in

QJMOTOR SRK600 KINI DILANCARKAN UNTUK PASARAN MALAYSIA. HARGA RASMI BERMULA PADA RM35,888.

QJMotor SRK600 secara rasminya telah dilancarkan untuk pasaran tempatan dengan harga rasmi bermula RM35,888.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Motosikal sesaran enjin 600cc ini diedarkan melalui syarikat automotif nasional, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. selaku pegedar ekslusif jenama QJMotor di Malaysia dan hadir dengan dua warna pilihan; Flaming Red dan Pearl White.

QJMotor SRK600 memiliki enjin 4-silinder sebaris, 16-injap dengan teknologi DOHC yang mampu menghasilkan hantaran kuasa maksimum 80.5Hp pada 11,000rpm dan tork maksimum 55Nm pada 8,000rpm dengan bunyi deruman enjin yang mengaum. Dengan enjin 4-silinder sebaris juga, ia menawarkan keseimbangan antara kecekapan bahan api dan kuasa. Selain itu, ia menjadikan QJMotor SRK 600 lebih seimbang dengan pengagihan berat yang sama.
Brek hadapan dan belakang motosikal ini dilengkapi dengan ABS dwi-saluran dan kaliper Brembo untuk keselamatan maksimum semasa membrek. Bagi suspensi pula, bahagian hadapan menggunakan teleskopik terbalik Marzocchi manakala belakang menggunakan lengan hayun dari jenama yang diyakini iaitu Kayaba (KYB) yang menawarkan serapan hentakan yang lebih baik dan lebih tepat, serta menghasilkan pengendalian dan kestabilan yang lebih baik.

Asas QJMotor SRK600 diperbuat dari rangka jenis trellis yang jauh lebih ringan dan membantu untuk meningkatkan prestasi motosikal. Bukan itu sahaja, QJ Motor SRK600 mempunyai sistem Assist & Slipper Clutch menjadikan ianya lebih selesa dan menyeronokkan untuk ditunggang di kawasan-kawasan bandar.

Motosikal jenis naked street ini memiliki reka bentuk moden dan sporty dan turut mempunyai ciri-ciri yang terkini dan memudahkan penunggang. Antaranya SRK600 menggunakan sistem pintar tanpa kunci yang memberikan lebih keselesaan kerana penunggang cuma perlu menyimpannya di dalam poket dan memulas konsol motosikal untuk menghidupkan enjin. Selain dari keselesaan, sistem ini memberikan kelebihan dari segi keselamatan kerana kunci ini hanya boleh digunakan dalam jarak lingkungan 3-meter sahaja.

Dari segi panel paparan pula, QJMotor SRK600 menggunakan jenis TFT bersaiz 5 inci dimana para penunggang diberi tiga mod pilihan; siang, malam ataupun auto. Bagi mod auto, skrin ini akan berubah mengikut keamatan atau kecerahan cahaya tanpa mengira cuaca ataupun kelajuan semasa menunggang. Skrin jenis TFT sangat membantu dalam memaparkan maklumat yang diperlukan dengan cepat dan tepat. (Nota Editer : Teringat kat jam tangan jenama Boy Landen sekitar tahon 90an nan silam… buleh ubah2 warna ikot cuaca.)

QJMotor SRK600 menggunakan lampu LED penuh yang membantu menerangi jalan raya dengan baik terutamanya ketika gelap. Kemudian, untuk penunggang jauh, SRK600 mempunyai tangki bahan api bersaiz 15-liter yang membuatkan anda mampu menunggang dengan lebih jauh tanpa perlu kerap berhenti untuk pengisian semula.

QJMotor SRK600 boleh di dapati di mana-mana pengedar sah MForce di seluruh Malaysia pada pertengahan bulan Jun 2022. Dengan setiap pembelian QJMotor SRK600, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Rock N Ride Nohhh!

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

JOM TEST RIDE 3 MODEL SUZUKI TERBARU OWYEAHHH!

QJMOTOR SRT800 VERSI STANDARD DAN X UNTUK PASARAN TEMPATAN, HARGA BERMULA RM39,888.