in

INILAH JENTERA YAMAHA PRODUKSI YANG KE 5 JUTA !

September 2022 menjadi satu detik bersejarah buat Hong Leong Yamaha Motor Malaysia (HLYM) dimana produk keluaran mereka berjaya menjejak ke angka 5 juta unit. Model Yamaha 135LC Fi pulak menjadi model yang bertuah untok dicetak angka 5 juta tersebot Nohhh!

Menurot pehak HLYM, untok merayakan model ataupon unit ke 5 juta nih, maka sebanyak 5 ribu buah Yamaha 135LC limited edishen akan dikeluarkan. Edisi 5 ribu unit nih dia punya stripe/design sama macam dalam gambar yang kat dalam page nih. Setiap unit speshel edishen nih akan diletak satu emblem/lencana kat bakol (sebelah dalaman) bermula dengan angka 5,000,001 sehingga 5,005,000. Setiap pembelian jentera limited edishen nih pulak akan mendapat jeket khas 5MRO (Keluaran ke 5 Juta).

Okay, jentera limited edishen 5MRO Malaysian Edition ini bakal dijual dengan harga yang agak sikit keras, yaitu RM9,198.00. Hanya 5 ribu unit saja untok edisi 5MRO ini, dan semestinya sapa cepat dialah yang dapat, sapa lambat menyesal hingga akhirat!

Nasik Tambah:
Pada 1988, Yamaha Y80 telah menjadi unit ke 500,000. Tak lama lepas tu, kira2 6 tahon kemudian, Yamaha SS110 telah menjadi unit ke 1 juta pengeluaran jentera Yamaha. Lama jugak selepas itu, kira2 13 tahon kemudian, pada 2007 pengeluaran jentera Yamaha mencapai ke angka 2 juta unit melalui model Yamaha Lagenda 110. 5 tahon kemudia, yaitu pada 2012, angka pengeluaran jentera Yamaha telah mencapai kepada 3 juta unit dimana Yamaha 135LC menjadi model bertuah ketika itu. 6 tahon kemudian yaitu pada 2018, ketika ini negara dilanda demam YSuku, dan ketika itulah angka pengeluaran Yamaha mencecah kepada 4 juta unit oyeahhh! Jentera Y15ZR (Ysuku) telah mendapat pengiktirafan kali nih untok dicetak sebagai unit ke 4 juta. Dan, hanya selang 4 tahon yaitu 2022 (hari ini), Yamaha dengan kembang hidongnya menjejak ke angka 5 juta unit Nohhh! Kali ini, Yamaha 135LC Fi pulak mengambil bahagian untok dicetak sebagai angka ke 5 juta Nohhh! Maka, marilah kita pakat teka, bila pulak angka ke 6 juta bakal dicapai? Apakah lagi 3 tahon? atau 4 tahon lagi? Kita tungguuu…

Dengan melehat trend pembeli ataupon Raida2 BBNU, buleh kata ramai sangat yang memileh jenama Y. Maka tak mustahil dalam 3-4 tahon saja lagi angka 6 juta bakal dicapai Nohhh!

Rock N Ride Nohhh!

Layan Video kat bawah ni Nohhh !

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

GOLDEN HILL TRACK DAY: CUBCROSS BERPUAKA MENGGILA!

ZON GAYA HIDUP YAMAHA PERTAMA DI MALAYSIA !