Bersempena Festival Bundle Mania 2019 yang di adakan 3 hari bermula pada 6hb hingga 8hb September 2019, satu program permotoran juga diadakan pada hari tersebut iaitu 8hb september bagi memeriahkan lagi hari kemuncak Festival Bundle Mania dengan mengadakan Himpunan Riders SeMalaysia.. Lokasi yang menarik dan luas bertempat di Komplek Sukan Pandamaran Klang Selangor ini mampu menampong kehadiran orang ramai yang hadir…
Kehadiran yang begitu memberansangkan dengan sokongan dari kalangan rider-rider retro memeriahkan lagi acara pada hari tersebut.. memang sesuai dengan Festival Bundle atau vintage bersama dengan himpunan motorsikal retro yang pasti banyak kenangan dan sejarah tersendiri ketika zaman dulu kala..
Sepanjang event Festival Bundle Mania ini berlangsung selama tiga hari, turut dijemput artis bagi membuat persembahan agar bertambah lagi kemeriahan acara yang diadakan..
Untuk program Himpunan Rider SeMalaysia ini, pihak penganjur telah menjemput Dato Awie pada tengahari tersebut bagi membuat persembahan di pentas utama.. Rider-rider yang hadir dapat berpeluang menyanyi bersama serta sesi bergambar bersama Dato Awie.. Event ini juga mendapat sokongan bersama ahli dewan negeri dun Pelabuhan Klang iaitu yang berhormat Azmizam Zaman Huri..
Turut diadakan acara pertunjukkan motor retro dan pertandingan motorshow.. Antara kategori yang dipertandingkan pada hari tersebut ialah kategori clasic open pilihan, kategori Suzuki retro clutch open pilihan, kategori Suzuki Retro kapcai open pilihan, kategori Yamaha retro clutch open pilihan, kategori Yamaha retro kapcai open pilihan, kategori Yamaha Rx, Rxs, Rxk, Rxz, Rzr pilihan, kategori Honda retro clutch open pilihan, kategori Honda retro kapcai open pilihan, kategori Kawasaki retro open pilihan, kategori open bike pilihan, kategori open custom bike pilihan, kategori motor special dan gempak pilihan, serta kategori terakhir show terbaik pilihan..
Tu dia banyak kategori pertandingan.. Alang-alang dah sampai tu boleh la masuk pertandingan sekali.. Mana la tau kot ada rezeki menang kan sambil support event permotoran retro yang masih ada..
Sokongan lu orang amat-amat la diharapkan agar terus berkembang event retro yang diadakan.. Tambahan lagi motorsikal retro ni dah tiada dikeluaran pada zaman wawasan 2020 yang hampir tiba ni..
Zaman wawasan 2020 sekarang semua motor nak laju macam kapal terbang bunyi meletop-letop macam askar nak pi perang bawak meriam dan kena seting dyno macam nak berlumba di litar Sepang walau pon sekadar bawak motor pi balik kerja jaa.. Hahahaa…
Turut diadakan acara hadiah tambahan iaitu best of the best bagi peserta dan kumpulan yang hadir.. Gua mewakili pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi pada luorang semua yang sudi hadir, meluangkan masa dalam menjayakan event permotoran pada hari tersebut..
Gua juga difahamkan akan ada lagi event retro pada bulan depan, pastikan luorang semak di page Retromania atau mana-mana page permotoran untuk dapatkan tarikh event seterusnya.. Kalau tak jumpa juga page permotoran di facebook, boleh jer mengikuti page facebook Majalah Kapcai untuk dapatkan info aktiviti permotoran dan edisi keluaran majalah terkini..
Kalau lu tak da facebook, lu pi la tanya jiran-jiran rumah sebelah mintak dia buka page dan klik.. Cukup mudah dan senmperrrr jerrr nohhhhh…
Teruskan rock n ride dan support event permotoran seluroh tanah melayu ini terutama motor yang bunyi perang-perang tuuu… Tanpa sokongan dan kehadiran lu orang agak sunyi dan sepi event ini.. Ayuh memeriahkan bersama-sama…
Kita Rider Tiada Beza
Comments
Loading…