in

Tourism Malaysia Sokong Penganjuran KLBW 2019

0

KUALA Lumpur Bike Week (KLBW) 2019 telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof dalam suasana santai namun meriah.

Dalam ucapan perasmian beliau Musa berkata, Tourism Malaysia sangat menyokong penganjuran KLBW kerana perhimpunan motosikal terbabit membantu menjana ekonomi pelancongan negara.

Ujar beliau, selain MotoGP perhimpunan motosikal antara penarik dalam ‘two wheel tourism’ kerana dapat menarik pelancong dari negara jiran terdekat seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei serta Australia.

Musa berkata, Tourism Malaysia akan sentiasa menyokong dan membantu KLBW kerana perhimpunan motosikal itu berjaya dianjurkan untuk tahun ke sepuluh dan dapat menarik kedatangan peminat motosikal luar.

Sementara itu Pengarah KLBW 2019, Muhd Idi Iskandar Abu Zahar berkata, perhimpunan motosikal yang diumukan sebagai The End Of Chapter One itu dibuat berbeza dengan penganjuran sebelumnya.

Menurut Idi, sempena ulang tahun ke-10 penganjuran, KLBW 2019 tidak hanya tertumpu ke acara motosikal, tetapi diselitkan dengan pameran kereta serta galeri lukisan dengan karya unik.

Nampaknya tahun ini KLBW memang agak unik.

 

Artikel oleh Mynn Hamid

What do you think?

Written by Ghani Arafatz

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Pulsar NS 160 Enjinnya Enak Bangettt Mas Bro!

Himpunan Riders SeMalaysia