in

AVETA RANGER MAX EXPLORER RIDE AND CAMP 2024: Bercalar Lutot Jugak Nohhh!

Setelah jentera ini dilancarkan beberapa bulan yang lepas,(rasanya dekat nak setahon dah apa?) dan setelah dirancang dengan teliti penoh pasti, akhirnya impian owner2 Aveta Ranger Max Explorer tercapai untok sama2 beraksi dalam satu program berkonsepkan Ride and Camp.

Sebagai pemberitahuan, ketika program testride Aveta Ranger Max di Trek Xtreme Park Sendayan Negeri Sembilan tahon lepas, pihak pengeluar Aveta Ranger Max ada memaklomkan bahawa mereka akan menganjorkan satu program perkhemahan khas buat pemilek2 jentera paling trending nih. Maka, setelah makan masa hampir 4 bulan jugak merancang, akhirnya program ini berjaya direalisasikan dengan penyertaan hampir 30 buah jentera jugak lah.

Sebagai penganjor acara, Aveta Motor Sdn Bhd melalui Mr Steven (MD Aveta Motor) telah bekerjasama dengan satu grup owner Aveta Ranger yang agak aktif di Fesbuk yaitu AROC (Aveta Ranger Owner Club). Raider2 yang join program sulong ini kebanyakkannya adalah ahli dalam grup itu lah.

Sebelom memulakan konvoi, kami dikehendaki berkumpol disebuah tempat makan di Taman Melawati seawal jam 8.30 pagi Sabtu, 27 April 2024. Lebeh kurang jam 10.30 pagi, kami menuju ke destinasi yang telah pon disuson dan ditempah yaitu ke Bukit Tinggi, Pahang DM. Sebelom pederas ‘ragas’ (panjat) bukit haiwey Karak, kami singgah la topap minyak dulu kat satu stesen minyak tepi haiwey tuh. Maklomlah, nak naik bukit ni walaupon nampak macam biasa2, tapi pressure enjin akan meningkat dan minyak pasti akan ada efek jugak. Kat dalam hutan sana mana ada stesen mkinyak, stesen buah petai lagi lah tarak heh! Dah la tu, penganjor pulak bagitau bahawa ada sessi ride offroad di lokasi tempat kami nak ‘kemping’ tuh. Lagi lah kena isi penoh2 tangki nih kan. Semua Raida2 yang join rata-ratanya memang kaki main trail. Ini lah yang depa dok tunggu2 sebenaqnya Joyyeahhh!

Setel isi minyak kami meneroskan perjalanan. Konvoi kami dibahagi kepada 2 kumpolan, maka senang la sikit Marshal nak kontrol perjalanan. Lokasi yang kami tuju adalah sebuah tapak perkhemahan di Bukit Tinggi yang dipanggil sebagai Lu Ying Campsite. Kami exit di susor yang ada sainbod bertulis Selesa Hillhomes (rasanya ramai yang perasan sainbod ni kan?). Dari susor keluar itu kami mula mendaki dan mendaki jalan yang sekejap ok sekejap KO. Makin lama makin mencabar dan setelah mendaki ke satu bukit nih, ehhhh.. buleh silap jalan la pulokkk! Empiii betui lah. Dah la terok berjuang nak sampai kat atas tu, boleh silap jalan pulak. Tapi takpa lah, sekurang-kurangnya itu sebagai prektis buah awal, maklomlah satgi petang sikit kami kan nak masok main trek trail kat dalam hutan nuuu heh!

Akhirnya kami sampai lah ke tapak perkhemahan yang dituju, dan tapak khemah nih agak menarik dan senmperrr jugak suasana persekitarannya. Satu khemah dibahagi dua, dan kondisi khemah pon nampak terjaga rapi. Dalam trip nih, hanya dua orang media saja yang join yaitu Gua dari Majalah Kapcai dan brader Halim (Abg Beras) dari Mekanika. So, khemah kami share lah sorang sebelah. Kami sampai tu dah tengahari, suhu agak panas jugak rupanya tempat tuh walaupon ianya ditempat yang tinggi. Angin pon kurang berhembos, bahang memang agak terasa cuma takleh lawan panas dan bahang di Perlis lah. Kalau nak tau erti sebenar panas dan bahang, silalah berkunjong ke Perlis. Siangnya panas mentari seolah 5 jengkal dari kepala joyyeahhh!

Tengahari tu marshal tapak perkhemahan bagitau bahawa laluan trek offroad (trail) yang bakal kami lalui nanti akan ada sungai/ayer terjon. Tudiaaa.. semua pakat syok lah! Ada yang siap pi tukaq dah seluaq, pakai yang ala2 legging tuh. Nak mandi sungai lah katakan heh! Gua pon bawak jugak, tapi seluar treksut aja lah. Setel makan tengahari, sesi lepak2 sembang2 mengeratkan persahabatan pon berlangsong. Semua yang join acara nih kebanyakkannya belom kenal secara langsong lagi. Alhamdulillah semuanya mudah mesra tak kira bangsa mahupon agama. Respek sama Lu Orang semua Nohhh!

Petang sikit, kami pon berkumpol untok misi menaklok trek offroad Lu Ying Campsite. Dibahagikan kepada dua kumpolan jugak, maka Gua yang dalam Grup B ni jalan kemudian sikit. Bila turn kami sampai aja, pakat pederas lah menerjah laluan yang takdelah offroad sangat pon. Laluan ataupon denai dalam hutan tu ada tar, cuma pecah sana pecah sini lah. Itu bukan cabaran lah sangat. Tapi cabaran yang sebenar adalah kecuraman bukit2 yang kami ‘ragas’ tu. Agak sempot jugak lah nak kontrol bila motor kita terpacak pada sudut hampir 70-80 darjah. Dan disinilah bermulanya keseronokan menunggang Aveta Ranger Max Explorer 130 nih. Serius, jentera ni memang mudah dikendalikan walaupon tampak ianya agak berat. Tapi percayalah bahawa jentera nih seolah2 tiada masalah langsong untok ‘kerabat’ bukit2 yang curam.

Pada laluan yang mencabar sebegini, Aveta Ranger Max Explorer 130 agak tenang, enjinnya tidak terlalu pressure walaupon menggunakan gear 1. Paling menarek dalam trip kali nih adalah kehadiran seorang Raida otai bernama Pokli. Pokli berumor 60an, asal dari Selayang dan seorang OKU, tapi dia punya semangat dan skill riding dalam laluan mencabar tu agak bagos. Jentera Aveta Ranger Max dia pon telah dimodifikasi dibahagian gear, dia DIY welding batang besi untok dia senang masokkan gear dengan menggunakan tangan. Dia tambah crash bar, dia buboh boks besar kat belakang dan beberapa lagi lah aksesori tambahan. Tapi respek lah sama Pokli sebab berjaya harongi jalanan berliku dan penoh onak duri itu Joyyeahhh!

Setelah bertungkus lumus mengharongi jalanan yang bagi Gua agak buleh tahan lah mencabarnya, dan setelah banyak kali jugak tersesat salah jalan (nasib baik tak terlajak sampai Temerloh heh!) akhirnya kami sampailah kat kawasan yang ramai eksaited tu yaitu kawasan sungai/ayer terjon. Nohhh! Sungai tu memang la ada tapi dia punya air ohoiii! Teh Tarik Gua cakap Lu! Depa kata air jadi warna gitu sebab ada projek pembangunan di Genting Highland, yang mana ianya tak jauh dari lokasi tapak perkhemahan Lu Ying nih. Dan mungkin jugak ada hujan di area Genting Highland masa tu, so ayernya memang tercemar lah. Hmmmm… dah la penat dan terok harong jalan yang agak bedebah tu, sungai pulak warna teh tarik. Patah balek lah dengan muka masing2 buat2 senyom macam Ruhainis.

Malam itu, ada beberapa acara dijalankan antaranya penyampian sijil, perkongsian pengalaman dengan Aveta Ranger Max dari beberapa Raida termasoklah kami dua orang wakil media nih. Banyak jugaklah input-input dan sudot pandang dari perkongsian pengalaman malam tu yang boleh dijadikan panduan buat kampeni Aveta Motor Sdn Bhd dimasa mendatang. Untok pengetahuan Lu Orang, program yang sulong ini jugak disertai oleh dua Raida wanita (Lady Biker), dan satu pasangan LakiBini. Salah sorang Raida wanita yang join event ni bernama Kak Fida, dan dia adalah antara mangsa2 yang tewas dengan racun dari rakan sebaya. Kak Fida dalam perkongsiannya malam itu mengkhabarkan bahawa dia bakal menjelajah semenanjong Malaysia tak lama lagi dengan Aveta Ranger Max 130 dia tuh. Awas kemunculannya nanti Nohhh!

Pasangan LakiBini yang Gua sempat sembang2 santai keesokkan paginya jugak agak teruja dengan event nih. Depa berdua tinggal di lembah klang saja, dan memileh jentera Aveta Ranger Max sebab sesuai dengan minat yang suka masok hutan berkelah dan berkhemah. Bila ditanya adakah selesa jentera ni kalau naik berdua, depa kata no problem, selesa dan dapat mengeratkan dan merapatkan lagi hubongan sebagai suami isteri. Iyalah, seat Aveta Ranger Max ni walaupon double, tapi kalau dudok berdua memang akan jadi rapat macam belangkas. Sesuai sangatlah untok pasangan lakibini Joyyeahhh!

Jentera2 yang join acara sulong Ride and Camp ni rata-ratanya dah ditambah dengan pelbagai aksesori tambahan untok kasi lebeh berkiblatkan Edvencher (ADV). Ada yang bikin DIY, dan ada juga yang order shoppee. Syok tengok jentera depa yang masing2 ada stail tersendiri. Disamping jentera Aveta Ranger Max itu sendiri dah memang unik, ditambah pulak dengan boks dan crash bar dan lampu2 spotlight yang berbagai size, maka jentera ini sudah boleh dikategorikan sebagai mesin yang wajib Lu Orang beli. Ya.. ini adalah jentera yang makin hari makin jadi fenomena.

Ahad 28 April 2024, kami semua bersurai dengan menyimpan pelbagai memori indah walaupon dalam masa yang amat singkat. Kalau Lu Orang berminat nak tau perkembangan jentera unik ini, buleh join Facebook Group Aveta Ranger Owner Club (AROC) dan ianya ditadbir oleh Dato’ Wan. Dalam grup tu Lu Orang akan nampak macam2 lagi benda menarek mengenai jentera Aveta Ranger Max Explorer ni Nohhh!

Okay, pihak kampeni Aveta Motor akan mengadakan lagi acara sebegini tak lama lagi. Pi beli dulu motor ni dan kalau diumum saja ada acara Ride and Camp, join teros Joyyeah!

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

TEST RIDE SUZUKI BURGMAN STREET 125EX: Dapat Sekejap Pon Dah Rasa Best!

SEMPENA ULANGTAHON KE 30, GIVI TAMPIL DENGAN BOKS MATTERHORN ALUMINIUM, HARGA DARI RM420-RM450 AJER!