in

MIDA DAN PERODUA JALIN KERJASAMA DALAM TRANSFORMASI PENDIGITALAN EKOSISTEM OTOMOTIF TEMPATAN

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hari ini telah melancarkan satu kerjasama strategik iaitu Program Transformasi Digital Ekosistem Otomotif. Program ini bertujuan untuk menaik taraf bekalan otomotif tempatan ke tahap yang lebih tinggi dan berkualiti melalui penggunaan teknologi dan jentera terkini serta mendigitalkan proses pembuatan dengan menggunapakai Industri 4.0. Majlis pelancaran ini telah di adakan di ibu pejabat MIDA yang terletak di Kuala Lumpur Sentral.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Arham Abdul Rahman dalam ucapannya berkata“Syarikat-syarikat tempatan perlu mengambil peluang dari program ini dan memainkan peranan penting dalam membina ekosistem industri negara ke arah menyokong syarikat-syarikat besar dan syarikat multinasional. Kerjasama antara MIDA dan Perodua yang telah bermula sejak tahun 2020 adalah penting bagi memastikan keupayaan syarikat tempatan yang bersama Perodua dalam industri otomotif terus kukuh dan berjaya.
Dalam inisiatif MIDA yang memberi kemudahan kepada syarikat-syarikat untuk menggunapakai pendigitalan dan Industri 4.0, kami berjaya menyumbang kepada pertumbuhan besar pembuatan Perodua. Perkara ini dilaksanakan melalui pemerkasaan rakan kongsi industri dan penyediaan perkhidmatan kepada mereka”.

“Kerajaan telah melaksanakan usaha bersepadu untuk mengkaji semula dasar sedia ada dan menstruktur semula strategi pelaburan negara bagi memastikan persekitaran perniagaan Malaysia kekal kondusif, berdaya saing dan menjadi pilihan kepada pelabur luar negara. Kerajaan juga sedang gigih menjalankan promosi dan memudahkan syarikat tempatan meningkat dan mempercepatkan penggunaan teknologi pembuatan pintar dan Industri 4.0 melalui pelbagai insentif dan kemudahan,” kata Datuk Arham Abdul Rahman.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad dalam ucapannya pula berkata Program Transformasi Digital Ekosistem Automotif MIDA – PERODUA sejajar dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan aktiviti pembangunan ekosistem teknologi tempatan dari segi bekalan, kualiti, R&D, inovasi dan pengkomersilan.

“Pelaksanaan Industri 4.0 bukan sahaja untuk manfaat pembekal otomotif, tetapi mampu menyumbang kepada agenda transformasi digital nasional. Program ini juga bakal membantu mempercepatkan kemajuan industri pembuatan di Malaysia, samada kecil, sederhana atau yang besar, kerana ia menyediakan dana dan bimbingan.
Peranan Perodua membangunkan ekosistem automotif dan program ini adalah satu lagi contoh komitmen kami ke arah objektif ini,”

“Sokongan yang diberikan oleh kerajaan melalui MIDA adalah penting kerana program ini dapat membantu menghalang kenaikan kos pembiayaan di bebankan kepada pengguna.”
“Sehingga berakhir 2022 Perodua telah membuat keputusan untuk tidak menaikkan harga keluarannya kerana yakin masih mampu menyerap sebarang kenaikan harga barang pembuatan dan berikrar untuk terus membantu pembekal Perodua bertahan dalam perniagaan mereka.”tambah Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad

Pada majlis hari ini, tiga syarikat pembekal komponan kereta tempatan yang menjadi perintis pertama Program Ekosistem Transformasi Digital MIDA-Perodua telah di perkenalkan kepada jemputan yang hadir. Tiga syarikat tersebut ialah LSF Technology Sdn Bhd, J.K. Wayar Harness Sdn Bhd dan Autoliv Hirotako Safet Sdn Bhd. Wakil dari tiga syarikat syarikat tersebut telah memperkenalkan dan mempamerkan hasil keluaran dan kejayaan syarikat mereka melalui tayangan slide video kepada jemputan yang hadir pada majlis hari ini.
5 lagi syarikat tempatan iaitu Armstrong Auto Part Sdn Bhd, ingress Aoi Technologies Sdn Bhd, Namicoh Suria Sdn Bhd, P.D Kawamura Kako Manufacturing Sdn Bhd dan Kumpulan Jebco (M) Sdn Bhd telah dikenal pasti untuk menyertai program ini.

Sehingga Jun 2022, sebanyak 238 permohonan dari syarikat tempatan telah diluluskan dengan geran keseluruhan berjumlah RM138.5 juta.

Penerima geran adalah terdiri daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) daripada pelbagai industri seperti plastik, kayu, perabot, tekstil dan juga daripada industri berkaitan perkhidmatan.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

TEST RIDE MODENAS NINJA 250ABS 2022 PULAK OYEAHHH !

CASTROL MALAYSIA MULAKAN PERADUAN EPL EKSKLUSIF SEMPENA PELANCARAN MINYAK ENJIN SUPERBIKE BARU!