in

CASTROL DAN TAYAR CONTINENTAL KINI BEKERJASAMA OYEAHHH!

 

Castrol Malaysia dan Continental Tyre Malaysia telah menandatangani memorandum persefahaman untuk meneroka inisiatif bersama di seluruh negara. Kedua-dua pihak berhasrat untuk mensinergikan tawaran premium bagi kedua-dua jenama terkenal tersebot.

Castrol dan Continental mensasarkan untuk mengukuhkan kedudukan mereka di negara ini dengan memanfaatkan rangkaian pengedar yang luas, tawaran dan kepakaran masing-masing untuk menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pengguna.

Gan Wee Kiong, Pengarah Jualan Pasaran Castrol Malaysia & Singapura berkata, “Perkongsian ini adalah bukti komitmen kedua-dua jenama terhadap keselamatan dan kepuasan pelanggan kerana kami bersama-sama bergabung tenaga untuk terus membina kehadiran jenama kami di Malaysia. Melalui gabungan kepakaran kami yang menyokong peluang baharu, kami akan terus memimpin dan berinovasi dalam memastikan peneraju pasaran global dalam hal perkhidmatan dan penyelenggaraan.”

Cik Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia berkata bahawa, “Terdapat permintaan yang berterusan untuk kedua-dua jenama dan produk kami di pasaran di kalangan pemilik kenderaan premium, dan kami melihat peluang yang baik untuk kami bersatu untuk menyatukan tawaran kami untuk berkhidmat. Kami percaya dengan perkhidmatan dan kecemerlangan kedua-dua jenama lama itu dalam pasaran, kami akan terus menjadi jenama pilihan dalam penyelenggaraan automotif.”

Di bawah kerjasama yang dicadangkan itu, mereka akan menawarkan kepada pemandu di Malaysia program kesetiaan perdagangan gabungan, di mana mereka boleh menikmati pelbagai tawaran, insentif, penebusan dan ganjaran.

Kedua jenama tersebot juga sedang berusaha ke arah perkongsian ‘branded outlet’ diseluroh negara.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Castrol dan produknya, lawati www.castrol.com/my

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

SUZUKI VS125 SANG JOKER YANG TERSAKITI

JOM TEST RIDE 3 MODEL SUZUKI TERBARU OWYEAHHH!