in

JOM TEST RIDE 3 MODEL SUZUKI TERBARU OWYEAHHH!

Kegemparan Raida2 tempatan dengan pelancaran 3 buah jentera dari jenama Suzuki baru2 nih, telah membuatkan hati yang Sentimental menjadi Heavy Metal! Celah-celah tu, tiba2 Tim Suzuki kontek ajak testing ketiga-tiga jentera terbaru nih.. Oyeahhh! Seperti mengantok dihampar tilam spring siap pasang ekon bersuhu 16 darjah selsius la Nohhh! Jom baca serba ringkas panglaman Gua mengetest jentera2 Suzuki nih.

1. Raider R150Fi
Suzuki Raider R150Fi adalah motorsikal moped yang sedang hangat diperkatakan ketika ini kerana kelajuannya ketika diuji diatas mesin Dyno mampu mencapai 177KMJ. Kesan dari kelajuan yang luar biasa tersebut, Ketua Polis Negara telah mencadangkan supaya Kapcai “berprestasi tinggi” ini diharamkan daripada dijual dipasaran Malaysia!

Raider R150Fi berenjin 147cc dibekalkan dengan kuasa kuda sebanyak 18.2 adalah yang tertinggi didalam kelasnya. Bermula dari gear satu sehingga gear 6, pecutan Raider sangat memuaskan hati. Dengan penukaran gear yang lembut dan lancar, pecutan ketika memintas kenderaan di hadapan juga sangat baik dan meyakinkan. Raider R150Fi kurang bergegar dan berbuai ketika dibawa pada kelajuan 140 – 145Kmj. Handlenya yang agak ketat membantu menjadikan Raider RFi ini mampu bergerak dengan stabil pada kelajuan tinggi. Brek hadapan yang di lengkapi dengan ‘disc brake” 2 piston cukup menyakinkan ketika membrek secara mengejut.
Kelajuan maksima yang di catatkan masa test haritu ialah 149Kmj. Walau bagaimana pun kelajuan ini boleh mencapai sehingga 153Kmj mengikut keadaan laluan, angin dan juga saiz penunggangnya. Menurut kata wakil Suzuki Malaysia, setelah melakukan ujian, Suzuki Raider boleh ditunggang sejauh 50 kilometer setiap liter jika ditunggang sekitar RPM4000.

Spec Suzuki Raider R150Fi:
1. Enjin DOHC 1 silinder
2. 147 Cc
3. 18.2 Hp
4. Top speed 149Kmj
5. Tangki 4 liter
6. Tiada cut off
7. Atas Dyno 177Kmj
8. Sistem penyejukan cecair.
9. 6 kelajuan
10. Disc brake depan 2 piston

2. Suzuki GSX R150.
Suzuki GSX R150 adalah sebuah jentera yang direka khusus untuk peminat sportbike berkuasa rendah. Motorsikal ini memiliki reka bentuk yang sporty sesuai untuk golongan muda yang berjiwa kelajuan namun tidak janggal bagi mereka yang berusia sekitar 50an untuk memilikinya . Penunggang pasti akan terasa seperti seorang pelumba yang sedang beraksi di litar lumba apabila menunggang Suzuki GSX R kerana rekabentuknya yang sporty dan aerodinamik. Penunggang akan berada dalam posisi sedikit menunduk seperti seorang pelumba yang sedang beraksi di litar lumba. Walaupun memiliki berat 130Kg namun kuasa pecutan Suzuki GSX R ini yang dibekal dengan 18.9 kuasa kuda sangat baik dan pasti akan memuaskan hati penunggangnya. Ketika berada di laluan lurus dan rata GSX R150 mampu mencecah kelajuan sehingga 154Kmj. Dengan posisi yang membongkok mengikut reka bentuknya sebagai sebuah motorsikal “sport”, penunggang atau pemilik GSX R pasti akan merasa seronok dan merasa puas hati melayan konar yang tidak begitu “tajam” seperti laluan di lebuhraya Karak atau konar di laluan susur keluar di lebuhraya.

Spec Suzuki GSX R150:
1. Enjin DOCH satu silinder 147 cc
2. Sistem penyejukan cecair
3. 6 gear kelajuan
4. kuasa 18.9 hp
5. Berat 135 kg
6. Tangki 11 liter
7. Disc brake depan 2 piston
8. Suspensi fork teleskopik hadapan dan monoshock di belakang
9. Top speed 154
10. Keyless
11. Bentuk sports dengan fairing

3. SUZUKI GSX-S150 (Naked)
SUZUKI GSX-S150 direka untuk penunggang yang lebih gemar kepada tunggangan secara santai rileks dan sesuai untuk tujuan kegunaan harian seperti ulang alik ke tempat kerja dan juga untuk perjalanan jarak jauh. Walaupun dibekalkan dengan enjin dan kuasa yang sama dengan GSX R150 namun kelajuan dan kawalan (handling) Suzuki GSX S150 agak berbeza berbanding dengan Suzuki GSX R. Kelajuan maksima
GSX S mampu mencecah sekitar 140Kmj. Ketika ditunggang pada kelajuan sekitar 140Kmj ada terasa sedikit gegaran pada handle dan terasa bergoyang sedikit. Namun model naked ini tetap menarik dan sedap mata memandang.

Spec Suzuki GSX S150:
1. Enjin DOCH satu silinder 147 cc
2. Sistem penyejukan cecair
3. 6 gear kelajuan
4. kuasa 18.9 hp
5. Berat 133 kg
6. Tangki 11 liter
7. Disc brake depan 2 piston
8. Suspensi fork teleskopik hadapan dan monoshock di belakang
9. Top speed 140Kmj
19. Elektrik starter
11. Berat 133 kg
12. Bentuk naked
13. Warna biru dan putih.

Majlis tunggang uji ringkas 3 model terbaru Suzuki bersama media ini diadakan disebuah kelab golf di Kajang dan menggunakan laluan Lebuhraya LEKAS dan laluan lama Mantin – Kajang. Turut hadir memberi penerangan dan taklimat kepada Media dalam majlis tunggang uji ringkas 3 model Suzuki ini ialah “orang kuat” Suzuki Malaysia iaitu Tuan Ahmad Faez Tan Sri Yahaya, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Suzuki Malaysia Sdn Bhd, dan Pengurus Besar/Pengarah SMSB iaitu Dato’ Jeffrey Lim. Dalam ucapan aluannya Dato’ Jeffrey Lim menjangkakan, ketiga model baru Suzuki ini mampu berada sebaris dengan jenama lain yang sedia ada dipasaran dan mampu menambat hati peminat motorsikal berkuasa rendah terutamanya model Raider R150Fi (moped) dan begitu juga dua lagi model GSX R150 Sports dan GSX S150 Naked nya.

Semoga Jenama Suzuki kembali hangat di Malaysia.
I Hate Suzy !

Teks dan Gambar : Asri Mohd Asri

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

CASTROL DAN TAYAR CONTINENTAL KINI BEKERJASAMA OYEAHHH!

QJMOTOR SRK600 KINI DILANCARKAN UNTUK PASARAN MALAYSIA. HARGA RASMI BERMULA PADA RM35,888.