Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. dengan bangganya memperkenalkan semula model terbaru dalam keluarga Ranger, Aveta Ranger Cub Cross 115.
Dibina atas legasi terdahulu model Ranger 110 yang terkenal, model ini direka untuk memenuhi keperluan generasi yang mencari sebuah Adventure Cub mampu milik yang lebih berversatil dan berorientasikan gaya hidup atau lifestyle.
Pada bulan Julai 2024, Ranger Cub Cross telah diuji dalam ekspedisi Aveta ke Pos Balar bersama para pemilik Aveta Ranger Max Explorer. Mereka mengharungi pengalaman yang epik, merentasi jalan balak yang kasar dan laluan hutan yang mencabar, hingga ke komuniti orang asli yang terpencil di Pos Balar, Kelantan. Motosikal ini menerima pujian tinggi untuk prestasi off-roadnya, justeru mengukuhkan reputasinya sebagai Adventure Cub yang berkemampuan.
Dengan berat hanya 86kg, Ranger Cub Cross 115 amat mudah untuk dikendalikan dan,sesuai untuk penunggang yang baru mula menunggang. Sama ada di jalan bandar atau jalan lasak, ia memberikan pengendalian yang lancar dan terkawal, menjadikannya amat sesuai untuk mereka yang baru berjinak dalam dunia tunggangan mengembara.
Didatangkan dalam dua pilihan varian iaitu varian standard berwarna Hunter Green, kini ditawarkan pada harga yang menarik iaitu hanya RM4,588, dan varian edisi khas berwarna Desert Storm, dijual pada harga RM4,688.
Motosikal ini hadir dengan waranti dua tahun atau 20,000km, yang mana terdahulu. Dikuasakan oleh enjin 113cc empat lejang berpenyejukan udara, ia menghasilkan 6.5 kW kuasa dan 9.0 Nm tork, dengan klac automatik untuk pertukaran gear yang lancar. Ciri-ciri keselamatan termasuk brek cakera depan, brek dram belakang, dan lampu LED untuk penglihatan yang lebih baik.
Direka untuk mengembara, Ranger Cub Cross 115 dilengkapi dengan cermin angin hadapan, hand-guard, meter digital, ekzos yang ditinggikan, dan rear mud-guard yang direka baru. Varian edisi khas Desert Storm menampilkan tayar dual-purpose dan rim berjejari, sementara varian standard Hunter Green dilengkapi dengan rim sport.
Steven Lim, Pengarah Urusan Aveta Malaysia, mengulas, “Ranger Cub Cross 115 mewakili era baru dalam dunia pengembaraan. Dengan prestasinya yang terbukti di Pos Balar, Kelantan, kami yakin ia akan menjadi pilihan utama bagi penunggang yang mencari motor pengembaraan yang mampu milik. Motor ini sesuai untuk mereka yang inginkan pengembaraan tanpa membebankan bajet mereka.”
Dengan pelancaran model baru ini, Aveta Malaysia berharap untuk merentasi batasan dan menyediakan sebuah Adventure Cub mampu milik yang cemerlang dalam kondisi on-road dan off-road.
Pra-tempahan untuk Aveta Ranger Cub Cross 115 kini dibuka, dengan penghantaran dijangka bermula pada September 2024. Pelanggan yang membuat tempahan sekarang melalui mana-mana pengedar sah Aveta akan menerima T-shirt eksklusif Ranger Cub Cross. Untuk maklumat lanjut mengenai motosikal Aveta di Malaysia, sila layari laman web rasmi kami di www.aveta.com.my.
Comments
Loading…