in

RD Club Malaysia dan Group Kadiir Retro memeriahkan Himpunan Riders Malaysia

Pada 8 September 2019 telah RD Club Malaysia dan Group Kadiir Retro telah dijemput oleh Team Retromania bagi memeriahkan Himpunan Riders Malaysia di Festival Bundle Mania bertempat di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang, Selangor. Himpunan Riders Malaysia yang diuruskan oleh Team Retromania berlangsung dengan meriah bermula jam 10 pagi. Pelbagai jenis motor sudah mula memenuhi tapak event sejak awal pagi lagi.

Peserta mula menyerbu ke kaunter pendaftaran yang dibuka dan dengan bayaran RM50 peserta akan menerima tshirt event, stiker, sijil penyertaan serta berpeluang memenangi Yamaha Y15Z, hamper dan wang tunai. Turut diadakan Pertandingan Motorshow juga turut diadakan dalam pelbagai kategori iaitu Klasik Open Pilihan, Suzuki Retro Clutch Open Pilihan, Suzuki Retro Kapcai Open Pilihan, Yamaha Retro Clutch Open Pilihan, Yamaha Retro Kapcai Open Pilihan, kategori Yamaha RX/RXS/RXK/RXZ/RZR Pilihan, Honda Retro Clutch Open Pilihan, Honda Retro Kapcai Open Pilihan, Kawasaki Retro Open Pilihan, Open Bike Pilihan, Open Custom Bike Pilihan, Motor Special/Gempak Pilihan, Kategori Show Terbaik Pilihan dan Best Of The Best.

Group Kadiir Retro dan RD Club Malaysia seperti biasa menurunkan motorsikal retro yang menjadi tumpuan kini iaitu YP Azura beserta model Azura. Selain dari itu jentera seperti Top Gun Kawasaki GPZ 900 R, Suzuki GSX 1000, Yamaha RD 250, Yamaha TZR 250 3MA, Yamaha TZR 125, Suzuki Inazuma 750, Suzuki 750 Katana dan Suzuki TS 125. Kehadiran YP Azura beserta model berpakaian uniform sekolah seperti watak dalam filem Azura menarik minat para pengunjung untuk bergambar.

 

Pengunjung turut dikejutkan dengan kehadiran Dato Awie bersama konvoi beliau ke Himpunan Riders Malaysia. Dato Awie sempat menyampaikan tiga buah lagu yang medapat sambutan meriah dari para pengunjung.

 

‘Come Ride With Us’

What do you think?

Avatar

Written by Ghani Arafatz

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Himpunan Riders SeMalaysia

GATHERING OF THE OLD – PADANG BESAR PERLIS