payah nak jawap soalan ni. Sebenaqnya soalan ni yang ke empat ratuih tujuh belaih kali dah orang dok tanya aku.. Isshhhh nak jawap camna nohhh? Bulan puasa di sini sangat meriah sebab di sini tak ada JAWI dan pencegah maksiat dan tiada van mayat. Kami bebas di sini suka hati nak puasa ka dak tak ada sapa nak marah nak tangkap nak cekup. Ianya sangat menggembirakan! Walau camanapon situasinya, posa tetap posa, kalau tak posa takleh raya Nohhh!
Makanan HALAL? Cakap je nak makan apa? Semestinya Halal ada di sini tanpa was was. Yang penting Yakin Halal Sudah pasti HALAL! Kalau di Malaysia pun belum tentu ia 100% Halal.. bila kita was was ia otomatik jadi HARAM! Betol dak? Oleh itu janganlah berasa WAS WAS bila kita mengembara kenegara orang. Yakin HALAL kita makan je la. Lain lah dok nampak terang2 Haram kita pi bantai makan jugak kan…
MK: Di Malaysia ni dah dua tahon dah PKP disana sini. Siap Darurat lagi tuh. Tapi kes Covid 19 mekar berkembang dari hari kehari. Di Siam camna keadaannya?
A: Disini PKP LOCKDOWN dah lebih dari 2 bulan sejak sebelum bulan Ramadhan lagi. Semua tutup termasuk masjid! Yang syoknya PKP di sini depa (rakyat) buat sendiri tak tunggu kerajaan bagi arahan! Koman spana la.. nak kena kerajaan cakap baru nk buat PKP.
Sini rilek ja PKP tak ada Roadblok dah setahun lebih dah. Polis pun tak mau buat Roadblok buang masa ja. Sini pukoi 9 malam dah sunyi sepi org dok umah buat anak dan main main dgn anak anak.
Kita kena paham bahawa manusia zaman sekarang ni bila kita kata jangan dan jangan buat.. dia tetap nak buat.. lagi kita larang lagi kita kata dok umah jangan keluar. Dia tetap nk keluar. Mungkin kena buat reverse saikologi. Di sini tak payah suruh.. Mat Rempit pun cuti merempit dah 2 bulan lebih dah ni depa tak merempit di jalan besaq. Itu tanda hormatnya mat rempit di sini. Bukan ada polis pun. Roadblok pun tak ada nak takut apa!
Itulah bezanya disini dan di Malaysia.
MK: Ni dah kira lama sangat dah nih Lu sangkot kat Siam. Ada cadangan nak menikah orang Siam ka?
A: Hang tak ada soalan lain ka? Tanya la ikan semilai tu nama apa?
Sekolah dia kt mana? Macamana nak tahu itu itik jantan ka betina?
MK: Gua ada terbaca di internet bahawa kerajaan Thailand seolah-olah membagi kebenaran kat Rakyatnya untok bereksperimentasi dengan perubatan berasaskan Ganja dalam melawan pandemik Covid 19. Cerita sikit…
A: Untuk soalan ini aku kena minta cas bayaran tiga poin enam juta ni. Soalan ni sangat bahaya boleh membuatkan Pak Mat Tempe berlanggar dengan motokar! Untuk pengetahuan yang mulia Tuan Haji Kapcai Rokes, Ganja ini adalah Ubat bagi semua jenis penyakit di muka bumi ini terutamanya penyakit kencing manis ( ba-wan ) penyakit Barah ( ma-ling ) dan seangkatan dgnnya. Di Thailand kerajaannya telah membuat kajian yang sangat hebat dan mereka percaya bahaya Ganja adalah ubat yang sangat mujarap untuk segala jenis penyakit, termasuklah penyakit corona virus yang sedang merebak ketika ini! Dengan keyakinan yang ada pada Ganja ini, kerajaan Thailand telah meluluskan tanaman Ganja ini pada sesiapa yang ingin menanamnya. Tetapi bersyarat.. syarat utama ialah mestilah RAJIN! Kalau pemalas BALOQ LIAT baik pi tidoq ja.. apa pun tak bulih.. MP!
Syaratnya, setiap orang yang ingin menanam ganja mesti bawak pokok ganja dan benihnya sebagai bahan bukti kat pejabat berkaitan. Kalau tak buat begitu ia tidak akan diluluskan!
Untuk perubatan secara tradisional, daun akar batang pokok Ganja ini di rebus dan di minum airnya. Dan boleh juga di campurkan bersama kopi, Teh tarik, milo, nescafe, ovaltine, susu dan apa saja jenis minuman.. ikut suka hang la nk boh dalam ayaq apa pun.. MP! Dan daun ganja ini boleh di masak dan di goreng bersama masakan yang anda sukakan.. contohnya Nasi Goreng ikan masin ganja, roti canai ganja, bihun sup ganja, peknga pisang Ganja, gulai ikan kering Ganja, dan apa apa saja masakan boleh letak daun ganja sebagai tambahan utk sedap tambah selera dan utk kesihatan elak dari segala jenis penyakit. Kalau nak di ceritakan pasal Ganja ni 13 tahun lagi pun tak habis oiii..Hang dok tanya pasai ganja nih..Awat? Hang nak hisap Ganja ka? Jangan buat pasai oii.. Jangan cari penyakit nak hisap ganja di Malaysia. Jual belacan kena tangkap.. jual daun ganja tak kena tangkap di Amsterdam.. MP!
Sejak kedatangan Covid di muka bumi ini. Berbagai cara mereka gunakan utk mengelak terkena jangkitan Corona virus ini. Di Thailand ini ramai orang mengamalkan minum air halia panas yang di rebus bersama daun akar batang pokok ganja sebagai mengelakkan jangkitan virus durjana ini. Dan ia terbukti berkesan kerana ada dua tiga empat lima kes dimana keseluruhan keluarga seramai 9 orang di dalam rumah itu positif covid hanya seorang tidak di jangkiti kerana dia minun air rebusan daun ganja bersama halia. Kerana kes itu kerajaan Thai mengeluarkan lesen untok sesiapa saja yang ingin membuka cafe GANJA di Thailand. Diulang sekali lagi, Di Thailand… BUKAN di Malaysia ok! Orang Malaysia sila tengok saja dan senyum itu penawar duka.
Akhir kata maju lah kita bersama PKP PKPK LAH SAHABAT SEMUA.
ALLAH S.W.T BERI KITA AKAL UNTUK BERFIKIR DENGAN WARAS.
SETIAP PENYAKIT ITU ADA UBATNYA. DAN SETIAP TUMBUHAN DI MUKA BUMI INI ALLAH S.W.T JADIKAN SEBAGAI PENAWARNYA.
JANGAN JADIKAN DIRI ANDA DI TIPU OLEH MANUSIA DURJANA!
Sekian..Salam Aidilfitry Maaf Zahir Batin dari Atan Loklaq yang jauh dimata dekat di taik mata.
Okay, itulah serba sikit cerita terbaru brader Atan Loklaq semenjak dia terkandas di Pattaya. Tahon 2020 dia menumpang kaseh berhari raya dengan Cikgu Joe Satun di Pak Bara, tahon 2021 dia raya bersama Dr Sha (bakal menjadi suri hatinya inshaAllah kita doakan..). Semoga Covid 19 cepat2 habis dan kita boleh jalani semula hidop seperti biasa.
Amin…
Comments
Loading…