in

QJMOTOR SRT800 DAN SRK600 AKAN MENGIKUTI SPESIFIKASI YANG DITETAPKAN OLEH QJMOTOR

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd akan mengedarkan motosikal QJMOTOR SRK600 pada harga RM35,888 dan SRT800 pada harga RM39,888 untuk versi Standard serta RM42,888 bagi versi X. Kedua-dua model tersebut akan mengikut spesifikasi standard yang dikeluarkan oleh pihak QJMOTOR termasuklah sistem brek dan suspensi yang digunakan. Walau bagaimanapun, speksifikasi terdapat pada model yang dikeluarkan adalah sedikit berbeza dengan apa yang dimaklumkan semasa pelancarannya sebelum ini.

Walaupun terdapat sedikit perbezaan dari segi komponen, ianya tidak menjejaskan prestasi mahupun kualiti motosikal-motosikal tersebut. Sistem brek masih mematuhi piawaian Eropah yang ketat di mana pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) turut menggunakan piawaian ini sebagai standard dan pematuhan di Malaysia.

MForce Bike Holdings Sdn Bhd ingin memohon maaf di atas segala kesulitan dan jutaan terima kasih diucapkan untuk sokongan anda semua.

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

KONVOI HARI YAMAHA SEDUNIA GTMAX SRI MUDA SHAH ALAM

MODENAS NINJA 250, NINJA 250 ABS, Z250 ABS MUNCUL KEMBALI DENGAN HARGA PALING MENGEJOTKAN!