RAPAT sebuah Ngo yang ditubuhkan lebih 10 tahun lalu telah menjalinkan hubungan kerjasama sebagai Rakan Strategi bersama ALS Motorsport di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
RAPAT dan K3M diwakili oleh Presidennya, Tuan Hj Mustaffa Kamil Ayub manakala ALS Motorsport pula diwakili oleh CEO Cik Nur Liyana Fazlien Sha’are. RAPAT dan ALS Motorsport merancang untuk membina sebuah trek perlumbaan motorcross bertaraf dunia bagi membawa masuk perlumbaan motorcross (MXGP) ke Malaysia buat pertama kalinya pada tahun hadapan (2024).
Dalam ucapannya, Tuan Hj Mustaffa Kamil Ayub, mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia kerana telah memberi sambutan dan kerjasama yang sangat baik untuk membantu RAPAT dan ALS Motorsport untuk menjayakan perlumbaan MXGP yang pertama di Malaysia.
Kerjasama sebagai rakan strategi dengan KBS dan ALS Motorsport adalah merupakan suatu dimensi baharu bagi RAPAT dan K3M. Ia amat penting dalam kita membina keyakinan rakyat Malaysia terutamanya anak muda, sekaligus mempromosi Malaysia seantero dunia dan merancakkan semula industri pelancongan negara. MXGP juga selaras dengan Rakan Muda (Nafas Baharu) yang baru-baru ini dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim serta semangat Malaysia Madani yang menekankan nilai keyakinan, hormat, daya cipta, daya juang dan daya saing.
Menurut Tuan Hj Mustaffa Kamil Ayub lagi, pada tahun 2022, perlumbaan MXGP telah mendapat lebih 611 juta penonton melalui 77 stesyen televisen di hampir 180 buah negara di seluruh dunia dan 4.6 juta tontonan melalui digital. RAPAT telah pun menggerakkan sayap RAPAT Mudanya sebagai langkah proaktif menyantuni anak muda, jadi sudah pasti MXGP merupakan salah satu aspek penting membina keyakinan diri serta syaksiah ketrampilan generasi muda Malaysia tambah Mustaffa.
Cik Nur Liyana Fazlien Sha’are CEO ALS Motorsport pula mengucapkan ribuan terima kasihnya kepada RAPAT dan K3M kerana memberi kepercayaan dan sudi bekerjasama sebagai rakan strategi dengan ALS Motorsport untuk menjayakan perlumbaan MXGP di Malaysia buat julung kali (2024) dan berharap dapat memajukan dan menaikan nama Malaysia dalam sukan motorcross di peringkat antarabangsa.
Pada perlumbaan MXGP Indonesia 2023 yang akan berlangsung pada 1 dan 2 Julai 2023 sirkit Selaparang Lombok, ALS Motorsport akan menghantar seorang pelumbanya iaitu Muhammad Hakimi yang berusia 20 tahun. Hakimi akan menyertai kategori MX2 (250cc) dengan menunggang jentera KTM.
Pada perlumbaan pusingan ke 11 di litar Selaparang Lombok kali ini, Hakimi mensasarkan untuk berada di kelompok 15 teratas dalam kategori 250cc yang disertainya. Pasukan ALS Motorsports, di ketuai oleh En Sha’are Mat Rani yang merupakan peminat tegar dan bekas pelumba motokross tempatan yang aktif pada tahun 80an.
MXGP merupakan sukan permotoran off-road 2 roda no.1 di dunia yang bermula pada tahun 1952 dengan had umur peserta di bawah 23 tahun bagi dua kategori, MXGP (450cc) dan MX2 (250cc). Antara negara yang menganjurkan perlumbaan MXGP ialah Argentina, Itali, Switzerland, Portugal, Sepanyol, Perancis, Latvia, German, Indonesia, Republik Czech dan Amerika Syarikat.
In syaa Allah, bagi tahun 2024-2028 Malaysia juga akan menjadi tuan rumah kepada sukan yang berprestij ini.
MXGP mempunyai nilai ekonominya samaada melalui penajaan, pengiklanan, pemasaran barangan, pelancongan dan hospitaliti. Pada tahun 2022, nilainya dianggarkan Euro 355 juta @ kira-kira RM 1.8 bilion.
Pada majlis ini juga telah diadakan Doa Selamat untuk meraikan pasukan ALS Motorsport Malaysia yang akan bersaing dalam Siri MXGP 2023 di Litar Selaparang, Lombok, Indonesia, 1-2 Julai 2023.
Team ALS Motorsport juga akan disertai bersama oleh wakil RAPAT – K3M, Sdr Mohd Asri.
NotaEditer : Brader Mohd Asri juga adalah salah seorang penyumbang berita di majalahkapcai.com
Comments
Loading…