in

#throwback 3: STALLION YANG MENGGEMPARKAN THAILAND !

Stallion adalah buatan china dan di-esemblifikeshen (Assembly) di Thailand oleh Tiger Motorcycle. Jentera remake Honda Gorilla dan Monkey sememangnya menjadi poojaan hati pemuda-pemudi Thai yang memey sukakan klasika and trendies oyeahhh.

 

Stallion datang dengan banyak model dan spesifikasi. Memandangkan negara Thai yang rock and roll, anda boleh pileey spec enjin apa yang anda nak, tambah duit saja semua boleh jadi. Paling best, Stallion perkenalkan side car, lagilah nampak kool. Tak cukop kuat, boleh tukar enjin 180cc pun dok ada nohh. Tak payah hantar type approval, tak payah cek puspakom. Janji rock! boleh bawak chikey dok tepi sambil makan rojak buah bilaparking ditepian tasek Jitra.

Nak tahu top ke tak menatang Stallion ni, pada tahun 2012 di Pattaya Bike Week, booth pameran Stallion mengambil alih booth Harley Davidson dan Ducati pada tahun sebelomya. Kiranya booth pameran jenama Stallion adalah yang paling top di Pattaya Bike Week 2012 dulu Nohhh!

Setakat ni model Stallion yang gua perasan, ada model Mini Solo. Mini Gi O, dan Mini MOMO, semua nya adalah adaptasifikeshen dari model Honda Gorilla dan Monkey/Berok yang termashur. Kalau tengok, memang rasa macam nak beli sebijik, sangat teruja bila tengok geng Siam pakai heh! Tapi apakan daya, nanti dikatakan coba meniru Rizuan Kedah pula…bagaimana?

Apapon Rock N Ride bersama Stallion Nohhh !

Notaediter: Ini artikel lama Majalah Kapcai versi cetak, dan kini diupload semula di versi online sebagai rujokan generasi tiktok. Harap Maklom.

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

TUKAR EKZOS MOTOR TAK LAJU? MITOS? IKOTI CERITA YANG SEBENARNYA DARI HAJI WAZI

BENELLI TORNADO 302 PULAK NAK LAUNCHING?