in

KAWASAKI BIKIN UNLIMITED MILEAGE UNTOK JENTERA2 DIDAFTARKAN MULAI 1 JULAI 2023 !

Edaran Modenas Sdn Bhd (“EMOS” atau “Syarikat”), pengedar rasmi Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd(“MODENAS”), hari ini mengumumkan pelaksanaan program jaminan 2 tahun dengan perbatuan tanpa had untuk semua Kawasaki dan Modenas model penjenamaan semula daripada 250cc kepada model 1000cc yang didaftarkan mulai 1 Julai 2023.

Jika sebelum ini jaminan standard adalah 2 tahun atau 20,000km, yang mana sampai dahulu, tetapi dengan program jaminan yang disemak baharu dengan perbatuan tanpa had, pemilik kini boleh merasai prestasi sebenar motosikal Kawasaki tanpa rasa ragu.

Program jaminan ini akan datang sebagai piawaian standard kilang yang terdiri daripada:

i) Kawasaki menjamin setiap produk baharu bebas daripada
kecacatan pembuatan untuk tempoh 24 bulan dari tarikh asal jualan oleh pengedar Kawasaki yang sah.
ii) Terma dan syarat yang sama dikenakan kepada pemilik baharu tetapi ambil perhatian bahawa jaminan tamat dalam semua kes selepas tempoh tertentu dari tarikh jualan kepada pembeli asal.
iii) Produk Kawasaki berprestasi terbaik dengan penyelenggaraan dan servis biasa, dan setiap model mempunyai jadual penyelenggaraan yang direka untuk memastikan ia beroperasi pada tahap prestasi optimumnya. Kami mengesyorkan kenderaan diservis oleh pengedar Kawasaki yang sah mengikut jadual servis yang diperincikan dalam manual pemilik anda.

Sebagai tambahan, perkhidmatan bantuan 24/7 juga akan disertakan dalam program jaminan baharu ini. Jaminan ini mempunyai terma dan syarat semasa yang sama seperti jaminan pengilang standard dan hendaklah kekal bersama motosikal apabila dijual atau dipindahkan kepada pemilik baru.

Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS berkata , “Dengan menghapuskan sekatan jarak daripada jaminan sedia ada, pengguna kami akan dapat menikmati pengalaman tunggangan dengan bebas dan tenang. Program ini juga sebagai tanda keyakinan daripada MODENAS kepada semua penggunanya di luar sana terhadap kualiti setiap produknya. Selain itu, kepada semua pemilik, sila pastikan untuk mengikuti jadual servis di pusat servis atau pengedar Kawasaki / Modenas yang sah anda dengan teliti untuk mengelakkan jaminan terbatal kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.”

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi KAWASAKI Malaysia di :http://www.kawasaki.com.my/home atau hubungi Talian Bebas Tol di 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135.

What do you think?

Written by Ripoter Kapcai

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

BRIXTON CROMWELL 1200 :SEKOLAH LAMA GAYA BARU!

PERLUMBAAN MOTORCROSS GP (MXGP) BAKAL DIADAKAN DI MALAYSIA TAHON DEPAN!?