in

CHANA CLASSIC VOL.2 : Resing,Kemping,Meeting,Shopping!

Chana di eja dalam bahasa Siam จะนะ, disebut [t͡ɕā.náʔ]; Pattani Malay: จือเนาะ, sebut [t͡ɕɯː.nɔʔ]) dalam daerah Amphoe di selatan Negeri Songkhla, Thailand. Dari ICQ Bukit Kayu Hitam dia punya jauh kira2 82KM. Kurang lebih 1 jam perjalanan bermotorsikal.

Acara keramaian Chana Classic Vol.2 ni Saya dapat info dari Facebook. Dok berbelah bagi nak pi ka tak pi, sebab 16-18 September 2022 dah ada rancangan nak pi Koh Samui. Bang Lan Jamaludin (BLJ) bagi cadangan pi hari Ahad, kiranya sekerat hari sahaja, bini pun tak sedaq. Taw2 dah balik. Ini adalah strategi paling gerila pernah dilontarkan dalam sebuah planning lintas sempadan.

Rupa poster event depa ni memang menangkap jiwa betoi. Sebaik sampai aja kat tapak event, dia punya latar/view tempat tu kita bagi markah A. Dengan deretan pokok Pine, tasik yang luas, permandangan bukit bukau, kereta motor klasik nun jauh diseberang sana, memang depa tune tempat nih macam Switzerland. Sebab tu nama dia Switzerland Of Chana oyeahhh!

Untuk masuk pengunjung dikenakan ticket 100Baht. Organizer jual baju event juga 100Baht (kain cotton). Kiranya 200Baht lah. Tapi buleh pilehan, nak beli buleh takmau pon buleh. Gua beli la baju buat kenangan, agar jadi rujukan nanti nak buat acara keramaian PEKETUM X MAJALAH KAPCAI MALAYSIA, buleh la guna taktik ni. RM15 masuk + baju RM15. Ticket lucky draw kena pi boh dalam kotak dia.

Dalam tapak event penuhlah geng bike camping, geng campervan, geng menjual, yang best banyak jual makanan halal kat situ. Gua makan burger 35Baht dan ayaq mineral 850ml 10Baht. Burger agak sempoi, cuma ayaq mineral tetaplah tak maneh, sama macam ayaq mineral kat Malaysia dan seluroh dunia.

Acara racing offroad kat event ni pon agak rare. Tak ikot aturan buku sangat pon, time motor dah berator kat starting grid pon buleh menyelit lagi. Maksodnya, time betol2 nak race pon, motor yang baru sampai buleh daftar dan join the race. Daftar kat starting grid tu Nohhh! Ini adalah rare of the rarest lah. Yang penting enjoi oyeahhh!

Okay, disini saya perturunkan gambar acara yang sempat saya ketik untuk tatapan Lu Orang semua.

Oh ya, dalam perjalanan balik ke Malaysia (balek hari itu jugak, kami masok pagi balek petang Nohhh), kami jumpa team RAKAP BESI. Depa Kayuh dari Danok ke Hatyai.

Okay, jumpa lagi.

Gambar dan Teks : Madduha, PEKETUM MC.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

DUA SAHABAT SEKAMPONG MENJELAJAH BUMI THAILAND !

GOLDEN HILL TRACK DAY: CUBCROSS BERPUAKA MENGGILA!