in

Honda Fame Road Runner Pitstop Hunter !

Ride Solo To Cameron Highlands Mencari Asal Usol

Assalammualaikum!
Perjalanan Solo bermula dari Melaka mengambil masa 5 jam 30 minit sejauh 329KM menaiki jentera Honda Fame C90. Cameron Highlands atau dikenali Tanah Tinggi merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan di Pahang, Malaysia. Cameron Highlands terletak di Banjaran Titiwangsa yang merupakan tulang belakang bagi kawasan Semenanjung Malaysia. Ketinggiannya berubah-ubah mengikut lokasi di antara 1070 meter sehingga 2 031 meter dari paras laut. Justeru itu lah ia menjadi pilihan untuk ride kali ini.

Sebelum Sampai Cameron Highlands melalui lebuhraya PLUS, Gua singgah sebentar Di Route A10 Tapah (Kustom Cafe). Terdapat Monumen KM 0 di hadapan pejabat Pos Malaysia disini. Perjalanan diteruskan ke Cameron Highlands melalui jalan Tapah yang penuh selekoh bahaya dan mencabar. Sebelum tahun 1990, laluan tunggal untuk ke Cameron Highlands adalah melalui jalan FT59 yang bermula di Tapah, Perak dan disambung kepada Lebuhraya Utara-Selatan E1 melalui Persimpangan Tapah (EXIT 132). Ini merupakan laluan terawal yang dibina bagi menghubungkan Cameron Highlands dari negeri Perak.

Alhamdulillah sampai sahaja di Cameron Highlands misi mencari Monumen-monumen dan melawati tempat-tempat yang menarik diteruskan. Antaranya Mercu Papan Tanda Batu “Selamat Datang” Cameron Highlands Tajaan Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), Pasar Malam Brincang & Ladang Teh Sungai Palas. Pitstop yang sempat disinggah adalah Route 59 Tanah Rata Cameron highlands (Tanah Rata Cafe) dan Pitstop Route 59 Tapah – Cameron Highlans (Restoran Melayu).Terima Kasih Kepada rakan-rakan yang membantu semasa perjalanan pulang. Semoga Allah S.w.t sahaja yang membalas segala jasa baik korang. Amin.

Kenangan Ride Solo Kali ini menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan. Itu la serba sedikit yang dapat Gua kongsikan untok ride solo kali ini untuk tatapan pembaca-baca semua. Hingga Berjumpa lagi di Next Destinasi.
Assalammualaikum!

Nota Editer : Lepas ni sila ronda2 ke Perlis pulak Nohhh!
NOTAEDITER : Kepada Raida2 yang nak share story Lu Orang kat website majalahkapcai.com ni, sila send short stori dan gambar2 ke adress email ini :

majalahkapcai@gmail.com

Follow IG : hondafameroadrunner

#hondafameroadrunnerpitstophunter
#naikfameaje

What do you think?

Avatar

Written by Editor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

LEGEND MOTOMANIA BIKERS – LMB

ABAH ABAH SCOOT RIDE KE CAMERON UJONG TAHON 2020!