Jentera Benelli Tornado 302 ni adalah model yang pernah dikeluarkan beberapa tahon nan silam. Tapi untok kali nih, yakni ditahon 2021 nih, ada beberapa penambahan features dan rupabentok baharu telah dilakukan. Memang ianya akan menjadi salah satu short listed lah buat Raider2 yang berkira-kira nak sambaq motor bawah 500cc. Oh ya, jentera Benelli Tornado 302 nih dia punya cc adalah 300cc. Harap maklong !
Menurot sumber2 dari MForce Bike Holdings Sdn Bhd, jentera nih bakal masok ke Malaysia tak berapa lama lagi. Serba sikit berkenaan jentera sportbike nih, dan kalau dilehat pada gambar terbaru yang berlegar-legar di alam maya, penampilan versi facelift kali ni telah berubah sepenuhnya berbanding model terdahulu. Perbezaan yang paling jelas adalah reka bentuk lampu depan berkembar yang diletakkan di kedua sisi sebelum berubah menjadi kelompok lampu dua tingkat tunggal yang menggabungkan kedua-dua lampu projektor dan lampu LED, nampak ala2 Suzuki GSX-R Gua cakap Lu Nohhh! Selain itu, sub-bingkai belakang juga telah didesain semula untuk reka bentuk yang lebih sporty dengan ekor yang tajam, ditambah dengan dua lubang udara aerodinamik yang pastinya akan membuat Yah Koboi pingsan akibat keghairahan melampau.
Rasanya cukop berenti disini dulu, crita banyak2 kang ada orang tanya #apamasalahsaudara pulak. Kita ni gaji hari, sebab tu semenjak dari Bapak Bos jadi manager di estet nih, belom pernah sehari pon Pakcik cuti.
Okay, kita tunggu pengumuman rasmi dari MForce Bike Holdings pasai pelancaran jentera ni nanti Nohhh! Rock N Ride!
Comments
Loading…