Event tertutop nih kalau dibaca secara formaliti, ianya adalah sebuah acara untok memberikan panduan dan pengetahuan kepada Raida2 mengenai tatacara sesebuah resing/perlumbaan. Sebab tu lah acara ni kalau dilehat di poster, ia dinamakan Klinik Asas Motocross KBS peringkat Negeri Perlis.
Klinik Asas Motocross nih dibuat pada belah pagi, tak tau lah berapa lama masa yang diambik untok penerangan kepada Raider2 tuh sebab Gua sampai ke tapak acara dah tengahari dah. Sebenarnya Gua dah plan nak gerak awal ke tapak event nih, siap tidoq awal lagi malam tu. Tengah sedap2 tidoq, perot tiba2 memulas, berlaku anjakan paradigma tahap goyang gadis tiktok kat dalam perot Gua. Teroslah Gua bangkit menyerbu toilet sekitar jam 3 pagi untok membantras segala kemungkaran yang bergelimang dalam perot Gua tuh. Dan Gua dapat agak bahawa segala kemungkaran yang berlaku dalam perot Gua tu adalah angkara Mee Rebos pasar malam Simpang Empat! Dan bila dah setel semua urosan di jamban, bila nak sambong tidoq balek agak makan masa la jugak kan. Taktau terlelap pukoi berapa, sedar2 aja… Nohhh! Awat tak terSuboh Dinosor pagi tuh oyeahhh! Itulah serba ringkas alasan Gua lambat sampai ke tapak acara ni Nohhh!
Sekitar jam 12-12.30 tengahari gitu, acara dimulakan dengan Fun Race Cubcross Standard kalau tak silap. Dengan cuaca yang menghampiri kepanasan Guron Sahara, dengan debu2 yang berterbangan menghiasi suasana, ternyata trek yang baru sebulan dibuat nih menyajikan satu perlumbaan yang amat best lagi mengaratkan rambot oyeahhh! Trek ni menurot pehak penganjor, ianya baru saja dibuat setelah trek depa yang terdahulu (di Pauh) terpaksa ditutop akibat masalah yang tidak dapat diceritakan disini. Sapa nak tau crita tuh sila bank in RM 250. Lepas wassap resit bank in tu kat kami, kami akan kontek melalui aplikasi PDPR.
Acara ni dibuat secara tertutup, hanya untok Raider2 Perlis saja dan terhad kepada 40 buah motor saja. Kategori pon hanya ada DUA saja yaitu Cubcross Standard dan jugak Cubcross Open. Penyertaan sememangnya teramat padu padat sendat sampai ada yang terpaksa dirijek sebab dah cukop kuota. Takpa, inshaAllah akan ada lagi race kat situ lepas nih. Kita set lain Nohhh!
Acara ini adalah anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis, dikelolakan oleh Pauh Putra Motocross Club (PPMC) dan mendapat kerjasama ADUN Pauh Rozieana Ahmad dan jugak Persatuan Belia Masjid Negeri Perlis. Untok acara sulong ini, bagi Gua not bad lah. Tapi Gua tumpang syok sebab menurot Tim Pauh Putra Motocross Club, tuan tanah trek nih dah bagi persetujuan untok guna tempat dia selama 3 tahon. Ini dah kira best sangatlah sebab dalam 3 tahon nih, event akan dapat diadakan tanpa was was Nohhh! Buleh buat tiap2 bulan!
Dalam acara ni jugak ada kemuncolan istimewa yaitu sorang Raidi ( kalau jantan kita panggil Raida, so kalau pompuan kita kena panggil Raidi lah Nohhh!). Raidi nih mewakili tim tuan rumah PPMC, dan agak power jugaklah Raidi nih. Dia masok acara Cubcross Open, dan untok round kalah lawan kalah final, dia pada permulaan race mendudoki tempat ke 3. Masok round ke empat gitu, dia kat tempat ke 4 dan masok round keenam atau ketujoh gitu, kelibat dia teros ghaibulghuyubbb! Beberapa menet lepas tuh nampak dia berjalan kat tepi trek dengan kekecewaan. Rupanya jentera dia telah mengalami kerusakan. Patotlahhh… Takpa dik… coba lagi dan Gua uchapkan selamat maju jaya dimasa depan.
Acara Fun Race ni tamat kira2 jam 5.30 petang, dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh ADUN Pauh Rozieana Ahmad. Antara Raida2 yang menarek perhatian petang tuh adalah Champion Cubcross Standard. Raida nih pakai boot kuning Pua Chu Kang jerrr. Acara Cubcross Open pulak menyaksikan Raida2 lama yang mengongker nombor 2 dan 3. Depa kata Otai maseh Mengeras Nohhh!
Okay, Trek Padang Siding ni ataupon trek Kampong Rambai nih amatlah mudah Yaqpark untok sampai ke situ. Kalau melalui Haiwey Arau Changlun, lepas sikit Flyover Arau akan nampaklah simpang masok ke kiri bertulis Kg Rambai. Dari main road hanya kira2 2 KM aja akan nampaklah trek nih. Kat tepian jalan ajer Gua cakap Lu.
Okay, diuchapkan tahniah kepada semua krew yang terlibat terutamanya geng2 PPMC, semoga event pertama nih akan menjadi satu suntikan booster lah untok event2 lain dimasa depan. Dengar kata sebelom bulan puasa ni akan ada satu event lagi kat sini. Apapon kita tunggulah berita dari PPMC Nohhh!
Comments
Loading…