in

PEKETUM MC : Ride N Camp Kampong Rening

Oleh kerana Jalan Sungai Koyan-Cameron telah ditutop kerana tanah runtoh (katanya tutop hampir sebulan), maka kam, PEKETUM MC memutuskan untok ke Kampong Rening (Cameron Highland) melalui Tapah dan Simpang Pulai.

Sepertimana yang lu orang maklom, Assosesyen (Association) Kapcai Turing atau PEKETUM MC terdiri daripada ahlinya dari seluruh pelusuk negara. Maka yang dari selatan naik ikot Tapah manakala yang dari arah utara akan naik ikot Simpang Pulai.

Biasalah, pohon yang sangat rendang (rendang terok), singgah merata, beli petai lah, beli madu lah, maka semua rider hanya dapat berkumpul di masjid Ringlet lebih kurang 6.00 petang waktu Cameron Highland. Awan mendung berarak, angin sejuk yang bertiop sederhana kencang membuatkan ramai yang nak terkencing tapi mujor berak enggan hadir bersama. Maka.. Lokasi kencing yang dikenalpasti adalah antaranya Masjid Ringlet (Tapi tersumbat, mohon dibaiki segera untok keselesaan jemaah. Kat sini bukan singgah kencing saja Noh.. kita solat jamak sekali lah), stesyen minyak Shell dan Petronas. Ada yang lapaq terok, kami ada jumpa foof court mini, ada jual Mee Kari, Laksa, bihun sup padu, lokasinya kat hadapan stesyen minyak Petronas situ. Sejuk-sejuk time tu kena Mee kari dengan kopi O… Dia punya Nikmat yaaqmaaat tatkala menghirup kuah kari hingga titisan kari terakhir !

Sementara pakat dok kencing, di Ringlet semua bahan-bahan makanan mentah dibeli. Pekan Ringlet walau macam pekan koboi, tapi barang-barang asas boleh dikatakan semua ada. Penduduk setempat dari arah Tapah akan mendapatkan barang keperluan disinilah, berbanding Tanah Rata atau Brinchang. Kalau dari Simpang Pulai mungkin boleh didapati dari Kg Raja atau Kuala Terla.

Dalam dok sibuk membeli belah, maka awan yang berarak tadi telah menurunkan hujan, maka bertambahlah sejuk. Walaupun sejuk, tapi semua agak kelihatan gembira sebab cakap mulut keluar asap. Biasalah mai jauh dari Perlis nun, rumah tengah bendang, panaih lit-lit, boleh cakap mulut keluar asap kira rare lah! (Notaediter : Perlis tengahari memang panas terok, tapi kalau musim Timoq, cuaca tengah malam membawak ke pagi seakan2 Ringlet jugak Nohhh kah kah!).

Dalam hujan kami teruskan perjalanan, dari Ringlet hala ke jalan Sungai Koyan, lebih kurang 40KM. Bagi kami yang datang buat pertama kali, kami hanya berpandukan google map dan signboard. Perjalanan tidak lah sesukar kalau dok tengok video-video dalam yutiub tuh, jalan off road biasalah nak masok kg org asli. 5 tahun sekali dekat pilihan raya nanti kerajaan buatlah mini tar untok meraih undi heh!

Dalam gerup kami, ada paling power naik mutu TRK advencher hinggalah yang naik mutu Kriss 110 pon ada. Tapi dah nama pun Assosesyen Kapcai, maka majoriti naik kapcailah, ada EX5, LC135, RS150 dan Skuter pun ada jugak, tapi skuter Honda ADV lah! Advenchervicher!

Lebih kurang 9 malam kami tiba di Kampong Rening, Cameron Highland. Ketibaan kami disambut oleh Assisten Tok Batin bernama Abg Din, dialah yang mengurus port camping disitu, jadi kami urus semua dengan beliau. Di sini ada chalet diperbuat dari buloh siap toilet dan ada tilam dan bantal didalamnya. Kadar sewaan hanya RM80 dan boleh sumbat hingga 5 atau 6 orang. Jadi persoalannya..? Nak pacak kemah ker? Setelah berdiskas yang akhirnya bertukar kepada aksi bertumbok, bergusti, hang kata kat aku, aku kata kat hang, lawan game supermario sampai level 9, lawan carom sampai tercabot kuku, maka kami pun membuat satu keputusan MOU paling sukar dalam sejarah PerTuringan kami. Maka tajok pon kami terpaksa tukar lah jugak, daripada nama asal Ride N Camp kepada nama baru, Ride n Chalet Buloh Oyeahhh dont can very more together!

Bagi kami, semahal mana cas sewaan yang di letak Abg Din, janganlah dibanding dengan bilik hotel murah yang ada aircond, sebabnya inilah cara kita bantu ekonomi pendudok setempat. Tu pun depa baik bagi sumbat ramai-ramai, mau kata hotel tengah pekan, dia limit dua orang aja lah.
Jika nak pacak kemah pun boleh, dia cas minimum ja, duit kebersihan. Ada sorang dari kami yang pacak kemah, sebab dia memang true! Dia pun mai dengan anak dia double rider. Mungkin dah berjanji dan berniat dari rumah nak camping dengan anaknya, maka kena tunaikanlah janji. Baru lah bapak mithali Nohhh!

Suasana malam tidaklah sesejuk Ringlet tadi, sebab kita dah menurun hampir 40 KM dari tanah tinggi, boleh la santai-santai hanya memakai singlet. Chalet pula terletak sebelah anak sungai, yang mana jika diperhati anak sungai seakan-akan bercamtum ke Sungai Telum yang boleh nampak semasa dalam sepanjang perjalanan dari Ringlet hingga sampai ke Kg Rening.

Trip Kali ini simple sahaja, bagi kami, sebagai sebuah Assosesyen Kapcai Turing Malaysia, maka wajarlah kami untok sampai di destinasi-destinasi terbaik Malaysia tanpa prejudis, inilah tanda kecintaan kepada Malaysia demi perjuangan Assosesyen kami yang sentiasa bergerak aktif setiap detik.

Sekian, jumpa lagi di trip-rip akan datang.

Teks dan Gambar : Djinn Kapcai

Nota : Peketum MC, Persatuan Kapcai Turing Malaysia, adalah satu Asosiasi Petualangan Dua Roda tanpa mazhab jenama, menjadi antara gerup jentera dua roda paling aktif berkembara didalam dan di luar negara. Semenjak penubohannya sekitar penghujong 2000an nan silam, Peketum MC telah mengharongi pelbagai trip Turing yang mencabar. Rendang Merendang adalah Wajib, tetapi bukanlah menjadi sesuatu yang mematahkan semangat bahkan makin menambah keterujaan bagi laskar2-nya.
Kini, Peketum MC kembali berpetualangan! Awas!

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

DENGAN HARGA 14,998.00, INILAH YAMAHA R15-M, SPORTBIKE TERBAIK UNTOK KELAS 155cc.

RIDE MOTOR GENG KILANG Bukan Bas Kilang!