in

BENELLI R18i 174cc: SI MATA HELANG KEMBALI MENYERANG !

Harga Mula Dengan RM7999.00, 3 Warna Yang Pasti Menggegarkan Oyeahhh!

Mengekalkan saspensi Terbalek sebagai TradeMark, Torque yang power, Design yang ramping, handling mudah dikendalikan dan harga yang berada didalam kawasan mampu milek, inilah Benelli R18i 174cc untok jiwa2 sukan!

Benelli Malaysia telah melancarkan R18i melalui pelancaran maya audio pertama Benelli di laman Facebook dan Youtube MForce TV. Dengan tema “In The Blink of an Eye”, sememangnya R18i ini mampu memberi kepuasan dan kuasa kepada penunggang.

Seiring dengan namanya, R18i, model yang dikeluarkan oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd ini mampu menjana kuasa 18Hp pada 9,500rpm dan tork 15.1Nm pada 7,000rpm. Ia turut dilengkapi dengan enjin 174cc empat lejang, empat injap dan dipadankan dengan transmisi enam kelajuan untuk kecekapan yang tinggi. R18i memiliki suspensi hadapan fork teleskopik jenis terbalik yang biasanya hanya dipasang pada motosikal berkuasa besar untuk pengendalian yang lebih responsif serta adjustable monoshock di suspensi belakang yang berjenama KYB. Benelli R18i mempunyai badan pendikit ataupun throttle body bersaiz 34mm, size yang lebih besar membolehkan penunggang merasakan tindak balas yang cepat dan meningkatkan kuasa.

Turut dikemaskan pada R18i ialah paparan digital LCD speedometer yang memiliki rekaan stylish dan memaparkan segala maklumat yang diperlukan oleh penunggang. Benelli R18i turut menggunakan suntikan bahan api eletronik dan sistem pencucuh TLI. Manakala untuk brek hadapan dan belakang, masing-masing mengunakan cakera tunggal dengan saiz 240mm dan 220mm yang menawarkan daya berhenti yang lebih besar. Dengan berat 126kg, Benelli R18i ini memiliki tangki bahan api sebanyak 4.8 liter. Penunggang dapat melakukan perjalanan jauh sebelum mengisi semula tangki bahan api.

Bintang terbaru R18i ini ditawarkan dengan harga jualan asas yang kompetitif bermula pada RM7,999.00 tidak termasuk insurans dan cukai jalan dan hadir dengan tiga warna pilihan iaitu Merah, Hitam dan Biru Special Edition. Pembeli Benelli R18i juga boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen  atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

SPESIFIKASI TEKNIKAL:

Jenis Enjin: Silinder Tunggal, 4-lejang, 4 Injap, SOHC
Gerek & Lejang (mm): Ø64 x 54.1
Sesaran (cc): 174
Kuasa Maksimum: 18Hp pada 9,500rpm
Tork Maksimum: 15.1N.m pada 7,000rpm
Nisbah Mampatan: 11.3:1
Transmisi: 6-kelajuan
Sistem Pelinciran: Pelincir Daya
Jenis Klac: Basah, Cakera Berbilang
Sistem Bahan Api: Suntikan Bahan Api Elektronik
Sistem Penghidup: Elektrik
Sistem Pencucuh: TLI
Suspensi Hadapan: Fork Teleskopik Jenis Terbalik
Suspensi Belakang: Penyerap Kejutan Boleh Laras
Brek Hadapan: Cakera Tunggal, 240mm
Brek Belakang: Cakera Tunggal, 220mm
Tayar Hadapan: 80/80-17
Tayar Belakang: 120/70-17
Panjang Keseluruhan (mm): 2,010
Lebar Keseluruhan (mm): 675
Tinggi Keseluruhan (mm): 1,150
Tinggi Pelana (mm:) 787
Jarak Roda (mm): 1,325
Kelegaan Tanah (mm): 145
Berat (kg): 126
Kapasiti Bahan Api (L): 4.8
Bateri: 12V6Ah (Penyelenggaraan Percuma)

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

HEAD ENJIN SYM VF3i RETAK APA SEBAB PROBLEMNYA?

SKUTER KEMBALI MERIAH DIPELUSOK TANAH AIR