Tulisan ini bermula dari handphone saya pada hari ini (Khamis 25 Jun 2020), selepas makan nasi Maduri di Jalan Hospital, Kangar. Gerai ni rare cuma ada 3 kerusi, khusus untuk regular sahaja, depa meniaga jenis bungkus. Sambil menghembus rokok gulung ni, saya mengambil dari Internet dan merakamkan statistic serangan Cobid-19 dari WHO (World Health Organisation). Setakat hari Khamis 25 Jun 2020 ini seramai 9,543,163 warga dunia telah dihinggapi oleh virus Karona. Seramai 485,294 anak semua bangsa warga dunia dari pelbagai negara telah tewas gugur (mati). Dari jumlah tu 8596 kes dari Malaysia dengan 121 kematian. Amin…
Tetapi cerita utama kita adalah mengenai Perjalanan darat PEKETUM MC ke Ho Chi Minh tempohari. Superkap Touring memang dah sukan puak kami. Superkap kira termasuk sebiji EX5, sebiji Suzuki Shogun, beberapa LC 135 dan bebeberapa mesin 150cc Y dan RS. Untuk menambah perisa dalam pengembaraan, kami mencoba perkara baru dengan ride sampai border Aranyaprathet Thailand, parking Superkap dan jalan kaki dengan backpack ke Poipet, Cambodia. Dari Poipet Kami Naik public transport ke Phnom Penh kemudian naik public transport lagi ke Ho Chi Minh.
Perjalanan bas dari Poi Pet ke Phnom Penh memakan masa 12 jam bermodal kurang lebih 10 USD.
Phnom penh pada saya sebuah bandar yang begitu meminati US Dolar memandangkan penduduknya amat biasa dengan US Dolar. Perjalanan bas, makan pakai semuanya dalam USD. Entah apa mantera Amareka yang diajar sehingga mereka menerima Dolar. Di Phnom Penh kami sempat iktikaf di sebuah Mesjid dan terdapat sebuah kedai makan muslim yang tuan empunya kedai fasih berbahasa Melayu dan menerima duit Ringgit Malaysia untuk jual beli. Menurut tuan kedai makan, dia pernah bekerja di Malaysia dan masih ramai saudara mara yang menetap di Malaysia, bahkan menurut beliau hasil bekerja di Malaysia memberi dia modal untuk balik berniaga di Cambodia. Amin.
Dari Phnom Penh ke Ho Chi Minh bermodal lebih kurang 12USD dengan bas memakan masa 6 jam. Ho Chi Minh tujuan utama, Phnom Penh cuma sipi2 sahaja. Sampai dah tengah malam sempat juga iktikaf mesjid, Pukul 3 pagi Alhamdulillah orang besar mesjid jamu makan roti dengan telor goreng tomato omelete MasyaAllah sedap. Mesjid itu dah lebih 100 tahun menurut orang besar mesjid, yang bina masjid adalah moyang beliau, orang kaya dari Singapura. Malam ke 2 kami menyewa bilik di lorong Backpacker juga lumayan untuk 17 Ringgit Malaysia. Bilik elok, tandas bersih, ada wifi.
Ho Chi Minh (nama asalnya adalah Saigon, ditukar sempena nama Pahlawan terhebat negara depa yang juga pemimpin agung kepada Tentera Rakyat Vietnam dan Vietchong yaitu Ho Chi Minh). Amareka kalah dalam Perang Vietnam (1959-1965) seropa kalah balik telanjang, tinggai habih kenderaan perang. Masih banyak trak tentera Amareka yang masih diguna di atas jalan raya oleh tentera Vietnam. Antara taktik paling dahsyat adalah lebih 4000 askar gerila melawan dari terowong bawah tanah. Terowong di gali sejauh lebih 100KM berselirat (macam sarang anai anai) dari kubu utama di Kampung Chu Chi. Terowong 3 tingkat sedalam hingga 12 meter Tingkat 1 bilik serangan hendap, bilik mesyuarat, bilik makan. Tingkat 2 bilik masak,bilik tidur, bilik rawatan. Tingkat 3 bilik simpanan makanan dan senjata yang bersambung terus ke terusan sungai. Orang Melayu kita mampuih hidup balik tak buleh camni kalau nak ikut perintah raja untuk berperang dari dalam tanah. Mau kalau berdengki memang champien lah orang kita nih. Marah? tak puas hati dengan statement ini? Kalau marah, berubah lah! Hari ini bukan masanya nak cakap sambil usap2 belakang dah, hari ini cakap kena terus, aksi kena bertali arus, agar tidak terus dayus membiarkan tanah air direnggus!
Vietnam ni negara sosialis, kemudahan untuk rakyat sama rata, bas dalam bandar banyak, kita boleh bergerak kemana-mana sahaja dengan bas, sebab kami ramai, pengangkutan bas kira paling efisyen, sekali naik modai 3 kupang. Merasa juga ke District 5 yang digembar-gemburkan syorga denia spare part motor, iyalah ada lebih 7.43 juta motorsikal dengan populasi penduduk 8 juta dalam Ho Chi Minh. Maka spare part pun kena banyaklah. Tetapi sejujurnya saya lebih menyukai Phon Sap Market Bangkok. Nak cerita semua tak cukup muka surat. Tetapi cukup dengan sebuah konklusi, puas ride dalam tanah Siam cukup dah. Cambodia Korap terok, Vietnam boleh gagah tapi dok kira nak makan duit kita juga, p pagi harga lain p petang harga lain, walau barang sama, tak cukup seni memang jadi makanan depa, dan paling utama cari Masjid jadi amalan InsyaAllah jumpa makanan murah ketika di perantauan.
Alhamdulillah hampir 12 hari perjalanan lancar pergi balik rumah. Banyak perkara baru di kutip sepanjang perjalanan dari pelbagai rupa dan perangai manusia, kecantikan muka bumi, sosio budaya, adab masuk rumah orang, seni minta kurang harga, nilai 1 USD di negara orang dan beberapa macam lagilah. Semoga kami tidak jemu mengembara lagi. Untuk kawan2 yang dah pencen layan jalanraya beramai-ramai. Kami ucapkan selamat maju Jaya untuk empa semua juga. Ini kenangan kita sampai bila-bila. Kip Pis Respek and Love Karipap 4 ever.
#majalahkapcai.com
#kapcai_magazine
#majalahkapcaitv
#gilagilaraider
#chopperrockers
#peketummalaysia
#zms
#psd
#nurzettymeeudang
#alipsatey
#route8guamusang
#route60changkatjering
Teks dan Gambar Oleh : Madduha
Comments
Loading…