Salam kepada semua Mat Skoot dan Mat Moto diluar sana Oyeahhh! Pada 7 Nov 2020 lepas geng scoot dari utara tanah air yg menggelarkan diri mereka ‘VS Project Northern Scooterist’ telah golek tayar mereka ke Cameron Highland bersama ahli mereka yang setia dan jugak kekal hensem, Almaklomlah mereka semuanya awet muda banyak makan ulam semasa remaja.
Mereka mula berkumpul di RnR Sg Bakap dan bergerak ke Cameron Highland pada pukul 9.00am. Semasa dalam perjalanan mereka yang sunggoh mendebarkan itu, sebiji scooter ahli mereka telah mengalami kerosakkan dan nasib la dalam kalangan mereka ni ada yg pandai repair scooter. Setelah siap repair mereka meneruskan perjalanan mereka ke Cameron dan setelah lama ride akhirnya mereka sampai ke destinasi. Bermula lah adegan bergambar beli sayur (untok kekal muda kena makan banyak sayir), kek viral dan buah strawberi untuk si isteri masing². Maklum la kena pandai bodek jugak kalau tak lepas ni tak dapat la lesen ride lagi keh keh.
Setelah semuanya selesai mereka mula bergerak balik pada lewat petang. Dalam perjalanan balik, dalam keadaan jalan baru lepas hujan, kabus yg tebal menyelubongi misteri dan hari makin gelap, ditambah dengan suara2 mistik alam hitam yang bergentayangan di celah-celah bukit, tiba2 berlaku perkara yg tidak diingini! Walaupun sudah berhati², malang tetap tidak berbau. Seorang rider telah terbabas menuju ke dalam longkang yang penoh berpuaka. Nasiblah rider tidak teruk hanya cedera ringan2 saja, tapi ringan2 pon pedehnya menusok kalbu lah jugak.
Amin selaku jurucakap grup ni ingin menyatakan terima kasih tidak terhingga kepada orang asli kawasan berhampiran yg turut membantu dalam kemalangan itu. Amin jugak berkata dia berbangga dengan rakan²nya yg lain kerana mereka tetap bersama dalam waktu susah dan siap share duit untuk membantu rakan dalam kesusahan sewa towing utk bawa pulang moto yg rosak. Bagi pihak rider yg kemalangan tu, dia sempat jugak berseloroh dengan kata2 ‘walaupun rakan²nya ini semua kebanyakan mulut puaka tapi hati mereka baik’.
Di sinilah kita boleh lihat perangai sebenar kawan2 kita yang ikot suka bersama dan susah bersama. Bukan jenis yang suka saja bersama tapi bila kita susah depa hilang entah kenana. Yang syok tu bila kita senang semola, ewahhh! depa tu tetiba muncol kembali! Jenis kawan macam tu memang MP lah!
Mereka jugak berharap agar rider2 diluar sana sentiasa berhati² dijalan raya kerana malang tak berbau, dan sentiasa ingat org tersayang dirumah okay!
Akhir kata dari mereka, sentiasa Rock N Ride bersama Majalah Kapcai Nohhh!
NOTAEDITER : Kepada Raida2 yang nak share story Lu Orang kat website majalahkapcai.com ni, sila send short stori dan gambar2 ke adress email ini :
majalahkapcai@gmail.com
Comments
Loading…