Trending terkini dalam dunia Rock N Ride Malaysia sekarang nih adalah bikin 1600KM dalam 24 jam. Ramai dah yang saksess dan kali nih bertambah lagi sorang yaitu Raida Mohd Shahrul.
Mohd Shahrul Bin Mohd Darus, berusia 42 tahon berasal dari Sungkai Perak telah memolakan aksi 1600KM tersebot di Petronas Taman Dagang Ampang. Bermola hari Jumaat sekitar jam 9.59 malam dan kembali ke situ pada esoknya (Sabtu malam Ahad) sekitar jam 8.37.
Brader Shahrul nih menggunakan route Haiwey PLUS menuju Utara, lepas tu naik ke Banjaran Titiwangsa menuju Kelantan. Seterosnya melalui Terengganu, Pahang dan teros ke Mersing Johor. Setelah itu dia masok ke Haiwey melalui plaza Tol Ayer Hitam Johor, dan seterosnya melalui Ayer Keroh Melaka, melintasi Nilai dan seterosnya kembali semola ke Stesen Petronas Ampang Dagang.
Shahrol yang kini bekerja dan menetap di Behrang Selangor ternyata amat teruja dengan kejayaan ini, dan berhasrat untok bikin ride 2500KM dalam masa 36 jam pulak lepas nih.
Shahrul sebelom nih pernah bikin kayohan basikal secara solo, tapi masa tu dia tak mengejar masa atau nak buat rekod. Kayoh syok2 gitu aja. Kali nih bila dia bikin ride yang ada sukatan masa, dia agak terasa berdebar-debar jugak lah. Tertanya-tanya boleh buat ke tidak. Tapi Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Ilahi.
Dengan jentera Modenas Dominar 400, Shahrul menghabiskan sekitar RM300 lebeh kurang. Bagi Shahrul, Modenas Dominar 400 yang dipakai kira2 Dua tahon nan silam amatlah terbaik. Spepat mudah, enjin pon tak banyak ragam. Kepada yang dok tertanya2 pasal kebolehpercayaan kat jentera Dominar 400 nih, diharapkan dengan komen jujor dari Raida Shahrul nih telah menjawablah segala kegusaran. Senmperrr !
Akhir kata dari Shahrul, dia menguchapkan jutaan terima kaseh buat semua yang sapot ride dia nih. Paling dia teruja dan bersemangat apabila insan yang dia sayang turot memberi sokong walaupon dari jauh. Caya lahhh!
Okay, sapa2 yang nak tau lebeh lanjot pasal Shahrul nih, buleh wassap dia kat talian : 012 3814 738.
Buleh jugak ke Fesbuk dia, taip aja mohd.shahrul.9887.
Tahniah bro, dan lepas nih kompom akan ada lagi ahli baru Geng Juboq Besi Nohhh!
Comments
Loading…