in

MODENAS KARISMA 125S FACELIFT 2022 !

Ini kali ketiga versi Upgrade semenjak keluaran pertama 2003 nan silam!

Baju Hujan Paling Trending Dipasaran… Dapatkan Segera !

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd ( MODENAS ) hari ini memperkenalkan reka bentuk terbaharu motosikal jenis skuter Modenas Karisma 125S. Model terdahulu dilancarkan pada Ogos 2003, ketika MODENAS mula memasuki segmen skuter. Sejak itu ia mendapat sambutan hangat, dan dikenali sebagai skuter 125cc yang berbaloi serta mampu milik. Pada tahun 2016, model “facelift” skuter ini telah dilancarkan dan pada tahun 2022 ini, MODENAS kembali melancarkan model terbaharu Modenas Karisma 125S.

Prestasi
Modenas Karisma 125S terbaharu ini dilengkapi dengan enjin 4 lejang bersesaran 124.8cc, silinder tunggal yang menepati piawaian “Energy Efficient Vehicles (EEV)” serta EURO 4 ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 7.0 kW @ 7500 rpm dan tork 10.0 Nm @ 6000 rpm. Dengan sistem suntikan bahan api serta tangki minyak 5.1 liter, skuter ini sememangnya memberikan penjimatan dalam tunggangan.

Kosmetik
Untuk model Modenas Karisma 125S terbaharu ini, tiga pilihan warna diperkenalkan iaitu, “Mystic Red”, “Duchess Gold” dan “Aqua Blue” yang memberikan suatu aura serta penampilan yang menarik dan berbeza. Dengan rekabentuk luaran serba baharu yang kelihatan futuristik dan “sporty” yang dipadankan dengan skema warna, grafik baharu serta beberapa ciri-ciri tambahan pada skuter ini, ianya akan menjadi tarikan kepada mereka yang menggemari konsep “urban lifestyle”.

Teknologi
Pada bahagian hadapan, model ini menggunakan lampu jenis LED yang juga didatangkan dengan lampu nyalaan siang atau “Daytime Running Lights” (“DRL”). Lampu isyarat hadapan dan belakang juga dari jenis LED yang sememangnya amat bergaya. Reka bentuk meter yang moden dipadankan dengan tolok aras bahan api digital yang mudah dilihat oleh penunggang. Sistem kunci pula dilengkapi dengan suis buka tempat duduk yang moden.

Ciri-ciri Tambahan
Modenas Karisma 125S terbaharu ini direka untuk keselesaan dan praktikaliti. Skuter ini menawarkan ruang simpanan 14 liter yang cukup besar di bawah tempat duduk yang ergonomik dan dua ruang simpan kecil pada bahagian hadapan yang membolehkan anda membawa apa sahaja barangan. Skuter ini juga dilengkapi dengan soket pengecas USB yang dipasang secara strategik pada papan pemuka, yang membolehkan penunggang mengecas telefon pintar mereka. Modenas Karisma 125S ini juga dilengkapi dengan dengan lampu kecemasan atau “hazard lights” yang amat membantu semasa kecemasan.

Pegangan Pasaran Skuter MODENAS
“Sambutan untuk motosikal jenis skuter pada masa kini sedang meningkat, dan kami sebagai sebuah syarikat pengeluar motosikal tidak akan melepaskan peluang ini. Dengan adanya produk terbaharu ini, MODENAS dapat mengembangkan lagi pasaran skuter di Malaysia. Dengan rekabentuk yang baharu, dilengkapi dengan teknologi serba moden serta harga yang ditawarkan mampu milik, saya percaya bahawa skuter ini mampu menambat hati mereka yang membelinya.” kata Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS.

Harga
Harga jualan yang disyorkan untuk Modenas Karisma 125S terbaharu ini adalah RM5,397 (tanpa insurans dan cukai jalan). Motosikal ini akan berada di semua wakil pengedar MODENAS yang sah mulai 24 Februari 2022.

Jenama Helmet Paling Otai Dipasaran Malaysia !

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

PADANG SIDING KLINIK CUBCROSS 2022

TAKDAK MOTOR, JALAN KAKI PON BOLEH KEMBARA SOLO JUGAK NOHHH!