CFMOTO XO PAPIO menawarkan anda tiga warna untuk dipilih iaitu Nebula White, Fiery Red dan Moss Green. Anda yang berminat boleh dapatkannya di mana-mana pengedar sah CFMOTO diseluruh Malaysia. Janganlah dok buat lambat, kelak menyesal dihari Raya Nohhh!
XO PAPIO ini digerakkan oleh enjin satu silinder penyejukan udara 126cc, mampu menghasilkan kuasa sehingga 9.4Hp pada 8,500rpm dan tork maksimum 8.3Nm pada 6,500rpm. Selain itu juga, enjin motosikal ini menggunakan suntikan bahan api.
Mini Bike ini disertakan dengan ABS dwi-saluran. Ia memberi tindakan balas pantas yang boleh menghalang roda daripada mengunci dan kehilangan cengkaman semasa brek kecemasan, seterusnya meningkatkan keselamatan ketika menunggang.
XO PAPIO turut menggunakan lampu LED penuh dengan kecerahan 5 kali lebih tinggi dari PAPIO versi terdahulu. Pencahayaan yang lebih baik ini membantu para penunggang untuk menunggang dengan lebih yakin dan selamat terutamanya ketika gelap atau semasa cuaca buruk.
Dari segi suspensi pula, XO PAPIO menggunakan fork terbalik dengan kestabilan yang dipertingkatkan dan berat unsprung yang lebih ringan. Penyerap kejutan tunggal pula digunakan pada suspensi belakang yang menghasilkan pengendalian dan kestabilan yang lebih baik.
Walaupun bersaiz mini, aspek keselamatan pada motosikal ini tidak diabaikan kerana XO PAPIO hadir dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di saluran hadapan dan juga belakang. Motosikal ini juga menggunakan bar hendal dengan susun atur yang dioptimumkan dan dilengkapi dengan pencahayaan lampu latar, meningkatkan kemudahan penggunaan.
Untuk keselesaan pembonceng juga, tempat duduk pada XO PAPIO direka dengan memisahkan bahagian pembonceng dan penunggang untuk mengelakkan dari tergelincir. Selain itu juga, ianya membolehkan pembonceng mempunyai pandangan yang lebih baik tentang jalan di hadapan.
Dengan setiap pembelian CFMOTO XO PAPIO, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu).
Comments
Loading…