in

CF MOTO 250SR Mengguncang Malaysia! Brek ABS depan dan Belakang Nohhh!

Harga RM15, 8000 dan 17,800 (Versi Limited Edition).

KTNS adalah Sole Distributor untok jentera CF Moto ni di Malaysia. Kehadiran jenama CF Moto ni mulai dikesan sekitar 2018 dan ada dua model sport turing dilancarkan masa tu. CF Moto 650MT adalah yang pertama dilancarkan dan diikoti dengan CF Moto 250NK. Dan sebelom pelancharan 250SR ni, ada dua buah model telah dilancarkan terlebeh dahulu yaitu CF Moto 650GT serta 400NK. Oh ya, tahon 2017 CF Moto telah join venture dengan jenama terkenal eropah yaitu KTM. Tak heranlah kalau dilihat rupabentok CF Moto ni, ianya berkiblatkan stail eropah dan ada sentohan ala2 KTM.

Apa tawaran menarek yang ada di CF Moto 250SR nih? Ok, pertamanya lampu LED lah untok semua sistem pencahayaan di motor nih. Terdapat jugak mode ataupon pilihan feel ketika ride. Ada DUA mode untok dipileh yaitu mode Sport dan mode Eco. Jika ditekan suis pada Mode sport, itu adalah untok kita nak pulas full throttle lah. Kalau tekan ke mode Eco, ianya untok feel dan mode time hujan. Motor kita akan tidak makan minyak dan bergerak dalam kondisi yang sempoi dan ekonomik dari segi penggunaan minyak.

Selain itu, untok sistem brek pulak, ianya dilengkapi sistem ABS untok brek depan dan belakang. Calliper brek 4 piston di depan, dan single piston di belakang menjadikan jentera ini sangat konfiden dibawak ketika jalan basah.

ECU yang dipasang adalah BOSCH ECU untok menjana prestasi terbaik kat enjin single silinder 249cc. Untok lebeh nampak racing, fork Up Side Down (USD) telah dipasang dan bahagian tayar pulak, tayar CST Radial telah dipadankan dengan sport rim yang cun terokkk!

Paling best, waranti yang di offer adalah 2 tahon unlimited mileage. Selalunya waranti 20 ribu KM saja orang kasi, tapi CF Moto tak kisah berapa KM pon, 100 juta KM pon tadak hal tapi dalam jangka masa 2 tahon tu lah.

Untok kaki modi, ada after market aksesoris yang disediakan untok Lu Orang. Antara yang bakal dijual sebagai aksesori tambahan adalah guard brake lever, windshield ala2 Moto GP, footrest dan beberapa lagi parts menarek tertarek kau memang Janna Nik!

Okay, jentera ini ada dua versi, Limited Edition dan Normal Edition. Yang Limited Edition tu berwarna Biru Torquise manakala yang versi normal berwarna Hitam. Limited Edition hanya ada 30 unit, dijual dengan harga RM 17,800.00 dan versi normal berharga RM 15,800.00.

Akan memasoki pasaran awal Ogos 2020 ini, dan buat permulaan ini, sejumlah 300 unit akan diedarkan keseluroh negara. Menurot Pengurus Besar KTNS yaitu Mr Alan Lee, pihak syarikatnya menyasarkan jualan bagi jentera CF Moto 250SR ini sebanyak 1000 unit.

Pihak Majalah Kapcai sedang menunggu giliran untok mengTest Ride jentera terbaru ini. Nantikan review manja dan sopan dari kami Nohhh!

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

DYNORACE : Tuner Terbaik Antara Yang Terbaik !

PEKETUM TOUR PHNOM PENH-HO CHI MINH 2020