in

RXZ MEMBERS 6.0 MENGHIMPONKAN HAMPIR 100 RIBU PENGUNJONG

Alhamdulillah Kali Ini Tiada Acara Pukat Memukat Nohhh!

Setelah beberapa siri himponan bertajok RXZ Members dilakukan sebelom ini, maka tahon ini kesinambungannya diteroskan lagi dengan RXZ Members 6.0. Kali ini dengan slogan Kalau Takot Jangan Ikot !

Tahon lepas adalah tahon pertama Gua join event nih, itupon hanya sekadar singgah sebentar untok merasai suasana sahaja. Tahon lepas punya cerita agak menyayat hati bilamana ketika Gua sedang bersiap nak Ride ke acara itu, Gua dapat info bahawa berlaku satu eksiden maut di leboh raya LPT melibatkan seorang Raida yang sedang dalam perjalanan ke RXZ Members ketika itu. Dan yang jadi mangsa kemalangan maut itu adalah anak sulong Mamat Kapar SYJ, chief organiser Retromania.
Al Fatihah buat Allahyarham.

Tahon ini Gua turon dengan Family (bertiga), menaiki sebuah kereta, bermula dari Padang Keria Sanglang Perlis teros ke Guron dan teros naik ke pergunungan Banjaran Titiwangsa. Perjalanan lancar, cuma hujan agak lebat di area Grik dan area nak dekat2 RnR Titiwangsa. Dalam perjalanan hari Khamis 12 September 2024 itu, kami dapat lihat dah kemeriahan konvoi geng2 RXZ di laluan Grik-Jeli. Dalam perjalanan itu jugak kami terserempak dengan satu eksiden membabitkan sebuah MPV yang terbabas. Terdapat rakan2 RXZ Members sedang tolong mengawal lalulintas ditempat kejadian. Terima Kaseh Raida!

Ketika di RnR Titiwangsa, kelehatan berpuloh bijik jentera retro Suzuki Jipang berhimpon disitu. Mulanya dok ingatkan depa tu semua nak ride pi sapot RXZ Members lah, tapi rupanya depa pon ada event tersendiri di Bachok Kelantan. Semoga depa semua selamat pergi dan balek lah hendaknya Nohhh!

Kami tiba di Kuala Terengganu sekitar jam 9 pagi, teros pi jumpa Bob Kapcai kat hotel tempat dia bermalam. Kami tumpang mandi dan lepas setel semua tu Sidi Mylamoc/KRTB pon tiba disitu. Kami sebenarnya sudah deal awal lagi untok berkumpol disitu dan akan bergerak sama2 ke tapak event di Litar Gong Badak. Kami tiba di tapak event sekitar jam 10.30 pagi Jumaat 13 September 2024. Buleh dikatakan kami bikin Reunion Majalah Kapcai secara kecil kecilan lah kat event RXZ Members ni Nohhh!

Suasana di tapak event ketika itu dah meriah dah dengan kepolan asap disana sini, ditambah lagi dengan muzik2 yang terhambor keluar dari pelbagai jenis ekzos. Booth2 jualan dan pameran jugak sedang rancak menyuson barangan. Majalah Kapcai jugak ada diberikan sebuah booth, tapi disebabkan kekurang merchandise maka pertolongan dari Sidi Mylamoc/Kita Rider Tiada Beza diperlukanlah. Nasib baik dia ada bawak merchandise KRTB, nampak la jugak ada barangan dalam booth Majalah Kapcai. Terima Kaseh kat Abg Bob Kapcai yang deal dengan penganjor untok dapatkan booth tu Nohhh!

Pagi itu diatas stage utama kelehatan beberapa figura yang agak familiar. Lama dok renong barulah Gua perasan bahawa kat atas stage yang sedang rancak bikin sound check tu adalah brader Joe (Ex Wings). Malam nanti depa akan perform atas nama band Mr Barbarik joyeahhhh!

Selepas waktu asar suasana di tapak acara semakin bingit, semakin menggila tapi maseh terkawal. Jentera2 RXZ bersuson-suson, bergerak slow-slow memasuki kawasan tapak acara. Kalau Lu Orang pernah naik motor untok melalui pemeriksaan imigresen di Singapore, maka begitulah sedikit sebanyak gambaran yang boleh diceritakan pada waktu petang tu. Dengan cuaca yang amat2 cemerlang di petang itu, ditambah pulak dengan kehadiran Ustaz Azhar Idrus yang sememangnya diminati ramai, maka suasana ditapak pesta tersebot amatlah hebat dan mempesonakan.

Seperti biasa petang itu UAI memberikan sedikit tazkirah dan diakhirnya dia buka kepada sesiapa yang nak tanya soalan. Interaksi antara UAI dengan peminat2 berlangsong dalam suasana santai dan muhibbah. Pada ketika ini, Jaspark selaku ketua penganjor dan juga digelar sebagai Menteri RXZ telah menganggarkan bahawa jumlah kehadiran pengunjong bakal mencecah 80,000 orang. Satu anggaran yang sangat optimistik dan sememangnya boleh diterima.

Dimalam harinya, lepas waktu Isyak gitu, bergegarlah stage utama dengan muzik Rock dari band yang tersohor, Mr Barbarik. Dengan part Vokal dikendalikan oleh Brader Mus, dengan Dram dihentam parok oleh Atong serta jeritan Gitar dari brader Joe, maka Litar Gong Badak malam itu sangat panas panas lageyyy Joyeahhhh! Apapon diucapkan syabas dan tahniah buah soundman yang jaga persembahan Mr Barbarik malam tu. Sound yang keluar memang best Gua cakap Lu Nohhh!

Suasana tapak acara seperti jugak waktu siang, jentera dua lejang yang majoritinya RXZ tak pernah sunyi walau sedetik. Habeh satu grup lalu depan khemah, ehhh mai lagi grup yang lain. Itulah fitrah yang teros meneros terjadi malam tu hinggalah Gua terlelap dibawah khemah. Sedar2 jam dah pukol 4.30 pagi, dan waktu tu pon maseh ada lagu jeritan2 jentera dua lejang di area berdekatan tapak acara. Kami bergegas menuju ke Masjid Al Abrar Kampong Bukit Tok Beng Kuala Nerus. Masjid ini jaraknya dengan tapak event sekitar 3-4 KM gitu aja, dan kami kesitu untok mandi manda dan solat suboh. Kat situ ada ramai jugak geng2 musafir RXZ yang datang dari jauh. Terima Kaseh pada pengurosan Masjid Al Abrar yang sudi offer kepada geng2 Mat Motor untok singgah dan menggunakan kemudahan di Masjid tersebot. Semoga Allah memberi ganjaran yang hebat buat Tuan2 semua.

14 September 2024, suasana tapak acara RXZ Members 6.0 nampaknya bertambah meng-gila. Jika Lu Orang jenis yang ada penyakit sempot, dinasehatkan agar menjauhkan diri dari acara ini sebab tempat event ini amat berasap, memedehkan mata dan membingitkan telinga. Tapi bagi yang tiada masalah, inilah tempat paling menjadi kesukaan. Ianya seperti hari raya buat penggemar jentera dua lejang Nohhh!

Pada ketika sebelom cabutan bertuah (sebuah Toyota Vellfire) dicabut dan diumumkan, dianggarkan kehadiran pengunjong telah mencecah hampir 100 ribu orang. Petang itu juga diceriakan dengan kehadiran beberapa artis tempatan antaranya lejen kesayangan ramai Faizal Hussein, Pablo Amirul serta beberapa lagi pempengaruh2 yang mempunyai ratusan ribu followers. Petang itu juga diceriakan lagi dengan kehadiran MB Terengganu yaitu Dr. Shamsuri. Dr Shamsuri adalah orang yang bertanggongjawab mencabot cabotan bertuah dimana pada cabutan pertama, kedua dan ketiga, tiada pemenang yang datang ke pentas untok claim hadiah. Mungkin dah balek atau pegi beli kepok di Losong barangkali. Maka, burn lah nombor itu Nohhh! Akhirnya cabotan pada kali keempat barulah ada yang mengaku dan menuntutnya di pentas utama, dan setelah disahkan memang betol nombor itu mileknya, terjawablah sudah pemenang Toyota Vellfire tersebot. Tahniah buat brader Muhaimi, itu rezeki paling terhebat tu Nohhh!

Malam itu disediakan juga beberapa persembahan konsert dan malam itu juga ada cabutan bertuah dan hadiah utamanya adalah sebuah Ducati Multi Strada. Dan sebelom acara cabotan bertuah dilakukan, dengan tidak disangka-sangka malam itu tapak acara menerima tetamu dari langit joyeahhh! Hujan turon mencurah-curah, tapi geng2 RXZ tetap rilek aja, siap pakat main hujan lagi joyeahhh! Malam itu Gua hanya lepak bawah khemah, memerhatikan suasana riang ria hari raya RXZ Memberia 6.0.

Ternyata walau hari sudah gelap, walau hujan renyai2, karan ataupon tarikan acara ini tetap sama macam siang hari tadi. Yang nak bergambar teros bergambar, yang nak bersembang teros bersembang, yang nak koyak throttle teros koyak dan yang nak layan konsert teros melayan konsert. Suasana meriah dan hebat sebegini pernah Gua saksikan satu masa dulu ketika pertama kali menghadiri Pattaya Bike Week tahon 2007 nan silam, dan ianya seperti berulang kembali ketika Gua menghadiri acara RXZ Member 6.0 ini.

Kalau nak bercerita tentang saksess… Yaaa… Event RXZ Members kali ke 6 ini memang teramat saksess dengan kehadiran pengunjong hampir 100 ribu orang. Jumlah booth niaga dan promosi Gua tak sempat nak bilang, tetapi boleh kata setiap booth penoh orang singgah membeli belah. Booth promosi dari jenama terkenal Petronas Sprinta pon ada join event tahon ni. Ada la depa bikin acara sampingan sikit kat situ. Depa buat sesi test dyno dimana jentera yang naik dyno tu mesti pakai minyak 2T Petronas Sprinta. Antara yang join lawan test Dyno haritu adalah Tim Shidie Motor Perlis. Dari info yang kami dapat, Tim Shidie menang acara tune tu. Katanya sebelom ni tim depa pakai minyak 2T jenama lain, tapi bila depa pakai 2T jenama Petronas Sprinta nih, result jadi lebeh baguih Nohhh! Shabas Shidie Motor dan shabas jugak kepada Petronas Sprinta. Dari result tersebot telah membuktikan penggunaan minyak 2T Petronas Sprinta berjaya menambahkan kuasa dan kelajuan enjin RXZ dan jentera2 yang sama kiblat dengannya joyeahhhh!

Kepada ketua penganjor yang juga digelar sebagai Menteri RXZ yaitu Jaspark, diucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas kejayaan penganjuran kali ini. Tingkatkan lagi kualiti persembahan ditahon-tahon seterosnya. Perbaiki beberapa kelemahan, antaranya bekalan air di tandas yang terputus, tambahkan toilet2 bergerak (Toi Toi) di segenap penjuru kawasan litar tapak acara, sediakan tong-tong sampah dengan banyak agar tidak terjadi longgokan sampah merata-rata serta kaji semula laluan masok dan keluar di tapak acara. Ini adalah sedikit pemerhatian dari pihak kami untok diambik berat oleh pihak penganjor agar dimasa hadapan event bernama RXZ Members ini akan menjadi terbaik diantara yang terbaik di Malaysia!

Syabar RXZ Members, Syabas rakyat Terengganu, Syabas PDRM (yang banyak bagi chance kali ni kat geng2 RXZ, tapi kalau ada yang buat perangai samseng tu sila tangkap aja lah Nohhh!) dan Syabas untok semua yang hadir. Senmperrr dan Panas-panas lageyyy Joyyeahhhh!
Rock N Ride Nohhh!

Nota: Kepada yang turon sapot event nih, ingin diberitahu bahawa inshaAllah Majalah Kapcai bakal mengeluarkan majalah bercetak edisi istimewa (Speshel Edishen) tidak lama lagi. Pakat2 beli lah, mana tau ada muka2 Lu Orang kat dalam tu Nohhh!

 

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

UNITED SHARK REUNION DI HIMPUNAN TXR150 RTC GOPENGhagen 2024

Dari Jalan Offroad Pos Balar ke Bandar: Rasai Keserbagunaan Ranger Cub Cross 115.