KAWASAKI hari ini secara rasmi kembali ke pasaran dengan memperkenalkan semula model yang diberi nama baru yaitu Modenas Ninja 250, Modenas Ninja 250 ABS dan Modenas Z 250 ABS dari segmen sport bike dan naked bike, menerusi pengedar rasmi baharunya, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS atau Syarikat), anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS).
Jentera2 yang diberikan nama baru ini datang dengan beberapa warna menarek serta harganya jugak tentulah menarek jugak Nohhh! Berikut merupakan senarai warna, spesifikasi serta harga jualan yang disyorkan:
1. Modenas Ninja 250 (2022): Terdapat DUA warna yaitu Metallic Carbon Grey dan Metallic Matte Graphite, dijual dengan harga ‘salah dengar ke ni?’ yaitu RM18,900 (Tak Termasok Insuren dan Rodtek).
2. Modenas Ninja 250 ABS (2022): Model premium ini hanya ada satu warna sahaja yaitu Metallic Matte Graphite Grey, sesuai dengan karektor dan kelasnya yang tersendiri. Model ini dijual dengan harga yang amat kompetitif dengan model2 dari jenama lain, yaitu RM20,500 (Tak Termasok Insuren dan Rodtek).
3. Modenas Z250 ABS (2022): Model Naked ini jugak datang dengan hanya satu pilehan warna yaitu Metallic Spark Black dan dijual dengan harga RM19,500 (Tak Termasok Insuren dan Rodtek).
Kesemua model2 yang dilancharkan ini adalah model yang dikilangkan atau dibuat pada tahon 2022, dan ianya dipasang di kilang Modenas Guron, Kedah Darol Aman. Menurot sumber2 dari kilang, untok pemasangan permulaan Modenas Ninja 250 ini, hanya 20 unit sahaja bagi setiap model. Selepas hari pelancharan ini, barulah akan bermula pemasangan dalam skala yang besar.
Ekoran daripada hasil peningkatan saham Kawasaki Motors. Ltd,(KMC) di dalam Motosikal & Enjin Nasional Sdn Bhd. (MODENAS), maka kesemua model motosikal KAWASAKI 650cc kebawah akan dijenamakan semula dibawah nama MODENAS. Dengan kenyataan ini, jelaslah bahawa jenama MODENAS selepas ini akan menjadi satu jenama premium dengan jentera2 bernadikan enjin Jepon buatan Kawasaki Nohhh!
“Kami di MODENAS amat berbangga berkongsi etos yang sama dengan pihak KAWASAKI dalam mengutamakan pelanggan yang mana ia akan memboleh dan memastikan semua pelanggan kami mendapat produk yang berpatutan, berkualiti dan berteknologi tinggi. Kami berhasrat untuk membawa penyelesaian yang unik dan pengalaman yang lebih tinggi kepada pasaran dua roda”, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Roslan Roskan.
“Pesanan saya kepada semua pemilik motosikal KAWASAKI, lama dan baharu, kini di bawah pengurusan MODENAS, anda boleh mengharapkan tahap perkhidmatan pelanggan yang serupa bahkan mungkin lebih lagi. MODENAS sentiasa memerhati, mempelajari dan menyesuaikan operasi perniagaan sepertimana rakan kongsi teknikal dan pemegang saham kami, KMC. Bersama-sama dengan KAWASAKI, kami bersedia untuk pengembangan perniagaan yang lebih besar. Membawakan anda produk dan tawaran untuk meningkatkan gaya hidup anda melalui pengalaman yang sihat.”
“Sehingga itu, pastikan anda memantau perkembangan kami yang akan datang”.
Ketiga-tiga model motosikal ini akan berada di semua wakil pengedar sah KAWASAKI mulai 1 Ogos 2022. Untuk sebarang pertanyaan, ataupun maklumat, anda boleh melayari laman web rasmi http://www.kawasaki.com.my/home atau menghubungi Talian Bebas Tol KAWASAKI di 1-800-880-008 atau WhatsApp KAWASAKI Careline di +6019-570 8135.
Comments
Loading…