in

KABOOM X SUPERKCARMEGAGATH2023 VOL-3 TAWAR HADIAH KELISA GINO 1.3

PERSATUAN PERTUBUHAN PENGGERAK ALAM (PEPA) dengan kerjasama PERSATUAN KERETA KOMPAK MALAYSIA telah menganjurkan Karnival KABOOM buat kali ke 5 sejak PEPA ditubuhkan pada tahun 2022. Penganjuran kali telah diadakan di Maeps Serdang Selangor pada hari Sabtu dan Ahad (11.11.2023 – 12 .11.2023).

Acara yang diadakan selama 2 hari itu menyediakan pelbagai aktiviti seperti pameran kereta kompak dari pelbagai model dan jenama seperti Perodua Kancil, Kenari, Myvi, Alza, Axia, Ativa dan Daihatsu serta Honda yang diberi sentuhan restorasi dan modifikasi maksimum yang menyerlahkan kreativiti pemiliknya. Dianggarkan lebih 4,000 buah kereta kompak dari seluruh negara telah memenuhi kawasan karnival. Pemilik kereta kompak yang hadir datang dengan kereta yang dilengkapi dengan aksesori yang boleh didapati di Pasaran Domestik Jepun (JDM). Sebanyak 353 buah kereta telah mengambil bahagian dalam acara Autoshow.

Jumlah kehadiran pengunjung pada karnival kali ini yang dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri sangat menggalakkan dimana PEPA menganggarkan sekitar 70,000 orang pengunjung telah hadir memeriahkan Karnival KABOOM. Penganjuran Karnival KABOOM kali ini menggabungkan elemen permotoran, peniaga kecil (food truck) dan peniaga sederhana (PKS) serta aktiviti sukarelawan NGO.

Menurut Pengerusi PEPA, Puan Lizarwarty Mohd Dalal antara tujuan penganjuran karnival ini ialah untuk mengumpulkan peminat peminat kereta Kompak dalam satu majlis serta menambah peluang perniagaan kepada peniaga peniaga kecil dan sederhana ( seramai 200 peniaga menyertai karnival kali ini).

PEPA ditubuhkan pada tahun 2022 memberi tumpuan untuk bekerjasama dengan rakan kongsi strategik dalam memacu dan memperkasakan tindakan yang mampan untuk alam dan masyarakat. Pembangunan komuniti yang mampan adalah teras kepada semua usaha badan ini dan disampaikan melalui advokasi dasar, usaha komuniti di lapangan dan langsung, perkongsian korporat, kesukarelawanan belia dan penglibatan strategik serta pengumpulan dana. Karnival permotoran ini adalah kali kelima yang dianjurkan oleh PEPA selepas Shah Alam, Pandamaran, Kelana Jaya dan Tanjung Harapan.

Selain pameran kereta, juga diadakan persembahan konsert oleh artis tempatan, sesi ramah mesra bersama pempengaruh dan pelbagai hadiah cabutan bertuah. Untuk Kaboom X Super KCar Mega Gathering 2023 ini, hadiah utama cabutan bertuah ialah sebuah kereta Kelisa Gino 1.3. Sebelum ini Super Kcar Megagath Vol. 1 diadakan pada 2016 di Kedah, Super Kcar Megagath Vol. 2 pada 2019 dan Passo Boon Sirion Megagath (The Last Episode) 2022 (Maeps, Serdang) dan Mini Super KCar Megagath 2023 di Shah Alam, Selangor.

Pada hari Ahad 12 November 2023 karnival dimeriahkan juga dengan aktiviti pameran motosikal, perkumpulan pemilik Tow Truck di Malaysia yang juga melakukan pelbagai bunyi lagu menerusi hon kenderaan itu yang cukup menarik.

Sebarang pertanyaan berkaitan KABOOM KARNIVAL sila hubungi Puan Liza ditalian 012 5028292 atau emel: contactus@pepa.org.my dan pengerusi.pepa@gmail.com.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

MENEROKA GELUNG RAHASIA DI HA GIANG, VIETNAM.

PUSAT 4S KEDUA KAWASAKI ALL STAR KINI DI SETAPAK KL