in

PEKETUM BIKIN ANGKARA LAGI DI PHUKET BIKEWEEK 2023

Tahun 2023 ni kira dah sedekad dok ulang dari hat mola pi 2013. Usia bertambah 10 TAHUN. Di kala tu GHANI pun dok hensem lagi, dok cerdas lagi, tapi dia la ni sembang pun dah slow, keluar malam mai event pun pakai kain pelikat, kesian juga jadi tua sebelum usia. Kita jangan dok belajaq jadi tua Ghani, pakai kain pelikat siang malam ni mamak bolehlah :-). Kita walau usia dah tambah tapi semangat kena tetap sama macam 20 tahun dulu. Jumpa marka minah salleh, maw minah salleh tu senyum jangan biaq, kita kena pi, jangan kita hina senyuman dia. Sebab apa, sebab semangat tetap sama.

Walau dok rasa kekuatan dah tak sama, tapi semangat Masih sama. Maka, kami mula ride tengah malam dari BAN DANNOK sampai TRANG pukui 3 pagi, lena di HOTEL AMAZON, hotel paling mewah dengan Panglaman Hidop. Mula gerak tu 3 orang, aku (Madduha), ABANG ZACK dan DIEN DALEK. Pagi time sarapan FAWWAZ pulak sampai, dia gerak dari border BUKETA, dan makan Tengahari di Ayam Golek KRABI ZMS sampai bawa anak gajah dia. ZMS pukul 10 malam gerak dari AMPANG, tapi sebab mesin besaq tak heran lah. KATONG MC dengan kekuatan 19 rider gerak dari WANG PRACHAN 8.00 pagi. Kami 5 orang sampai PATONG lepas ASAR. KATONG MC sampai PATONG time megrib. Bilik ambil selang 100 meter dari BANGLA ROAD.

Persiapan tempat PHUKET BIKE WEEK pada hematan aku tak membanggakan, depa kena cari konsultan lain dah, dengan latar pantai seharusnya kena lebih menangkap jiwa remaja permotoran, bukan sekadar tangkap muat melepas batuk di tangga yang reput. Pintu gerbang tak semenggah, hangpa boleh tengok sendiri, bahkan aturcara pun tak berubah.

Konserto, Pertandingan Ratu Cantik, Sunset Ride, Organizer PHUKET BIKE WEEK tetap juga dok ulang tema koboi. Tawn 2013 Carabao, tawn ni pun Carabao. Yang syok tahun mula pi dulu (2012)buleh kata puak KAPCAI hanya kami saja. Tawn selepas-selepas tu sampai lah tawn ni, Puak KAPCAI lah terpaling ramai turon sapot PBW. Tahun ni MC MG yang lama-lama tak kelih dah macam BLACKERS, SOUL RIDER, ROTTEN. Yang kelih tahun ni KEPALA KUASA, CALIPH EMPIRE, SOUL, WING SOCIETY dan terpaling angkara PEKETUM MC x KATONG MC. Hangpa layanlah gambaq-gambaq tapak event yang aku belanja ni.

Hari ke 2 aku dah gerak dari Patong pi bermalam di suatu Campsite nama AO THO LI VIEWPOINT, hangpa cari lah dalam map tempat nih. Tempat indah kurang lebih 72KM dari Patong. Pagi sempat singgah sebuah muzium nama BENYAREN yang dok dalam kampung, yang ni kita MALAYA kalah dengan SIAM. Depa walau jauh dalam kampung, depa Cuba nak buat tempat tarikan pelancong. Bayangkan dalam kampong depa buat Muzium. Harap kerajaan Perlis buleh ambik idea nih, buat Muzium Harumanis/Padi di Kampong2 dalam kawasan Sanglang. Buat kat Padang Keria pon okay jugak sebab tak lama lagi projek jeti dan pelabohan kat persisiran pantai Padang Keria akan bermula. Sanglang Perlis akan menjadi kawasan terpaling sibok di wilayah utara selepas ni Nohhh!

Hari ke 3 dari PHANGA aku Dan kawan-kawan gerak ke PAK BARA, syok merendang kut jalan la ni. Selang 50-60 KM berhenti PTT Layan kopi Amazon, ayaq bitagen 7 eleven pon jadilah. Sampai PAK BARA time Maghrib, sempat layan pasar Malam. Solat jamak di sebuah Mesjid dalam Kampung 16 KM dari PAK BARA. Lepas mandi siap semua kurang lebih 10 malam kami gerak ke PAK BARA VIEWPOINT dan main hammock di Gazebo tepi pantai tu.

Hari 4 keluar Ikut border WANG PRACHAN. Jadinya 4 hari 4 malam cukup puas kali ni. Ride tanpa tekanan. Duit tak banyak habis. Bayangkan sepanjang ride ni. DIEN DALEK tukar RM700. Dia balik Malaya tukar duit ringgit dapat RM350. Dia kata jimat naik motor Tank. Dulu pakai motor KAPCAI kerap isi minyak. DIEN DALEK ni kawan kita dari TAWAU, Sabah. Dia terpaling jauh. Hampir semua Jenis kenderaan awam dia naik untuk sampai ke PUSAT PEMERINTAHAN PEKETUM. Dari PPP, dia ambil motor ride sama-sama. Hangpa pun maw takdak motor nak ride belah Siam, boleh Roger kami. Bolehlah kita tolong cari motor bagi pakai sorang sebijik. Takyah nak bawak motor sendiri, mai saja ke PPP (Pusat Pemerentahan Peketum) InshaAllah akan diusahakan sebijik motor untok ride ke Siam Darul Amazon.

Teks dan Gambar: Madduha, PPP.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

JENTERA KELUARAN MFORCE SEMESTINYA EKONOMI, BERKUALITI DIJAMIN PUAS HATI!

DENGAN HARGA RM8,888 Ajerrr, CFMOTO XO PAPIO KINI DIPASARAN MALAYSIA OYEAHHH !