in

D’LANCONG FLEET MENDAPAT TAJAAN DARI GIVI SEMPENA RIDE TULAR DI SABAH PERTENGAHAN JULAI 2023 INI.

Tim D’Lancong Fleet, sebuah ‘pakatan baru’ yang ditubohkan sekitar 3 tahon dahulu, bakal menjelajah negeri Sabah 11-22 Julai 2023 ini.

Tim yang dianggotai seramai 7 orang ini melibatkan beberapa Pempengaroh Media Sosial (Permotoran) antaranya Azman Ali II (Aku Dan Rodaku), Cikgu Fizi/DD (Kami Mengembara), Razak @ Jaq Kapcai (Club Antique Motor Kulim-CAMK), Bro Latif (Yamaha Sport Northern), Motor Mat Saleh, Bro Haizal (Bros Motor Crew) serta Ghani Arafat selaku Editor Majalah Kapcai(www.majalahkapcai.com).

Sebelom ini, sudah DUA negeri telah mereka jelajahi (Perlis dan Kedah, tapi tidak menyeluroh, hanya fokus beberapa lokasi sahaja), kini Tim D’Lancong Fleet bakal meneroskan ‘Agenda Ronda’ mereka ke negeri Sabah. Pengembaraan kali ini telah mendapat beberapa sokongan dan penajaan, antaranya dari GIVI Malaysia , Mizu Engine Oil, Everxon, Afrina Batrisya Travel&Tours, Bro’s Moto Crew, Laksana Sutera Tours, Thread Division, MJ Kereta Sewa KK serta Sabah Tourism Board selaku tunjang utama.

Antara lokasi2 yang bakal dilalui oleh Tim D’Lancong Fleet sepanjang 12 hari di Sabah adalah bermula di Kota Kinabalu, Tamparuli, Kundasang, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Tawau, Keningau dan kembali semula ke Kota Kinabalu.

Fokus utama pengembaraan Tim D’Lancong Fleet ke Sabah adalah tak lain tak bukan, untok melehat sendiri keindahan bumi Sabah, disamping mempromosikan tempat2 menarik. ‘Ride Tular’ ini adalah bersifat Kembara Pelancongan dengan menggunakan jentera Dua Roda.

Menurot Haizal selaku penyelaras Tim D’Lancong Fleet, Penjelajahan dengan jentera Dua Roda (Kapcai) di Sabah itu akan membuka satu lagi ruang atau ‘channel’ baru buat Raider2 dari semenanjong Malaysia untok mencuba laluan baru di sana, serta meng’Review motel/hotel/campsite yang berharga mampu inap.

Almaklom sahaja, Raider2 di Semenanjong Malaysia sebelom ini hanya tertumpu untok menjelajah ke negara2 seperti Thailand dan sekitarnya, sedangkan Sabah seperti atau agak terpinggir walhal Sabah mempunyai banyak lokasi2 indah dan autentik, sementelah pulak ianya berada didalam Malaysia!

Maka, Tim D’Lancong Fleet akan ‘membongkar’ lokasi2 terbaik di Sabah serta akan turot memberikan tips2 dan panduan berguna untok rujokan Raider2 yang berminat ke sana nanti.

Tim D’Lancong Fleet akan memulakan perjalanan mereka pada 11 Julai 2023 ini, dan marilah kita semua berdoa agar perjalanan mereka selamat pergi dan balik.
Teros Rock N Ride Bersama Kapcai Nohhh!

#dlancongfleet #FeelSabah SABAH, Malaysian Borneo #sabahtourism #MizuEngineOil #GIVI #GIVIAsia #GIVIMalaysia #GIVIExploreEnjoy #GIVIExplorer #GIVIstaCommunity

Haizal, Penyelaras Tim D’Lancong Fleet.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

PERLUMBAAN MOTORCROSS GP (MXGP) BAKAL DIADAKAN DI MALAYSIA TAHON DEPAN!?

YAMAHA LIFESTYLE ZONE KINI DI NEW CHEN MOTOR, JOHOR BAHRU!