in

HARLEY DAVIDSON NIGHTSTER KINI MASOK MALAYSIA OYEAHHH!

Tak sampai 3 bulan dilancarkan di Amerika Syarikat Harley-Davidson Nightster kini telah berada di Malaysia setelah Harley Davison Malaysia melancarkan model terbaru versi Sportster tersebut ketika berlangsungnya “Bike Week” Art of Speed 2022 di MAEPS Serdang, Selangor.

Majlis pelancaran tersebut telah dihadiri dan dilancarkan oleh Rewi Hamid Bugo Chairman Didi Group manakala Sajeev Rajasekharan Managing Director Asia Emerging Markets & India at Harley Davidson telah menyampaikan ucapan ringkas melalui rakaman pada paparan skrin besar.

Nightster yang menjadi model kedua dalam kategori ‘Sport’ selepas Harley-Davidson Sportster S menggunakan enjin yang lebih kecil daripada Sportster S iaitu enjin V-Twin 60° darjah Revolution Max 975T dengan penyejuk cecair berkapasiti 975cc DOCH. Enjin ini mampu menghasilkan 90Hp(kuasa kuda) pada 7,500rpm dan tork 95Nm pada 5,750rpm disertakan dengan 6 gear kelajuan bersama klac Assist & Slipper.

Sistem brek pula dilelengkapi dengan ciri keselamatan anti kunci(ABS) dua saluran menggunakan cakera tunggal bersaiz 320 mm, kaliper 4 piston depan(Brembo) dan cakera 260 mm bersama kaliper 1 piston dibelakang.

Untuk keselesaan dan kemudahan kepada penggunan Harley Davidson Nightster menyediakan tiga mod tunggangan iaitu Jalanraya, Hujan dan Sukan dan dipasang dengan fork teleskopik jenama Showa Dual Bending Valve (DBV) dihadapan dan penyerap hentakan berkembar boleh laras pada bahagian belakang.

Maklumat penting kepada penunggang seperti agihan kuasa, maklum balas pendikit, brek enjin, cengkaman ABS disalurkan menerusi paparan skrin LCD yang disediakan. Sesuatu yang agak menarik dan unik tentang Nightster ini ialah tangki petrolnya yang berbentuk kacang terletak di bawah tempat duduk antara enjin dan tayar belakang.
Harley Davidson Nightster turut dilengkapi dengan panel meter analog 4 inci bersama paparan panel LCD pelbagai fungsi serta sistem lampu LED sepenuhnya(lampu depan, lampu signal dan lampu belakang).

Sama seperti Nightster di Amerika Syarikat tiga Warna menarik ditawarkan untuk bakal pembeli Nightster di Malaysia iaitu Vivid Black, Redline Red dan Gunship Grey.

Lain lain maklumat berkaitan dengan Harley Davidson Nightster ialah:

*Rim aloi 7 batang 19 inci di depan (tayar 100/90)
*Rim belakang bersaiz 16 inci (tayar 150/80)
*6 gear kelajuan bersama klac Assist & Slipper.
*Ketinggian tempat duduk 706 mm (agak rendah sesuai untuk penunggang Asia)
*Muatan tangki 11.7 liter
*Berat 221 kg.
*Purata penggunaan petrol sekitar 1liter untuk setiap 20km.
*Dua tahun warranty
*Harga bermula dari RM93,900.00

Harley Davidson Nightster dan model-model Harley Davidson yang lain boleh didapati di 5 wakil penjual sah Harley Davidson yaitu di Jalan Ampang, Petaling Jaya, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu Sabah.

Gambar dan Teks : Asri Mohd Asri

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

MODENAS NINJA 250, NINJA 250 ABS, Z250 ABS MUNCUL KEMBALI DENGAN HARGA PALING MENGEJOTKAN!

KALER BARU YAMAHA NMAX 2022, Harga Disyorkan RM9,498.00