in

HAQIEM STOPA BAKAL MENJADI IKON PERPADUAN BELIA!

Haqiem Stopa adalah nama baru dalam dunia permotoran Malaysia tapi berjaya menjadi femes dalam sekelip mata. Hakiem Stopa ataupon lebeh dikenali sebagai Stopa menjadi terkenal seterosnya menjadi idola anak muda masakini gara2 tularnya satu video pertengkaran mulotnya dengan ‘Seseorang’.

Stopa sebelom ini adalah pemain Tik Tok yang amat aktif, banyak bikin video berkenaan motor kapcai serta yang sama waktu dengannya. Konten video2 nya amatlah bermanfaat buat kebanyakkan anak muda BBNU. Kini, Stopa maju selangkah lagi dalam arus populariti setelah diperkenan untok bertemu dengan Timbalan Menteri Perpaduan Nasional, Yang Mulia Wan Ahmad Fayhsal.

Yang Mulia Wan Ahmad Fayhsal dalam ulasannya setelah bertemu 4 mata dengan Stopa berkata bahawa, dia benar2 kagom dengan semangat dan keikhlasan Stopa yang telah menyatakan keinginannya untok menjadi platform menyatupadukan belia2 di negara ini.

Tahniah dan terbaik lah buat Stopa! Dengan umor yang baru mencecah 22 tahon, dia akan menggunakan popularitasnya untok menjadi platform menyatupadukan belia2 Malaysia nih. Dan sebagai pengetahuan semua, Stopa jugak akan turot serta dalam acara Santai Anak Utara yang bakal dilangsongkan dalam masa terdekat ini. Jika Lu Orang turon event Santai Raya baru2 ni di Alor Star Kedah, Stopa jugak turot hadir dengan jentera padu-nya.  Aksi2 Stopa meng’Rem’ jentera itu telah mendapat pujian dari seluroh pelusok dunia.  Maka, kehadirannya ketika itu telah membuatkan event tersebot meriah dan dirayakan dengan padu seperti tiada lagi hari esok oleh followersnya!  Ya..! Hari itu Stopa telah diserbu peminat2nya Oyeahhh! Gambaran situasi dan suasana itu saling tak tumpah seperti konsert Sudirman di Chowkit tahon 80an, dan mungkin jugak menyamai konsert Iron Maiden di Rio De Janeiro Brazil !

Stopa pada hari ini, ketika Lu Orang sedang baca artikel ini, telah menjadi ikon permotoran paling mulia ditanah air Malaysia. Dengan penampilannya yang sederhana, dengan kelembotan budi bahasanya, dengan wajahnya yang iras2 Abang Long, ditambah dengan tongkatnya, Haqiem Stopa adalah seperti mutiara di tengah2 sawah padi, seperti Honda Chaly di Event RXZ !

Kepada rakan2 yang berumor melepasi 30-40an dan keatas, jalanilah hidop seperti biasa. Time Lu Orang muda, Lu orang ada idola dan dewa permotoran masing2. Zaman itu dah berlalu, dan kini adalah zaman Stopa pulak. Biarlah Stopa pulak merasai kemanisan menjadi idola masakini. Lu orang nak jugak jadi idola? Ya silakan… tapi jangan lah gadoh dengan ‘Seseorang’ jugak untok jadi femes… cara tu orang dah guna okay… Cari la idea lain pulak Nohhh!

Semoga Stopa teros maju dan menjadi ikon permotoran Malaysia hingga akhirat. Amin…

What do you think?

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

Distinguished Gentleman’s Ride(DGR) 2022 Kuala Lumpur

AHLI BARU GENG JUBOQ BESI !