GTmax telah menganjurkan satu konvoi ke salah satu kedai GTmax di Shah Alam sempena sambutan hari Yamaha sedunia pada 1 July 2022. Selain dari sambutan hari Yamaha, GTmax turut mengadakan majlis perasmian bangunan baru “Yamaha Lifestyle” zon 2 dan sambutan ulang tahun penubuhan Yamaha yang ke- 67.
Konvoi Yamaha Day bermula dari R&R Awan Besar disertai oleh hampir 100 buah motorsikal jenama Yamaha dari pelbagai model seperti Yamaha Y16, Yamaha Y15, Yamaha LC 135, Skuter dan motorsikal retro seperti Yamaha RXZ, Yamaha RXS dan Yamaha 125Z. Konvoi Yamaha Day GTmax bergerak menuju ke Shah Alam sekitar pukul 7.30 pagi setelah marshal yang bertugas memberi taklimat ringkas berkaitan dengan perjalanan dan keselamatan dijalanraya untuk peserta konvoi.
Perjalanan ke GTmax Shah Alam dari R&R Awan Besar mengambil masa lebih kurang 30 menet dan berjalan lancar dengan kawalan dari marshal marshal dari GTmax.
Setelah tiba dan menyusun motorsikal masing masing dihadapan kedai GTmax Taman Sri Muda, peserta peserta konvoi diminta mendaftar nama dan dijemput bersarapan nasi lemak, spagheti, kueh mueh dan air minuman yang telah disediakan.
Antara acara yang disediakan pada majlis hari itu ialah ucapan dari Dato Dr. Jim Khor (Yamaha MD) Mr Gan Thiang Seng (GTmax MD) Mr Alan Ong (GTmax Sales Manager) dan turut hadir hari ini ialah Mr Taketoshi Takabayashi, Yamaha Director. Acara lain yang turut diadakan ialah sesi bergambar bersama peserta konvoi, pertandingan melukis untuk kanak kanak, tarian singa, lawatan kedalam pusat service dan jualan alat ganti Yamaha dan jualan combo minyak hitam untuk membolehkan pemilik motorsikal Yamaha menyertai cabutan bertuah (4 buah motorsikal Y16 versi khas Yamalube disediakan untuk 4 pemenang utama).
Dengan adanya penganjuran seperti ini, GTmax dijangka mampu merapatkan hubungan antara mereka dan pelanggan dan menarik lebih ramai pemilik motorsikal untuk datang kekedai mereka di taman Sri Muda Shah Alam samada untuk membeli motorsikal, datang untuk melakukan “service” atau membeli alat ganti tulen Yamaha.
Yamaha Motor Co., Ltd. yang merupakan antara jenama motorsikal popular didunia telah ditubuhkan pada tahun 1955. Selain daripada motorsikal, Yamaha turut mengeluarkan pelbagai jenis barangan berkaitan permotoran seperti kenderaan komuter & skuter, kenderaan rekreasi, bot, enjin marin, kereta salji, traktor kecil, enjin kereta dan lain lain.
Teks dan Gambar : Asri M. Nor
Comments
Loading…