Omar dan Eastern Bobber adalah satu branding paling sensasi di Malaysia dalam dunia Custom/Kustom/Kastem Bike Builder. Tidak dapat dinafikan bahawa karya karya motorsikal ciptaannya banyak yang diluar pemikiran. Bukan tak ada custom builder yang lain di Malaysia, tetapi karya seni dari Eastern Bobber ini sedikit berbeza dan lebeh utama sekali adalah, karya dari Easter Bobber telah dihantar bertanding dalam pertandingan anjoran American Motorcycle Dealer Magazine (AMD World Championship). Inilah kelebehan dan keberanian dari seorang builder bernama Omar Jumiran.
Paling menggegarkan adalah apabila penyertaan Omar di AMD World Championship pada 2018 telah menempatkan dirinya di nombor 2 dunia! Inilah satu lagi kelainan dan perbezaan yang ada pada Omar berbanding kawan2 Builder yang lain. Setelah menang nombor dua di AMD World Championship 2018, Omar kembali semula ke tanah air dan bertempat di bengkel tepi rumahnya di Kajang Selangor, dia kini sedang giat menyempurnakan sebuah lagi projek kastem yang diberi nama Orca The Killer Whales!
Selain Orca, banyak jugak projek2 dari kawan2 peminat kastem yang sedang dia pulon buat sekarang nih. Bukan saja motor kastem, Omar jugak menerima berbagai tempahan kastem yang lain dan antaranya adalah sebuah motor elektrik roda tiga khas untok spray sanitasi di sebuah Masjid berdekatan.
Okay, sila ikoti interview atau Sembang Rendang bersama Omar Easter Bobber di channel Youtube dibawah ni Nohhh!
Maju Jaya Teros Buat Eastern Bobber, Rock N Ride Nohhh!
Comments
Loading…