in

ROYAL ENFIELD CLASSIC DAN METEOR 350 RASMI DILANCHARKAN!

Bertarikh 21 May 2022 telah berlangsung satu majlis pelancaran Dua model baharu Royal Enfield 350 dan pembukaan rasmi bilik pameran Royal Enfield yang pertama di Petaling Jaya Selangor. Majlis pelancaran ini telah diadakan dibilik pameran Royal Enfield yang terletak di Gasket Alley Petaling Jaya. Antara tetamu yang hadir pada Majlis pelancaran tersebut ialah Pengerusi Kumpulan Didi, Encik Rewi Hamid Bugo.

Disamping mengadakan majlis pelancaran model baharu, Royal Enfield Malaysia turut menganjurkan “PJ City Ride” yang pertama kalinya dimana lebih 50 pemilik motorsikal Royal Enfield dari pelbagai model dari seluruh Negara telah mengambil bahagian dalam “perarakan” tersebut.

Walaupun berlaku banyak perubahan dalam reka bentuk motorsikal diseluruh dunia kerana mengikuti peredaran zaman namun Royal Enfield masih mengekal reka bentuk klasik pada motorsikal keluarannya. Begitu juga dengan Royal Enfield 350 yang masih mengekalkan identiti klasiknya.

Kehalusan dan ketelitian dalam setiap buatan pada model ini telah dipertingkatkan untuk memberikannya kualiti terbaik dan pada masa sama untuk mengekalkan imej ala ala klasik motosikal Royal Enfield.

Walaupun masih membawa tema klasik pada setiap motorsikal keluarannya namun ciri ciri dan kelengkapan moden tetap diberi keutamaan untuk menarik minat pembeli masa kini.

Kedua-dua model baharu ini menggunakan asas yang sama, tetapi mempunyai perbezaan pada beberapa bahagian tertentu.

Antara persamaan kedua model ini ialah:
*Dilengkapi dengan enjin 349 cc satu silinder
*Kuasa 20.2 hp @ 6,150 rpm, serta daya kilas 27 Nm @ 4,000 rpm.
*Fork teleskopik 41 mm
*Penyerap hentak di belakang boleh laras *ABS dwi-saluran
*Brek cakera tunggal dengan dua piston di hadapan
*Brek cakera satu piston di belakang *Tangki 13.5 liter
*5 gear kelajuan *Platform baharu dipasang dengan aci pengimbang untuk mengurangkan getaran
*Rim aloi dan tayar tanpa tiub.

Perbezaan di antara Classic 350 dan Meteor 350 pula ialah:
*Bahagian fender hadapan dan belakang *Bentuk rumah lampu besar
*Penghadang angin hadapan
*Tempat duduk
*Ekzos.

Spek ringkas Royal Enfield Classic 350:
Royal Enfield Classic 350 didatangkan bersama rim19 inci di hadapan dan 18 inci di belakang, manakala tayar menggunaan size 100/90 depan dan 120/80 belakang.

Royal Enfield Classic 350 ditawarkan dalam tiga varian iaitu Halcyon, Dark dan juga Classic Chrome dan dengan tujuh warna pilihan.

Harga Royal Enfield Classic bermula dari RM23,500.

Spek Royal Enfield Meteor 350:
Meteor merupakan sebuah Cruiser yang sesuai untuk kegunaan di atas lebuh raya dan jalan bandar, Meteor 350 merupakan hasil kerjasama para jurutera dan pereka dari dua pusat teknikal Royal Enfield di Chennai India dan Bruntingthorpe, UK. Royal Enfield Meteor 350 adalah sebuah jentera yang menarik dimana kualiti mekanikal, kelengkapan dan kemasan akhir telah dipertingkatkan untuk memastikan Royal Enfield Meteor 350 terus berada diantara yang terbaik dalam kelasnya.

Pemulas minyak(throttle) juga telah diberi penambahbaikan untuk memastikan pecutan yang lebih mantap dan lancar.

Royal Enfield Meteor 350 dipasangkan dengan rim 19 inci, tayar 100/90 di depan dan rim 17 inci, tayar 140/70 di bahagian belakang, sementara brek pula terdiri daripada cakera 300 mm dihadapan dan 270 mm di bahagian belakang, dibantu dengan sistem brek ABS dua saluran.

Royal Enfield Meteor menawarkan tiga varian iaitu Fireball, Stellar dan Supernova.

Harga Royal Enfield Meteor 350 bermula dari RM24,300.00.

Nota Tambahan: Didi Automotive merupakan pengedar tunggal motorsikal Royal Enfield dan ruang pameran utamanya terletak di Gasket Alley, Petaling Jaya Selangor.

Teks Dan Gambar : Asri M Nor

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

AHLI BARU GENG JUBOQ BESI !

WMOTO SX2 300i JENTERA DUAL PURPOSE DENGAN ABS DEPAN BELAKANG! HARGA RM18,888 OYEAHHH!