in

HONDA RS150 NAKED BIKE MERANAPKAN RM35K OYEAHHH!

Naked Bike Made In Penang Nohhh!

Lama betoi tak keluar meronda, bulu2 diatas dan dibawah pon rasanya makin berubah warna dari hari ke hari yang semakin mendong kelabu menunggu hujan tak kunjong tiba. Oh Covid, hadirmu membawa sejuta pengertian, walau kami cuba untok mengerti tapi sampai kini maseh jugak tak dapat jawapan. Perjalanan hari ini amat banyak U turn, silap kona teros masok parit. Tak pasai pasai lebor RM2k Nohhh!

Okay, jentera yang amat menggeronkan dan kocok kocok nyawa engkar ini milek brader Mazlan atau nama Fesbuknya Tercekik Nugget. Nama Fesbuk pon dah karan, motor dia sendiri mau tengok lah Nohhh! Gila terok punya modifikasi. Kalau dia tak buboh stripe Repsol memang agak susah jugak lah nak teka model motor nih. Sekali tenguk macam superbike mini, tengok lama2 dah nampak nak macam MotoGP pon ada. Cannot brain together with Linda Martopo Oyeahhh!

Honda RS150 ni dimodifikasi dengan konsep Naked Bike ala2 Italian. Brader Mazlan telah hantar jentera keluaran tahon 2018 ni kat bengkel Speedway Motor Sport Centre yang berpangkalan di Bukit Tambun Pulau Pinang. Disitu, dengan perbincangan ala2 di Parlimen, dengan usul dan perbahasan yang agak panas (tapi takdelah sampai speaker halau keluar dewan) maka terpatrilah sebuah memorandum persefahaman untok bikin konsep Naked Bike. Motor aja yang Naked okay.. Tuan dia maseh berpakaian menutop aurat.

Menurot Brader Mazlan, modifikasi Honda RS150 berkonsepkan Naked Bike ni agak rare di Malaysia dan motor dia ni adalah motor kedua di Malaysia yang bikin konsep nih. Melalui pemerhatian mata kami, jentera ni telah menjalani satu proses modifikasi yang amat padu dan eksklusif. Tengok sendirilah kat swing arm tu. Ianya adalah swing arm dari motorsikal BMW S1000 RR. Bahagian swing arm ini saja pon dia punya harga dah keras. Kalau tengok kat Spot rim pulak, ianya adalah rim daripada jentera Kawasaki Z1000 berkelebaran 7 inchi di belakang dan 3.5 inchi di depan. Ini pon berharga keras kopi panggong Gua cakap Lu!

Untok part2 lain, sila baca spesifikasi kat bawah nih. Gua taknak tulis dan cerita satu per satu sebab Gua yakin dan percaya pembaca dan penonton jentera nih lebeh mengetahui daripada kami. Tengok sekilas pandang pon Lu Orang dah tau size spoket dan jenis rantai yang dipakai. Tu belom cerita bunyi ekzos lagi tuh. Dengar ekzos pon dah tau dah size blok motor. Maka, lebeh baik kami tak cerita dan tak tulis panjang2, kami siarkan gambar saja dah cukop la yea keh keh!

Jadi, setelah tukar itu dan ini, masok ini dan itu, agak2 berapa kos perbelanjaan untok hasil yang macam ni? Secara teori untok sekolah darjah 6 Kasturi, kos swing arm dan sport rim saja pon dah mencecah ribuan ringgit dah. Tu baru dua benda tu aja tu. Okay, menurot brader Mazlan, dia dah belanja hampir 35K (Ringgit Malaysia TIGA PULOH LIMA RIBU Sahaja) untok mengsantet jentera Honda RS150 nih menjadi SuperNaked Bike. Tudiaaaa Nohhh!

Oh ya, Brader Mazlan kita ni ada join kelab jugak, dan kelab dia nama SPD Motor Sport Centre dan jugak sebuah lagi kelab bernama Group Abah Derhaka. Aktiviti buat masa ni adalah parking lah. Cari pasal kot dok buat nak ride pi Kemeren time2 PKP nih. Tambah Brader Mazlan, proses pembikinan jentera ni tak lama sangat pon, kira2 dalam Dua Minggu gitu aja. Bengkel Speedway Motor Sport Centre memang sebuah bengkel yang merchik padu dan cepat buat kerja. Bagitau aja konsep, insyaAllah depa akan cuba realisasikan. Siapkan saja ongkosnya oyeahhh!

Okay, untok keterangan lanjot, buleh kontek Brader Mazlan ditalian : 017 433 4384. Kalau nak jalan2 ke Fesbuk dia, boleh taip nama nih : TerCekik Nugget.
Majalah Kapcai mengucapkan Selamat Maju Jaya buat Brader Mazlan dan jugak Speedway.
Rock N Ride Nohhh!

Boleh jugak pi jengok Fesbuk Speedway kat sini Nohh:
https://www.facebook.com/Speedway0408/

SPESIFIKASI HONDA RS NAKED BIKE:

-Arm BMW S1000 RR
-Hugger Arm Full Carbon Italy
-Kawasaki Rim Z1000 Saiz 3.5 17 – 7.0 17
-Break Double Caliper Brembo GSX
-Brembo Caliper P34 (Belakang)
-Handle Bar Full Carbon Italy
-Break Clutch Rever Brembo RCS Corsa Corta
-Handle Suis Protaper
-Mono Nitron
-Fork X1R Custom Ducati
-Footrest RSV4 Model Arashi
-Full Body Original Titanium Proti Vietnam
-Special Custom CNC Rear Spoket 55 428
-Custom Front Spoket With CNC Adaptor
-Sonic 150 Enjin Casing
-Benelli Exzos Custom Vietnam
-Rear Footrest CNC Vietnam
-Keyless System With GPS
-3 Ways Break Hose Brembo System
-Full Samco Enjin Hose
-Full Airbrush Repsol

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

RIDE NASIB BAIK SEBELOM COVID 19

CAMK: KELAB MOTOR ANTIK KULIM