in

CAMK: KELAB MOTOR ANTIK KULIM

Sebuah Kelab Klasik Yang Makin Hot!

Fenomena adalah salah satu tajok Elbem kumpulan Search yang memang menjadi fenomena masa tu. Amy masa tu memang takbleh nak kata apa lah. Jejaka idaman marka-marka di kota dan di desa. Tapi itu semuanya kini menjadi kenangan. Fenomena muzik rock nampaknya menjadi semakin suram ditelan zaman. Memang ada peminatnya yang tersendiri, tapi tak menjadi fenomena seperti tahon2 80-90an dulu.

Fenomena Rock bagi Gua sama jugak dengan fenomena Honda C70 mahupon Skooter. Sekitar tahon 2005 hingga 2010 dulu, boleh dikatakan banyak kali jugaklah Majalah Kapcai versi cetak buboh jentera Honda C70 kat muka depan. Kalau di event2 autoshow ataupon acara2 klasik, jentera C70 penoh mewarnai segenap penjuru. Boleh kata masa tu, Skooter dan C70 sama naik lah dia punya karan. Macam2 warna dan gaya dibuat oleh owner2 yang sememangnya kreatif dan inovatif. Masa tu boleh tengok Honda C70 yang dibikin ekor laboh, madgad lowered dan macam2 design lagi yang rare.

Masok ke tahon 2010, fenomena Honda C70 dan Skooter seakan akan sepi. Otai2 yang aktif suatu masa dulu semuanya tak dapat dikesan. Dalam keadaan fenomena C70 menjadi suram tu, tiba2 scene motor Malaysia dilanda stail Street Cub pulak. Walaupon ini jugak relevan dengan C70, tapi gaya dan modifikasinya agak ekstrim dan tidak menjiwai makna klasik itu sendiri. Street Cub adalah satu gejala diluar lingkungan makna klasik yang sinonim dengan Honda C70. Tapi kami di Majalah Kapcai sentiasa sapot walau apa saja yang dibuat oleh Raider2. Kita kena meraikan kebebasan berkarya dengan cara masing2 Nohhh! Errr..kami sendiri pon modified dan bikin Street Cub jugak hehe..

Dalam keadaan yang serba kesuraman dan seolah ketinggalan zaman, ditambah pulak dengan kegilaan raider2 masakini yang lebeh stim dengan jentera kapcai moden, tup tup terselit sebuah grup Honda Klasik yang agak aktif di Kedah Darul Aman. Ini sesuatu yang agak mengejotkan kami sebenarnya. Maklomlah.. dah dekat 10 tahon dah kami tak jumpa kelab Honda C70, kalau ada jumpa pon hanyalah jentera2 kepunyaan persendirian. Ternyata kelab yang bernama Club Antique Motor Kulim (CAMK) ni telah membuatkan kami tersenyom bangga. Alhamdulillah ada jugak kelab Honda C70 yang maseh aktif dan paling best adalah kelab ni dia punya ahli agak ramai. Ada 33 orang semuanya dan depa semua nih aktif berkonvoi dan join bermacam2 lagi acara yang melibatkan permotoran. Depa jugak pernah masok TV wooo..!

Kelab nih ditubohkan pada 2015, dan diketuai oleh brader Abdul Razak Bin Buhari ataupon nama glemer dia Jaq Kapcai. Jentera Honda C70 yang sedang Lu Orang tengok kat page ni adalah milek brader Jaq Kapcai lah. Kelab ni majoritinya dianggotai oleh geng2 Honda C70 Klasik, dengan kondisi jentera masing2 dipelihara sebaik mungkin untok kekalkan keasliannya. Tapi ada lah jugak dibikin sikit2 kat enjin tu, sebab depa nih aktif berkonvoi serata negeri masa sebelom PKP dulu2. Menurot brader Jaq Kapcai, jentera dia nih dia bagi kat kawan dia yang nama Mamu untok restore dan tuning. Memang puas hati lah hasil tangan Mamu dan jentera dia ni dah pernah pusing satu Malaysia (Sabah Sarawak ja yang belom) dan paling jauh depa penah pi sampai ke Phuket. Daripada mula2 beli jentera ni sampailah kondisi seperti dalam gambar sekarang nih, brader Jaq Kapcai dah belanja sekitar 8K dah untok motor nih. Lepas Covid habeh nanti, harap depa akan pi jauh lagi, menuju ke Mae Hong Song dan seterosnya berparti di Pattaya Bike Week makan pulot kuning oyeahhh! Motor dah bikin sedap mesti mau kena ride jauh2 baru senmperr Nohhh!

Buat masa nih,kelab ni maseh belom ada penaja yang rasmi. Depa bergerak secara sendiri dan kadang2 tu ada lah sikit sumbangan dari orang2 politik dan syarikat2 kecik sekitar Kulim. Kalau ada sesiapa atau mana2 kampeni yang nak kerjasama dengan kelab ni memang dialu alukan sangatlah. Kelab ni sememangnya amat aktif walaupon baru ditubohkan, cuma dimasa Covid 19 nih terpaksalah depa parking kejap. Situasi nih memang sama saja lah kat mana2 tempat pon. Walaupon badan dah terketaq-ketaq nak ride, terpaksa lah tahan dulu.

Okay, Club Antique Motor Kulim memang mengalu-alukan sapa2 yang berminat nak join depa dan kalau nak kerjasama buat event pon memang depa no problem. Tunggu habeh Covid nih memang depa akan aktif berkonvoi dan beramal memberi sumbangan kepada rumah2 anak yatim dan tahfiz. Kalau ada apa2 benda nak tanya, boleh kontek brader Jaq Kapcai ditalian : +6012 498 1099

Rock N Ride Nohhh!

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

HONDA RS150 NAKED BIKE MERANAPKAN RM35K OYEAHHH!

EID SIDEK: TOK NEBAN TOURING PENUNGGU BORDER BUKIT KAYU HITAM!