Akhirnya, sebuah lagi Trek Motokross/Cubcross muncol di negeri Perlis. Kali ini, trek yang berdinding bukit bukit tinggi dengan tekstur ala2 Grand Canyon Amarika, diberi nama sebagai Golden Hill ataupon Bukit Mas pula menjadi tuan rumah. Inilah trek terbaru hasil usaha Tim Dirt Rider Perlis dengan sokongan Pusat Khidmat DUN Pauh serta beberapa penaja2 lain. Maka, 17 & 18 September 2022 telah menjadi langkah mula dimana berlangsongnya acara sulong Golden Hill Track Day!
Persekitaran trek Bukit Mas nih amatlah indah bagi golongan kaki camping ataupon Nature Life. Suatu masa dulu, tapak Trek nih adalah sebuah bukit yang agak tinggi, sama tinggi dengan bukit2 yang ada di sebelahnya sekarang nih. Untok kemajuan punya pasal, maka bukit yang tinggi itu pon disakau sikit demi sikit hinggalah jadi macam sekarang nih lah. Menurot cerita2 orang kampong tuh, tanah2 yang disakau tu telah digunakan untok menambak tepi pantai area Kuala Perlis (area jeti dan kawasan sekitarnya).
Selepas bukit jadi rata, atas sebab2 tertentu (alam sekitar) projek menSakau telah terpaksa dihentikan, dan kawasan situ pon ditinggalkan sepi sendiri ahhh Aku benci. Aku ingin hingar Aku ingin dipasar! Atau Aku harus lari ke hutan belok ke pantai? (Dialog nih hanya Kadiaq aja yang paham heh).
Disebabkan salah sorang ahli Tim Dirt Rider Perlis (Syed Lengkung) bermastautin kat area berdekatan situ, kira kampong dia lah, akhirnya timbol satu idea untok bikin trek MX kat situ. Kawasan trek tu sebelom nih adalah tempat pembuangan sampah, penoh dengan pokok2 tak teruros, bersememeh bahkan kambing pon tak mau lalu situ walaupon kambing tu sendiri tahu yang dirinya berbau kambing. Akhirnya selepas beberapa kali miting, maka Tim Dirt Rider memolakan aksi meneroka dan dipendekkan cerita, terhasillah sebiah trek MX yang amat2 sempoi dengan sedikit inspirasi ala2 trek Siam.
Trek sepanjang 700 meter ini untok masa ni diolah untok kesesuaian jentera CubCross dulu lah. Alhamdulillah, acara Track Day pada hari tersebot sebagai acara sulong telah berjaya mendapat penyertaan hampir 100 Raider. Selain itu, acara sulong ini jugak telah mendapat penajaan dari banyak pihak, antaranya Red Bull, Minyak Pelincir Grantt, Peketum MC serta beberapa syarikat2 tempatan. Paling terbaik adalah acara ini mendapat sokongan padu dan penajaan tambahan daripada pusat khidmat DUN Pauh yang diketuai oleh YB Rozieana Ahmad aka Kak Gee. Kak Gee bukan pi singgah lambai2 tangan aja kat trek tu okay… Tapi dia lepak situ buleh kata seharian lah pada hari Ahad tu. Respek lah buat Kak Gee. Walaupon Gua berbeza parti dengan Kak Gee (Gua sokong Birthday Party), tapi attitude/sikap Kak Gee yang sangat mesra anak muda amat2 dihargai. Teroskan!
4 acara utama telah dipertandingkan pada hari Ahad (finale) yaitu Cubcross Stendet, Cubcross Open, Cubcross 35 dan CKD. Terdapat satu kategori tambahan yaitu MX Funrace. Raida2 yang join race pon muka2 yang agak familiar jugak lah. Dengan cuaca yang cantik, dengan aksi2 kemalangan yang sangat minimum, race untok semua kategori pada hari itu amat lancar dari mula hingga ke titisan peloh yang terakhir.
Tahniah buat penganjor serta raida2 yang bertarong hari tuh Nohhh! Tak lupa jugak tengkiu buat Ambulan St John serta peniaga2 makanan dan minuman di tapak acara. Semuanya nampak macam tersenyum aja, ada untong la tu keh keh!
Selepas ini, trek ni akan diolah sekali lagi katanya. InshaAllah, panjang trek akan ditambah hingga menjadi 1KM, dengan beberapa jump yang lebeh mencabar. Kita tunggu info terkini dari Dirt Rider Perlis Nohhh!
Tahniah dan Jumpa Lagi, Rock N Ride Nohhh!
Comments
Loading…