in

RIDE MOTOR GENG KILANG Bukan Bas Kilang!

Pada 11 June 2022 yang lepas geng² motor kilang Penang telah mengadakan ride santai bersama rider² kilang antara rider kilang atau buleh kita gelarkan sebagai ‘Ride InterKilangshenel’.

Antara geng kilang yang terlibat adalah kilang Jabil, Schenker dan WD. Mereka berkumpul di RnR Juru pada seawal jam 7 pagi dan bertolak ke Sungkai untok pekena Nasi Bamboo. Selepas settle pekena nasi dekat restoran tu mereka ride naik ke Cameron Highland pulak untuk menikmati suasana sejuk disana sambil pekena secawan tea panas.

Ride InterKilangshenel ni melibatkan sebanyak 19 biji jentera pelbagai jenis, ada kecik ada besar ada hensem ada lawa dan ada jugak yang wangi seanggun bidadari seharosnya aku cerminkan diriku sebelom tirai kamar aku buka untok mengintaimu. Hari yang bermula dengan cuaca baik akhirnya menukar wajah dibelah petang, nasib mereka tidak begitu cantik kerana hujan turun dengan lebat dan menyebabkan perjalanan mereka terbatas. Nasib la tiada perkara yg tidak diingini terjadi, alhamdulillah mereka selamat pergi dan balik walaupon dalam keadaan yang lokoih tembakau sikit… Berhentilah merokok.

Bagi rider Penang lain kalau nak join diaorang ni boleh contact saudara Alyf Bhai, ni dia nombot 017-4405384. Mereka sering mengadakan ride² santai bagi mencari kawan tak mau lawan. Walaupon Mat Kilau sudah tiada, waspadalah dengan Mat Sakau yang sentiasa wujod disetiap zaman. Sapa dia Mat Sakau? Itu sendiri mau sadar lah.
Selamat Malam Rohingya dan kalau harga telor ayam mahal, kurangkan makan telor ayam, makanlah telor ikan.

Gambar dan Stori : Mika8 Channel

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

PEKETUM MC : Ride N Camp Kampong Rening

KONVOI HARI YAMAHA SEDUNIA GTMAX SRI MUDA SHAH ALAM