in

HONDA GBO-J SARONG RIM CBX 400F!

Jentera GBO dan GBO J dalam dua tahon kebelakangan ni mola ada harga dipasaran. Susah dah nak dapat harga bawah 1K, paling2 pon 1.2K atau 1.5K. Ini permainan harga masakini untok jentera GBO stendet solat Maghrib.

Okay, jentera yang sedang Lu Orang tengok sekarang nih dimileki oleh Brader Imtiaz dari Kajang-Bangi. Imtiaz adalah seorang Raider yang Rare sebab dia seorang OKU, tak mendengar (pekak dan bisu) semenjak azali. Sekarang umor dia 31 tahon, bertugas sebagai assistant kedai printing T Shirt, maseh bujang dan marilah kita beroa agar dia bertemu dengan Jodoh yang memahami Hobinya ini Nohhh!

Semenjak mula aktif dalam dunia Honda Retro Klasik yaitu sekitar tahon 2011 nan silam, dia telah mendedikasikan minatnya kepada dua buah jentera Honda Cub. Honda Cub pertama dia beli sekitar 2013, sebuah model yang rare jugak, yaitu GBI C90. Maka, bermula disaat itu, dengan mengambil sumber ilham daripada Majalah Kapcai, dia telah membuat beberapa mekap keatas Honda GBI C90 tu. Dia buboh kaler biru setelah jatoh hati dengan satu poster di Majalah Kapcai. Lepas tu dia mula menjejaki barang2 NOS dan jugak Original untok kasi jentera GBI C90 tu mencapai tahap Dewa dalam dunia Honda Retro Malaysia.

Kini, jentera GBI C90 itu terbalot rapi dengan plastik dan diparkir baik punya kat dalam sebuah bilek galeri dirumahnya. Sejumlah lebeh kurang RM 14K telah dibelanjakan kat Honda GBI C90 tu, dan jentera tu hanya akan keluar bilek jika ada pertandingan atau event2 besar aja. Enjin jentera tu sekarang ni dia hantar ke JB untok setting.

Setelah setahon dia pakai GBI C90 tu, dia sambar sebijik lagi motor Honda Cub yaitu sebuah Honda GBO-J. Jentera GBO J ini telah di ‘make over’ dengan barang2 berunsor Retro dan Racing, dan paling hebat adalah sepasang Sport Rim dari Honda CBX 400F. Rim tu dia order dari United Kingdom dan berharga RM 2600.00 Nohhh! Betol betol komited Brader Imtiaz kita ni.

Kos untok pembikinan GBO-J hingga menjadi seperti yang sedang dilihat sekarang ni adalah sekitar RM7K. Bab2 enjin dia tak terlalu usik sangat, bab2 aksesori luaran memang dia balon cukop2 lah. Oh ya, boleh dikatakan segala urusan mekap motor2 dia tu, dia buat sendiri. Dia ni kira pomen jugaklah.

Bercerita serba sikit pengalamannya, dia pernah buat solo ride ke beberapa negeri di semenanjong, antaranya Perak, Kedah, Penang, Melaka, N9, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Perlis aja dia tak touch lagi oyeahhh! Nanti Lu kena pi Perlis bro.. Kalau Gua ada disana Gua bawak Lu pi mengai ikan Pedukang Nohhh! Dia ada lesen tak? Ewahhhh! Ingat dia lekeh ke? Dia ada lesen motor dan kereta okay! Jangan dok buat main2…

Okay, itu serba sikit cerita pasal Motor dan Tuan ampunya motor. Semoga Imtiaz teros saksess dalam apa yang dia minat, dan kalau ada sapa2 nak kontek sembang2 dengan dia, boleh bermesej dengannya di Fesbuk. Taip kat Fesbuk nama Imtiaz KingCub, add dia dan bermesejlah dengan dia. Jangan dok Call dia pulak…

Rock N Ride Nohhh!

 

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

KEGILAAN C70 KATIK DARI BANGKOK

BENELLI IMPERIALE 400 KINI DAH READY MASOK KEDAI!